10' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

660 39 3
                                    

Arshan Faiq memandang semua mata-mata yang sedang memberi sepenuh perhatian kepadanya saat ini. Dihadapannya, seluruh ahli keluarga sedang duduk di atas sofa dengan tenang. Hanya dia yang sedikit gemuruh untuk menyampaikan berita ini.

Kali ini sudah masuk kali ke tiga Arshan berdehem namun suaranya seakan tersekat di celah kerongkong. Arfana menempel pada bahu Arhan Ali dengan gaya letih. Mamanya pula masih sabar menunggu ucapan dari anak sulungnya.

" Shan nak cakap apa ni? Mama banyak kerja lagi nak buat. Nanti nak pergi meeting dengan kawan-kawan pula" Suara Qalesya Fatehah bergema di ruangan itu.

" Arshan Faiq!" Melihat anaknya tidak menjawab, Qalesya Fatehah memanggil keras.

" Shan nak minta persetujuan dari Mama dan Baba untuk kahwinkan Adik dengan kawan baik Shan" Arshan mengajukan ucapan dengan sekali nafas kerana terkejut dengan panggilan mamanya.

Arfana Faiqa mengangkat kepala memandang abangnya tanpa berkelip. Jelas dia sedang terkejut dengan berita yang disampaikan oleh abangnya sebentar tadi.

"Huh?"  Suara Arfana jelas sedang Terpinga-pinga dengan lontaran suara abangnya.

Dia memandang Babanya pula yang juga sedang memandang abangnya dengan wajah terkejut dan terkedu. Arshan membuat muka kasihan untuk menarik minat ahli keluarganya. Hanya Ardhan Faiqal yang tenang saat ini.

Anak kedua memang selalu tenang menangani masalah yang dihadapi. Dia hanya merenung lantai sambil memeluk tubuh di atas sofa.

" Kawan yang mana?" Soalan Mamanya dibalas dengan menujukkan gambar sahabatnya di dalam telefon pintar miliknya.

" Nama dia Syed Aariz Al-Farras Bin Syed Ammar Al-Faeeq, Mama. Elok rupa orangnya, Mama."

Qalesya Fatehah berdecit mendengar pujian yang diberikan oleh anak lelakinya itu terhadap sahabat yang ingin dijodohkan dengan satu-satu anak perempuannya.

" Baba, macam mana ni?" Qalesya Fatehah menyoal suaminya pula.

" Baba tak kisah. Kalau Mama setuju, Baba pun akan setuju. Yang paling penting, jawapan dari Tuan badan lah"

Semua memandang Arfana yang mendiamkan diri dari berbicara sepatah perkataan pun. Mulutnya terkunci rapat dari menutur kata keramat.

" Ana? Macam mana?" Matanya naik menikam mata mamanya.

" Ana nak jadi rich aunty. So, Taknak."

Senang sahaja jawapan Arfana kepada persoalan itu kerana dia tahu, mama dan babanya tidak akan sesekali memaksa. Perkahwinan bukanlah perkara yang mudah untuk dia lalui, terlalu banyak situasi yang akan berubah bila berlakunya perkahwinan.

Biarlah usia menua, asalkan dia dapat mengecapi bahagia dengan caranya tersendiri. Penyebabnya hanya satu, Dia tidak percayakan lelaki.

" Jangan lah macam ini, Adik. Kalau adik kahwin, at least ada yang boleh jaga adik" Pujuk Arshan terhadap Arfana Faiqa.

" You can keep me away from danger. What's the problem?" Jawab Arfana tidak berpuas hati.

" Kami tak selamanya ada dengan adik. Mungkin masa itu kami ada misi? Siapa yang akan jaga adik kesayangan abang ni? Sebab itulah adik kena kahwin dengan Aariz"

" Why him? Ramai lagi orang yang tak beruniform yang boleh jaga I. Dia pun akan ada misi juga kan." Arfana menjawab lagi.

Kali ini Arshan pula yang terdiam dari berbicara. Dia memandang Ardhan lalu menyiku jejaka itu untuk meminta pertolongan. Ardhan hanya diam tidak menghiraukan abangnya.

" Be his Bride, Adik. He will take care of you" Ardhan menutur ayat tersebut lalu naik ke bilik.

Dia tidak suka keluarga pengkhianat walaupun yang mengkhianati mereka itu bukan Syed Aariz. Dadanya berombak laju jika mengingatkan jejaka itu.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now