35' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

235 17 0
                                    

Kaki melangkah turun ke bawah dengan berhati-hati. Tangan menyentuh dinding tangga untuk mengimbangi langkah agar tidak jatuh tergolek. Nasib baik suaminya bersetuju untuk tinggal di rumah milik Arfana, jadi dia sudah tahu selok belok rumah sendiri.

" Sha la la la la..."

Syed Aariz berlari ke tangga bila melihat kelibat isterinya yang sedang turun bersama mulut mengalun alunan music dengan nada perlahan. Tangan isterinya ditarik ke dalam tangan besarnya.

" Kenapa turun sendiri ni?"

" Abang lah! Tak bawak saya turun sekali."

Syed Aariz menggeleng pasrah dengan balasan Arfana. Nakal sungguh kekasih hatinya itu hari ini. Dia risau jika berlaku apa-apa lagi. Cukuplah sekali kejadian yang menjadikan Arfana hancur seperti sekarang. Cukuplah sekali dia melihat keadaan tidak terurus Arfana Faiqa.

" Kan Abang dah pesan, nak turun, tekan butang tepi katil tu. Kenapa degil ni?" Hidung sang isteri dicuit manja. Dia sudah pasang loceng khas untuk memudahkan isterinya bergerak.

Arfana sengih. Tunjuk gigi dia yang tersusun cantik molek dalam barisan. Dia bosan berada di atas seorang diri. Lagipula, dia sudah lama berada di rumah ini jadi tiada lagi salah langkah yang berlaku. Tadi, Syed Aariz sudah memberitahu bahawa dia mahu turun menyiapkan makan malam mereka dan berpesan untuk dia tidak turun selagi Syed Aariz tidak naik ke atas.

" Abang masak apa?" Hidung cuba menghidu makanan yang dimasak oleh suaminya.

" Masak nasi goreng tomyam. Sayang makan kan?"

" Saya makan semua. Tolak batu dan kayu." Dia membalas sambal kaki melangkah ke dapur. Manakala Syed Aariz hanya mengekor di belakang badannya bersama apron pink yang masih melekat pada badannya.

Apron itu dihadiahkan oleh abang keduanya suatu ketika dahulu dan mengapa dia boleh tahu lelaki itu sedang memakai apron pink? Kerana itulah satu satunya apron yang ada di dalam rumah ini. Arfana tidak pernah memakai apron ketika memasak.

Arfana mahu memegang kuali yang masih panas namun laju ditarik oleh Syed Aariz. Kedua belah tangan Arfana ditindih dengan tangannya lalu saling menempel pada hujung cabinet. Syed Aariz berdiri rapat di belakang badan Arfana Faiqa. Kepala direndahkan ke cuping telinga Arfana.

" Abang? Sayang makan tak?" Bisiknya.

Mukanya memerah menahan malu bila dibisiknya soalan berbaur gurauan seperti itu. Mata dikerdip berkali-kali.

Syed Aariz mengangkat sebelah tangan untuk menutup gas. Namun mata tidak lepas dari merenung wajah isterinya dari samping. Cantik sangat!

Badan Arfana dibawa ke kerusi. Dia pula menyiapkan minuman dan makan malam mereka. Pada mulanya Arfana dia hanya menggunakan satu pinggan kerana mahu menyuap isterinya tapi Arfana membantah. Katanya mahu makan sendiri.

Dia meletakkan sudu di atas tangan Arfana. Terkapai-kapai juga gadis itu mahu menyuap makanan ke dalam mulut sendiri.

Syed Aariz tahan gelak bila sudu yang disua tersasar ke dagu. Arfana pula masih berusaha mencari mulut sendiri walaupun nasi sudah jatuh bertaburan ke meja. Syed Aariz hanya mampu menggeleng sebelum dia menghentikan perbuatan Arfana dengan memegang tangan itu.

" Let me." Arfana akur. Dia menghulur sudu ke hadapan.

" Good Girl. Cuba senyum dulu" Arfana tayang senyum. Dia terpaksa kerana sudah lapar.

" Kan cantik tu. Meh nak cium sikit." Dagi Arfana ditarik sebelum melabuhkan ciuman pada dagu yang tersalah sasaran tadi.

" Maaf sebab tak boleh jadi isteri sempurna untuk awak." Kata Arfana secara tiba-tiba. Syed Aariz pula sudah mengeluh tidak puas hati.

" Tolonglah sayang, jangan cakap macam ni lagi. Abang tak suka."

" Kerja Sayang hanya layan Abang je. Selebihnya adalah kerja Abang. Jangan fikirkan semua tu."

" Jangan lawan Abang, Sayang. Awak takkan menang." Arfana jeling tidak puas hati.

Usai makan, Arfana dan Aariz berjalan beriringan ke halaman rumah. Tangan Arfana dipimpin erat. Dia menepuk nepuk kerusi untuk Arfana duduk walaupun kerusi itu sudah suci bersih. Pinggang Arfana di pegang sebelum di dudukkan di atas kerusi.

" Farras, saya boleh buat sendiri. Sampai bila nak bergantung pada orang? Saya kena belajar buat sendiri pula." Tangan digenggam sesama sendiri menahan sejuk.

" Abang tahu. Tapi izinkan saya buat semuanya untuk awak. Boleh?" Arfana diam tidak membalas.

Tangan Arfana di gabung dengan tangan kekarnya lalu digosok perlahan untuk menghasilkan haba supaya gadis itu tidak terlalu kesejukan. Akhirnya dia membawa kedua belah tangan isterinya ke dalam baju yang dipakai. Terkejut Arfana bila jarinya tersentuh perut Syed Aariz.

Sejujurnya, siapa sahaja tidak suka jikalau suami yang perlakukan diri bak tuan puteri tapi masalahnya Syed Aariz itu Askar. Dia perlu meninggalkan Arfana bila-bila masa sahaja. Kalau Arfana tidak belajar sekarang, bagaimana dia mahu hidup bila Syed Aariz sudah masuk kerja nanti?

Tapi untuk menolak permintaan sang suami pula...

Dia tidak mampu, itulah sebabnya dia hanya diam membisu. Tidak tahu bagaimana mahu menolak kerana takut lelaki itu akan kecewa berat.

" Sayang, jangan fikirkan sangat masalah tu. Biar abang tanggung semua masalah awak. Sekarang, Sayang hanya perlu jadi Permaisuri sahaja."

" Saya tak Nampak awak, Farras. Saya bahkan tak boleh buat apa-apa pun." Ujarnya dengan nada sedih dan sendu.

" Awak Nampak Abang, Sayang. Selagi Abang ada dalam hati Sayang, Awak akan sentiasa Nampak." Pujuknya dengan meletakkan tangan ke dada Arfana.

" Kami semua tengah cari penderma yang terbaik untuk Sayang. Jangan risau, suatu hari nanti, awak akan kembali seperti dulu."

Tiba-tiba, Arfana mengangkat sebelah tangannya dari dalam baju Aariz lalu menggerakkan dua jari ke depan dan belakang sebagai isyarat supaya Syed Aariz mendekat kepadanya. Bila terasa deruan nafas lelaki itu memanas di pipi, dia pusing kepala menghadap Syed Aariz.

Mata berkelip-kelip namun isinya kosong pada pandangan Syed Aariz tapi sayangnya, Syed Aariz tidak pernah bosan untuk terus menatap mata yang dulunya bersinar indah dengan cerianya seorang wanita bergelar isteri. Meskipun sekarang sudah tidak mampu memandangnya dengan pandangan yang sama tetapi dia yakin bahawa mata itu sedang meluahkan rasa yang sama dari dasar hatinya.

Arfana senyum nipis sebelum melabuhkan ciuman pada pipi Syed Aariz. Cukup lama hingga dapat dia rasakan tubuh badan Syed Aariz bergetar. Bukan kerana gelak tawa tapi kerana sedang mengalirkan air mata. Suka benar lelaki itu menangis sekarang, terbalik pula dengan Arfana Faiqa.

" Maafkan Abang sebab tak datang waktu Sayang perlukan kudrat Abang. Maafkan Abang sebab lambat pulang. Maafkan Abang..."

" Tak ada siapa yang salah Abang. Tuhan dah tetapkan jalan hidup saya macam ni. Siapa kita nak menolak?"

Mata kuyu milik Arfana Faiqa ditatap penuh cinta. Mata yang dibiasi dengan sinaran rembulan sedang menatapnya. Penuh bercahaya.

" Sayang, Abang tak akan pernah bosan untuk cakap yang Abang rindukan Sayang. Dan tak akan pernah malu untuk ucap kata cinta pada Sayang."

" I miss you... Abang rindukan Sayang."

" Saya pun rindukan Awak."

Syed Aariz terus memeluk Arfana usai Arfana menghabiskan kosa kata. Pipi isterinya di cium bertalu-talu. Arfana melingkarkan tangan pada leher suaminya bila ciuman dirasakan agak agresif. Takut kalua dia akan terjatuh jika tidak berpaut pada leher Syed Aariz.

Tubuh kecil itu diangkat lalu dibawa ke bilik. Arfana melabuhkan ciuman hangat pada dada Syed Aariz sebagai tanda terima kasih. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now