31' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

194 11 5
                                    

Dunia seakan berhenti berpusing mendengar semuanya dari mulut Adyan. Umi... Umi...

Beg yang dipegang jatuh menyembah bumi kerana terlalu terkejut.

Umi tahu semua yang berlaku tapi Umi buat seakan tidak tahu. Teganya hati Umi memperlakukan anaknya begitu. Bahkan sekarang, dia pula menjadi penyebab segalanya. Semua penyebab kebencian Adyan terhadapnya sudah terungkap. Telinga yang tadinya tak sengaja mendengar, kini sudah terbias dengan segala kebenaran.

Adyan Al-Fateeh cintakan Arfana Faiqa.

Dan...

Aariz Al-Farras cintakan Arfana Faiqa.

Jadi sekarang ini, perampas kebahagiaan Adyan adalah Aariz. Abang kandung lelaki itu sendiri. Lembik lututnya memikirkan semua perkara yang diungkap oleh Adyan. Tangan mula berpaut pada pintu rumah.

" Apa m-maksud kau?" Bergetar butir bicara Aariz menyoal adiknya.

" Apa?" Soal Adyan mencabar.

Jeda.

Tidak tahu mahu memulakan dari mana. Perlukah dia menyoal tentang hati yang jelas adiknya perkatakan dari tadi ataupun, mampukah dia untuk menyuruh adiknya supaya melupakan Isteri tercintanya.

Tak lama selepas itu, bunyi derapan kasut dan ucapan salam dari arah belakang.

" Assalamualaikum dan Selamat Pagi Tuan." Dua orang anggota TUDM sedang berdiri di belakang Syed Aariz.

" Waalaikumussalam."

" Maaf Tuan, Tuan diarahkan kembali ke pasukan dengan kadar segera, Tuan. Ini Pesanannya." Sekeping surat diserahkan kepada Syed Aariz.

" Pihak Atasan ada telefon Tuan tapi tak dapat, jadi kami dikirim untuk datang ke sini." Aariz mengangguk sahaja. Ya, dia tutup telefon pintarnya untuk pulang berehat.

Dia mengambil dan membaca isi surat tersebut. Ada masalah di Pangkalan Udara. Mata dipejam rapat, rasa mahu menangis saja.

" Dan sekarang kau perlu memilih. Isteri Atau Kerja?" Adyan cuba memanaskan situasi.

" Tuan?" Panggil dua orang anggota di belakang.

Berkelip kelip matanya memandang Umi. Meminta bantuan dari wanita bergelar ibu itu. Disaat dia perlu memilih satu nyawa yang akan terkorban atau banyak nyawa yang akan terkorban suatu saat nanti.

Antara Isteri atau Negara...

" Go Aariz. Banyak Nyawa sedang bergantung pada kamu sekarang. Umi akan bertanggungjawab untuk jaga isteri kamu disini. Pergilah, Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkahmu, Anakku."

Syed Aariz mengangkat tabik, menghormati ucapan Umi. Dia mencium tangan tua itu sebelum bergegas keluar mengikut langkah dua anggotanya tadi.

' Ya Allah, Aku tinggalkan isteriku kerana-Mu. Aku berkorban ke jalan-Mu. Aku gagal laksanakan tanggungjawabku sebagai Suami Untuk NegaraKu. Jadi, Lindungilah keluargaku. Selamatkanlah setiap langkah Isteriku dan kuatkanlah Isteriku dalam apa jua keadaan pun. Sesungguhnya aku lakukan semuanya Kerana-Mu dan NegaraKu.'

Nafas Dihela. Pintu kereta dibuka lalu berlari ke bilik 'Ops'. Mata terpandang Mejar Arshan Faiq, Abang iparnya dan juga sahabat seperjuangannya. Mata, telinga, akal, fikiran ditumpukan sepenuhnya pada Jeneral Arhan Ali yang sedang memberi arahan di hadapan.

" Pangkalan Udara dan Laut Malaysia dikepung oleh pengedar dadah dari negara seberang. Mereka telah Berjaya masuk dan mengepung kita dari atas dan bawah. Jadi kali ini, kita kan bergabung dengan TLDM secara langsung. Mereka buat kerja mereka dan kita buat kerja kita."

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now