22' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

457 19 0
                                    

Selepas kejadian pada malam itu, Tuan Arhan Ali meminta untuk pempercepatkan majlis perkahwinan anak mereka supaya Syed Aariz dapat menjaga anaknya secara halal.

Hari ini. Hari bahagia buat Nur Arfana Faiqa dan Syed Aariz Al-Farras. Bersamaan 28 Julai 2022, hari dimana dirinya akan diakad sebagai seorang isteri kepada lelaki berpangkat Tentera Udara itu. Hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka semua.

Wajah Arfana yang sedang disolek di dalam bilik Hotel sambil ditemani oleh sahabatnya, Cinta Mawar terlihat anggun. Gadis itu memandang dirinya sendiri di dalam pantulan cermin yang agak lain dari kebiasaan. Buat kali pertama dirinya menerima tema warna putih.

" You're Beautiful." Puji Theo ikhlas.

Benar. Theo menjadi Jurusoleknya juga. Bahkan pakaian Arfana juga direka khas oleh Theo. Mata mereka bertentang di dalam cermin yang sama. Mata Arfana berair menahan sebak bahawa dirinya akan menerima tanggungjawab yang besar selepas ini. Gelengan dari Theo membuatkan Arfana mengemam bibir menahan tangisan supaya tidak merosakkan solekannya.

" Akhirnya kau jumpa juga peneman sehidup semati kau, Ana. You're too Beautiful in white." Puji Cinta Mawar pula.

" Lepasni Turn kau pula, Cinta. Bercinta lama-lama buat apa? Buat tambah dosa je. Baik kahwin" Tersentap Cinta Mawar dengan ayat Theo. Padahal semua tahu yang Theo bukanlah beragama Islam tetapi dia tetap mengingatkan Cinta Mawar dan Arfana Faiqa tentang Islam.

" Aku bersyukur sebab sahabat aku ada di sisi aku hari ni. Aku takkan boleh sampai ke tahap ni tanpa Cinta dan Theo. Thankyou both of you." Cinta Mawar yang berada di belakang Arfana terus memeluk sahabatnya itu manakala Theo tersenyum di tepi mereka.

Hal hebat yang dia rasakan adalah kesempurnaan dalam memilih sahabat yang sentiasa ada di samping walaupun sikapnya yang keras kepala. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh sahabatnya demi diri yang serba kekurangan ini.

Theo, Dialah sahabat, Dialah pendengar, Dialah pemujuk, Dan Dialah Penyelamat.

Cinta Mawar, Dialah Sahabat, Dialah pelindung, Serta Dialah Jantung.

" Dah jadi isteri nanti, Ana dah tak boleh degil macam dulu lagi tau. Ana kena kuat jalani perjalanan rumah tangga. Banyak perkara yang Ana kena terima dan berfikir secara waras nanti. Apa pun yang terjadi, fikir sebab dan akibat dahulu sebelum buat apa-apa keputusan. Jangan risau, kami sentiasa ada. Theo akan sentiasa ada." Suara garau Theo menjengah ke telinga.

Sepasang mata coklat itu menatap dalam ke dalam mata Theo. Keikhlasan sebagai seorang sahabat terserlah menyinari di dalam kornea matanya. Andai sahaja dia halal untuk memeluk jejaka itu, pasti dia akan dakap tanpa dilepaskan.

" I will, Theo."

Rasa hiba semakin menyala. Masa terus berdetak, nadi terus berdenyut.

Theo menyiapkan usikan terakhir pada solekan Arfana. Gadis itu sangat anggun di dalam salinan perkahwinannya.

" You're Stunning Bride" Puji Theo dan Cinta bersamaan. Seraya bunyi tawa mereka memenuhi bilik itu.

Kaki melangkah ke Dewan diiringi Theo dan Cinta serta Bridesmaid yang lain. Debaran semakin terasa bila pintu Dewan sudah kelihatan di hadapan mata. Saat pintu terbuka, lagu yang dipilih mereka sebagai pembuka majlis terus berbunyi.

Cinta Sesungguhnya, Sabhi Saddi ft Marsha.

Senyuman diukir bila Mamanya sudah menunggu di hadapan tangga. Lagu berdendang disamping langkah perlahanya menuju ke pelaminan. Perlahan dia berjalan untuk menghayati majlis dan lagu itu sendiri.

" Kaulah cinta sesungguhnya..." Sebak hatinya mendengar ayat itu. Teringat kali pertama pertemuan dirinya dengan Syed Aariz. Sungguh dia sendiri tidak menyangka akan permulaan hidup mereka seperti ini. Perkahwinan yang dia tolak kini bakal menjadi miliknya. Milik Syed Aariz Al-Farras.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now