15' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

537 34 2
                                    

Kaki melangkah laju di hadapan deretan Branded Shop menuju ke kereta Theo yang sudah menunggunya di hujung jalan. Matanya tertumpu ke arah figura yang sedang membelakanginya di kedai Aiskrim dengan long coat dan topi bulat di kepala. Cermin mata hitam diturunkan sedikit dengan langkah diperlahankan. Dari belakang, figura tersebut persis abang sulungnya. Arfana hanya membiarkan lalu melajukan lagi langkah ke kereta.

Bag shopping Dior diletakkan di tempat duduk belakang sebelum melabuhkan duduk di kerusi hadapan bersebelahan Theo yang sedang tersenyum bersama cermin mata hitam di puncak hidung. Dari jarak dekat, lelaki itu kelihatan sangat segak.

" Hai Beautiful" sapa Theo dengan senyuman lebarnya.

" Hai Theo." Arfana membalas dengan gelengan kecil kepada Theo.

" You sedar something tak?" Arfana seolah sedang berfikir lalu menggeleng tanda tidak faham.

" Lagi satu bulan, you kena attend Malam Gala di U.S. and, you belum prepared satu habuk pun, Ana." Terang Theo bersungguh-sungguh.

Tayar kereta perlahan-lahan keluar dari parking dan bergolek di atas jalan raya. Arfana tidak lepas dari memandang Theo dari tepi.

Memang itu adalah kesukaannya kerana dia boleh design pakaian Arfana dengan gayanya sendiri. Bagi Arfana, tidak mengapa gayanya bagaimanapun asalkan tidak nampak kolot di mata masyarakat memandangkan dia mempunyai nama yang gah di mata dunia.

" Oh My Good! I totally forgot! Tak boleh ke majlis tu I hantar orang lain? Tempat itu terlalu terbuka lah untuk Ana. I tak suka. Sebelum ini boleh aje nak skip, kenapa tahun ini tak boleh pulak? Theo, help me." Adu Arfana dengan mimik muka geram.

" Nope. Jangan bermimpi I nak tolong you escape lagi, Honey. Dah banyak tahun I cover you but not for this time. Apa kata you jadi partner in crime I for this year? Let's enjoy the night." Arfana merenung Theo yang bersungguh itu dengan senyuman.

" Agree! Boleh feeling-feeling ada boyfriend. Kita matching pakaian kan?"

" Of Course, Honey"

" I will be the best designer for you."

" Great! Great!" Arfana teruja hingga menepuk tangannya dengan penuh bersemangat. Wajahnya dihiasi senyuman lebar.

Theo pula tersenyum melihat sahabatnya yang terlihat sangat gembira. Wajah menawan Arfana memenuhi kornea mata.

" Kalau I ni sama agama dengan you, dah lama I paksa you kahwin dengan I, Ana. You were beautiful. Too beautiful. No wonder lah ramai lelaki tengok you tak berkelip setiap kali you ada di luar. Untung suami you nanti." Matanya masih tidak lepas dari memandang Arfana. Kereta sengaja di perlahankan supaya dapat melihat wajah cantik itu disirami cahaya petang.

" Oh, come on Theo. There's a lot of beautiful woman in this world. You find me and you find another piece of beauty." Arfana menolak bahu Theo dengan satu jari hingga jejaka itu tergelak kecil. Wajah gadis itu jelas kemerahan kerana malu.

" I know but the beauty in yours are completely incomparable. I could say that for millions time just for you" Puji Theo dengan senyuman menawan buat Arfana Faiqa sehingga gadis itu memincing mata kepadanya.

" Every Woman are beautiful"

" Yes, And you're the most beautiful one in my eyes" Satu kenyitan mata dihadiahkan kepada Arfana Faiqa yang sudah memandang ke hadapan.

" Sweet Talker!"

" Just for you."

Masuk ke butik mewah milik Theo, Arfana mengambil tempat di sofa di dalam pejabat jejaka itu. Theo duduk lalu membuat kerja dan Arfana pula menutup mata di atas sofa milik Theo. Memang butik Theo adalah tempat mereka melepak.

" Theo, you taknak cari girlfriend?" Theo ketawa kecil mendengar soalan Arfana.

" Of Course everyone want to have a partner." Jawabnya dengan nada kecil.

" Then, kenapa you single sedangkan you ada semua."

Theo menghela nafas lalu meletakkan pencil ke atas meja. Kedua belah tangan menongkat dagu bersama panahan mata memandang Arfana di sofa.

" I tunggu seseorang, Ana. Dia tu susah sangat nak dapat, I tak tahu I dapat atau tak dia nanti. Tapi tak mengapa, I lelaki. Tua-tua pun masih laku" Balasnya lagi kepada Arfana yang sudah beriak geli.

" I pun laku" Arfana membalik bebola mata ke atas mendengar kata-kata dari jejaka itu.

" Kalau tak pun, I hidup sendiri je la sampai hujung nyawa. Lagipun, I tak tahu apa tujuan hidup I. kehidupan I sekarang hanyalah sebab Ana dan Cinta sahaja."

Belum sempat Arfana membalas, pembantu Theo sudah mengetuk pintu pejabatnya. Arfana hanya diam sambil membelek telefon pintarnya.

" Sir, you have a VVIP customer outside" Theo mengangguk lalu membuat isyarat keluar kepada pembantunya.

" Ana, I nak layan customer sekejap. Stay here, Okey" Arfana mengangguk.

Theo berjabat tangan dengan pelanggannya sebelum keduanya mengambil tempat di ruangan yang sudah disediakan untuk berbincang.

" Yes sir, may I help you with?" Soal Theo dengan penuh ramah.

" I heard you the one who can speak malay?"

" Ya. that's right." Balas Theo dengan riak terkejut. Sedikit bergetar suara Theo bercakap dengan jejaka di hadapannya kerana wajahnya yang garang.

" Then, am I allowed to speak malay?"

" Yes, Of Course" Senyuman kecil menghiasi bibir Theo.

Walaupun agak kekok untuknya bercakap bahasa melayu dengan orang luar selain Cinta dan Arfana namun kali ini dia harus terima supaya tidak menjejaskan perniagaannya.

" I nak buat pakaian untuk Malam Gala. Exclusive one, boleh ke?"

" Mestilah boleh. I design everything berdasarkan apa yang customer nak. Just tell me the details and I design it for you."

Mereka mula berbincang tentang details baju. Sesekali gelak Theo pecah jua di hadapan jejaka itu dek kerana ulah jejaka itu menghiburkannya. Sudah masuk helaian ke 5 lakaran baju dilakarkan oleh Theo namun semuanya ditolak oleh pelanggannya. Padahal semua lakaran itu berdasarkan apa yang dimahukan oleh pelanggannya.

Terasa agak canggung kerana belum pernah dia mengalami situasi seperti dimana lukisannya ditolak dalam kuantiti banyak. Kepala digaru berkali-kali kerana sudah kehabisan idea. Sudah tiga jam mereka duduk di ruangan tersebut.

Theo cuba mencari idea lagi dan lagi sehingga akhirnya dia dapat mencetuskan idea yang bernas dari otaknya. Terus tangan melakar segala apa yang terlintas di fikirannya saat ini. Setelah selesai melakar, Theo menunjuk lakaran tersebut dan terus mendapat persetujuan dari pelanggannya.

" Boleh saya tahu nama, Tuan?" Soal Theo selepas selesai mendapat persetujuan dari lakaran designnya buat jejaka itu.

" Adyan."

" Wah, nice name sir" Pujinya kepada Adyan.

" Thankyou"

Sambil mereka berborak mengenai pakaian tersebut, Theo terpandang susuk tubuh Arfana yang sedang melangkah di tengah ruangan menuju ke pintu gerbang butiknya. Dia meminta diri dari Adyan lalu mengejar langkah Arfana.

" Ana." Arfana berpaling apabila mendengar panggilan dari Theo.

" Theo, Ana dah letak memo mahu ke office sekejap. Nampak macam lama je perbincangan you harini."

" Sorry, I tinggal you lama sangat. You nak balik naik apa? Theo yang ambil Ana tadi kan, I la yang patut hantar you." Theo membalas dengan wajah serba salah kerana meninggalkan gadis itu keseorangan.

" Hold on, I ambil kunci"

" No! PA I yang ambil. Dia dah ada di luar. don't worry okey, esok kita jumpa lagi. Bye Theo!" Arfana mengahalang kerana tidak mahu menganggu masa Theo untuknya.

Arfana melambai kepada Theo lalu berjalan ke kereta yang sedang menunggunya di hadapan pintu gerbang milik Theo.

Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang sedang tersenyum melihat celoteh mereka berdua di tengah-tengah ruangan itu.

" Here you are." 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now