23' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

595 32 4
                                    

" Selamat hari lahir, Arfana Faiqa."

" Selamat hari kehancuran, Diri Sendiri."

Mata dipejam rapat sambil melayani air mata yang tidak henti dari mengalir. Malam ini, malam yang sepatutnya menjadi malam pertama sebagai Isteri seorang lelaki kini sudah hancur. Dan hari yang ditunggu-tunggu setiap tahun, hari kelahiran yang sudah terlupakan.

Di tinggalkan pada hari kelahiran lebih teruk dari ditinggalkan tanpa tarikh penting.

Arfana duduk bercangkung di tepi jalan dan menangis dalam diam di situ. Hoodie menutupi kepala ditarik supaya menutup sebahagian wajahnya yang basah dengan air mata. Terketar-ketar badannya menahan suara tangisan dari berbunyi.

" Sakitnya Ya Allah! Tak pernah aku rasa sesakit ini. Apa salah aku? Apa kurangnya aku sampai macam ni sekali aku diperlakukan? Sakit sangat. Hati ini sakit sangat." Dada terasa sempit dengan tangisan begini. Pedihnya hingga ke ulu hati.

Detik video Syed Aariz diputar di dalam majlis mereka kini berputar kembali di dalam kotak fikiran Arfana Faiqa. Tangisan semakin liar mengenangkan tragedi yang berlaku siang hari tadi.

Hujan deras turun tanpa memberi peringatan, sebelah tangan menadah air hujan serta kepala mendongak ke atas dengan tangisan. Dan entah mengapa, hatinya masih berharap bahawa Syed Aariz akan datang melindungi dirinya dari basah seperti sebelum ini. Kini, Dia sudah tidak menghiraukan jika wajahnya yang sedang menangis itu dilihat kerana hujan yang lebat ini.

Hujan lebat seakan mengerti perasaanku dan mengizinkan aku menangis sepuasnya dibawah pancurannya dari Langit Malam. Oleh kerana malam sudah terlalu lewat, tiada lagi kereta yang lalu lalang di kawasan ini.

Retaknya hatinya saat ini sehinggakan tiada ubat yang mampu mengubati namun tetap Dia berharap akan ada keajaiban dalam hubungan mereka.

" I told you not to go out, Honey"

Dengar nama panggilan sahaja pun sudah tahu siapakah gerangan manusia yang berada di belakangnya saat ini. Arfana menunduk menahan bunyi tangisannya dibawah pancuran hujan itu. Sweater tebalnya basah kuyup tidak dihiraukan.

" Crying over shitty man? you should know how value you are."

" Ini ke maksud you 'Ambil Risiko'? My Wedding?"

" I'm sorry, kalau dulu I minta untuk you terima dia, kali ini I nak you lupakan dia." Mendengar ucapan itu, kepala Arfana mendongak memandang Theo dengan riak terkejut.

" Apa yang you fikir tentang hati I, Theo? You fikir hati I ni Besi? Kenapa you nak pressure I macam ni?" Tengking Arfana di hadapan Theo.

Menggigil badannya menahan amarah dan sedih sekaligus. Terasa hidupnya tiada makna dan hanya menyusahkan semua orang.

" I'm sorry, Honey. I didn't meant to talk like that."

" You boleh atur apa saja, Theo tapi bukan atur hati I! you tak rasa! You takkan rasa benda yang sama dengan I! you hanya boleh berkata-kata, Theo. I bukan barang dan I bukan mainan untuk you aturkan. I penat, Theo! I penat jadi diri sendiri! I penat untuk hidup macam ni!"

" Kenapa Farras buat I macam ni? Apa salah I? Apa kurangnya diri ini sampai macam ni sekali dia buang I? Apa lagi yang tak cukup? You tahu tak betapa hinanya I sekarang? Semua orang tengah bercakap tentang perkahwinan bodoh tu! ' Anak Jeneral ditinggal di majlis perkahwinan sendiri' ' Anak Jeneral mandul' ' CEO Arles curang' dan yang paling terdesak bila ada ' Anak Jeneral Lesbian'. You nak I rasa apa sekarang?! You nak I buat apa sekarang selain menangis?! Bagitahu I Theo! Tell me what to do! Tell me how shame I am right now! Tell me!" Kolar baju Theo ditarik kasar dengan tengkingannya. Suara seraknya mengundang sedih Theo.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now