20' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

455 24 0
                                    

" Dik, Pelamin adik cantik gila! Pandai betul Mama cari Designer."

" Nanti mesti ramai yang cemburu dengan 'keindahan' majlis adik kan?"

Suara Arshan yang sedang bercakap dengannya seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sedikitpun tiada minat untuk Arfana mendengar ocehan dari mulut murai abang sulungnya itu. Dari tadi mulut itu tidak berhenti dari berbicara.

Sumpah dia tiada minat untuk mendengar.

" Dik?" Sentuhan lembut Arshan pada bahu Arfana membuatkan lamunannya terhenti dari terus berada di dalam dunia ilusi.

Keningnya naik membentuk kerutan. Arfana bertanya menggunakan ekspresi muka kepada sang abang. Arshan pula sedang tersenyum penuh makna terhadap Arfana Faiqa.

" Jauh betul bakal pengantin ni mengelamun. Dah sampai mana tu?" Arfana hanya menggeleng bagi menjawab soalan dari Arshan.

Bunyi dari telefon pintarnya berbunyi menandakan mesej masuk. Arfana terus mencapai telefonnya, mata bersinar saat melihat nama Syed Aariz yang menghantar mesej tersebut.

Bersiap. Aku tunggu di luar.

Jangan cantik-cantik, Tunangmu cemburu.

Arfana mencebik setelah membaca ayat terakhir Syed Aariz. Dia terus naik ke atas untuk bersiap, panggilan abangnya tidak dihiraukan sama sekali.

" Hai Beautiful" Sapa Syed Aariz bila susuk tubuh Arfana sudah sampai di hadapannya. Pintu kereta dibuka dari luar.

" Ada apa nak jumpa ni?" Soal Arfana

" Terima kasih sebab setuju untuk kahwin dengan aku walaupun aku tahu yang hati kau belum sepenuhnya milik aku. Aku nak kau tahu yang cinta aku ikhlas untuk kau, Arfana."

Arfana hanya diam mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh Syed Aariz walaupun saat ini dia sedang dilanda gelisah dan tidak sedap hati tentang perkahwinannya sendiri.

" Tapi aku yakin, dalam hati kau nanti hanya akan ada nama aku. Syed Aariz Al-Farras." Satu kumtum bunga Ros merah dikeluarkan dari poket seluar. Arfana teragak-agak mahu menerima bunga yang dihulurkan itu namun anggukan dari Syed Aariz membuatkan dia terpaksa mengambil juga.

" Aku mungkin tak seromantis orang lain tapi aku akan buat demi kau. Apa sahaja untuk kau."

Anak mata Syed Aariz ditatap sedalamnya untuk mencari kata tipu namun yang ada hanyalah keikhlasan dan ketulusan yang bersinar di dalam anak mata itu.

" Aku letakkan secebis kepercayaan aku pada kau, Farras. Walaupun hanya sebesar zarah tapi aku akan tetap kecewa sebesar alam jikalau kau khianati kepercayaan yang aku titipkan kepada kau tu."

" Aku ada satu permintaan, Fana" Mata Arfana masih tidak berkalih dari memandang Syed Aariz yang sedang memandu itu.

" Tolong percayakan aku. Tolong jangan tinggalkan aku. Walau apa pun yang terjadi di masa depan, Tolong tetap percayakan aku."

" Aku akan tunaikan permintaan kau selagi Hati aku boleh percayakan kau. Jangan risau, sekecewa apa pun aku nanti, andai Hati ini dah jadi milik kau, Aku akan tetap maafkan. Aku hanya manusia biasa yang tahu apa erti terluka, Farras. Aku bukan seperti wanita lain yang menjadi idaman setiap lelaki. Aku tak sempurna dan tetap tak akan sempurna."

Syed Aariz mencapai kaca mata hitam yang tergantung lalu dipakai bagi menutup mata yang sudah memerah. Entah mengapa kata-kata itu seakan sedang menceritakan keadaan hati Arfana. Hati yang sedang rapuh dan diperlu diubati dengan kelembutan. Tidak dapat dibayangkan betapa hancurnya Gadis itu nanti jika sudah mengetahui apa yang sedang disembunyikan olehnya. Tidak boleh dibayangkan betapa kecewanya Arfana jika Semuanya diketahui Arfana dari orang lain. Kerana sampai mati pun, Syed Aariz tidak akan sanggup untuk menceritakan ketidaksempurnaan itu kepada Arfana.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now