1' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

1.2K 66 1
                                    

PANGKALAN UDARA GONG KEDAK, 9.30 a.m.

" This is Su- 30MKM, G-28 on guard speaking"

" Pangkalan udara TUDM kita di kuantan bagi signal emergency landing di Gong Kedak, Jeneral!"

Suara Syed Aariz menjadi perhatian melalui earpiece kepada Jeneral TUDM bila Eurocopter EC-725 pejuang rakan seperjuangannya tidak mendapat respond dari pihak atasan dari tadi.

Keadaan semakin kacau bila Eurocopter EC-725 itu sudah terumbang ambing di perkarangan udara menunggu arahan diberi untuk mendarat. Helicopter itu terus berpusing mengelilingi kawasan yang sama bagi mengelak serangan dari peluru. Hal ini kerana mereka tidak dapat masuk jika tidak mendapat kebenaran dari Pangkalan Udara.

" We Out of oil and gas, Mejar" Suara serak basah memberi info dengan tenang supaya dapat menenangkan hatinya yang sudah takut.

" What about the hotages?" Soal Syed Aariz.

" Still good, Mejar"

Syed Aariz diam memikirkan cara untuk berhubung dengan pangkalan udara lagi supaya dapat menyelamatkan nyawa-nyawa itu.

Tiga buah Su- 30MKM yang diarahkan untuk menjaga keselamatan Eurocopter itu saling bergerak secara random untuk mengaburkan tembakan dari musuh di belakang. Dia  mengarahkan pasukannya untuk melakukan Gerakan Z di sekeliling agar dapat mengurangkan ancaman.

" On your 3 o'clock Mejar!" Suara pasukannya memberi info membuatkan Syed Aariz menggenggam erat stereng pengawal Jet.

Dia menaikkan Su- 30MKM G-28 ke atas lalu turun menjunam melindungi bahagian tepi Eurocopter. Posisinya menegak ke bawah.

" Jeneral Haries speaking, Landing for Eurocopter EC-725 accepted!"

" Roger!" Ketiga-tiga pemandu Su- 30MKM itu menjawab serentak lalu membuka laluan kepada Eurocopter itu mendarat dengan selamat.

" Get down now Eurocopter EC-725! Get down!" Suara tegas Syed Aariz terdengar lagi.

Eurocopter itu mengikut landasan yang disediakan dan bersedia untuk mendarat di tempat yang sudah disediakan, manakala Syed Aariz dan pasukannya cuba menghalang peluru dari terkena Eurocopter itu dari belakang dan bahagian tepi.

" Mejar!" seru pasukannya yang lain saat Su- 30MKM milik Syed Aariz terkena peluru di bahagian tepi.

" Go!"

Syed Aariz memusingkan Jet yang dipandu berbalik ke arah datangnya peluru. 5 buah Eurocopter yang sama jenis dengan yang diiringi tadi menerpa ke arahnya bersama senapang di tepi pintu.

Sebelah sayap Jet Pejuang Syed Aariz terkena tembakan lalu menyeleweng ke arah tepi. Dia berpusing-pusing di sekeliling Eurocopter itu sebelum menjunam ke dalam hutan. Api marak dari Jet itu membuatkan 2 lagi pasukannya menjerit kuat dari dalam earpiece.

˚₊· ͟͟͞͞➳

Kedua belah tangan terletak elok di belakang badan lalu memandang Jeneral penuh hormat. Ramai pihak atasan yang berdiri di samping Jeneral Haries memandang jejaka itu dengan tegas.

Satu tamparan hinggap pada pipi Syed Aariz Al-Farras. Dia hanya menayangkan wajah kosong walaupun sakit hingga ke gusi. Matanya tidak gentar melihat ke dalam mata Jeneral Haries Al-Rizq.

Nur Arfana Faiqa melihat keadaan genting itu dari jarak jauh tanpa perasaan, riak wajahnya hanya kosong. Seketika dia bermain dengan telefon pintar kerana terlalu bosan menunggu sang ayah.

Selesai saja dimarahi oleh atasannya, mata terpandang seorang gadis yang sedang ralit memandang telefon pintar di bawah pokok rimbun di hujung pagar.

" Tengok siapa?" Arshan Faiq memegang bahu Syed Aariz lalu menegur.

Syed Aariz hanya menggeleng lalu berjalan ke kerusi batu untuk berehat. Arshan Faiq mengekor di belakang lalu melabuhkan duduk di tepi sahabatnya.

" Prank goes wrong dude?"

" Otak kau prank! Aku dah hampir mati tadi tau" jawapan Syed Aariz mengundang tawa dari Arshan Faiq.

Dia keluar dari jet kesayangannya sebelum ia jatuh ke dalam hutan rimbun itu. Disebabkan hal yang tidak terduga itu mereka sangat marahkan Syed Aariz Al-Farras. Lagipula ini hanyalah sekadar latihan untuk Anak Pasukan dan Mejar syed Aariz dilantik menjadi Ketua.

Sedang elok mereka berborak sakan, tiba-tiba mata Syed Aariz ditutup dari belakang. Terasa lembutnya tangan itu menyapa kulit mukanya.

" Cuba teka siapa?" soal seorang gadis dari arah belakang.

Arshan Faiq melihat keadaan itu terkedu, mulut seakan terkunci dari berkata-kata. Gadis itu langsung tidak melihat sekelilingnya.

" Ish abang ni! Its me, surprised!" Dengan spontan dia memeluk leher Syed Aariz dari belakang.

Wajah ditempel dengan pipi Syed Aariz yang sudah memerah sempurna itu. Panas bercampur malu.

" Adik!" panggilan dari Arshan menyentakkan Arfana Faiqa.

Matanya terus berkalih ke tepi melihat wajah garang abangnya yang sedang bercekak pinggang sambil memandangnya.

Terkedu.

Dengan perlahan Arfana melonggarkan pelukan lalu memeluk abangnya erat. Muka ditekup pada dada Arshan kerana malu teramat.

" Dah lupa abang ke sampai tersalah peluk orang lain?"

" Sorry, Adik tak perasan" Dia tidak melepaskan pelukan dari badan abangnya kerana terlalu malu.

Arfana memalingkan badan sambil menunduk, dia memohon maaf dari Syed Aariz tanpa memandang wajah tampan itu.

" Miang"

Satu perkataan yang keluar dari mulut Syed Aariz membuatkan Arfana Faiqa mengangkat wajah memandang jejaka di hadapannya dengan wajah berkerut.

" Im so sorry, aku tak sengaja" Ucapan maaf meniti lagi di bibir Arfana Faiqa.

Melihat mata Syed Aariz hanya menjeling dengan ucapan maafnya membuatkan Arfana naik angin. Dia melawan mata garang Syed Aariz dengan tatapan yang sama. Kepala yang mendongak melihat Syed Aariz terasa lenguh namun tidak dihiraukan. Terasa maruahnya di injak bila Syed Aariz mengatakan perkataan miang itu.

" Adik? Bila sampai?"

Terkejut, Arfana berpusing melihat ayahnya di belakang. Terus tubuh tua itu dipeluk erat bagai tidak mahu dilepaskan. Jeneral Arhan Ali menyambut Arfana ke dalam pelukan hangatnya.

" Baba! I miss you!" ubun-ubun anak perempuannya dicium lembut.

Mejar Syed Aariz dan Mejar Arshan Faiq menunduk sedikit tanda hormat kepada Jeneral atasan.

" Aariz okey?" soal Jeneral Arhan bila perasan akan kehadiran Syed Aariz di situ.

" Saya okey Jeneral" Arfana menjeling tajam bila suara Syed Aariz berbunyi.

Syed Aariz pula menghadiahkan jelingan juga kepada Arfana hingga mendapat perhatian dari sang ayah.

" Ini Arfana Faiqa, puteri tunggal saya." Syed Aariz hanya membalas dengan senyuman nipis kepada Jeneral Arhan.

" Sorry la bro, Adik aku baru balik dari U.S. lepas 3 tahun tak balik sini. Itu yang tak cam aku tu" Arshan menepuk bahu Syed Aariz.

Syed Aariz memberi respond yang sama namun difahami oleh Arshan bahawa Syed Aariz tidak meminati keadaan itu. Arshan hanya ketawa melihat wajah kelat sahabatnya.

Arfana menarik tangan ayahnya masuk ke dalam bilik kerja atas alasan mahu berehat padahal tidak mahu berada dekat dengan Syed Aariz lagi.

Syed Aariz turut melakukan perkara yang sama. Mereka tidak lagi melihat sesama sendiri dan hanya melakukan kerja masing-masing. Jangan kata terpesona, rasa meluat pula yang singgah di hati masing-masing.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now