29' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

153 9 0
                                    

Terketar-ketar tubuh badan Adyan memandang segenap susuk tubuh Arfana yang masih tidak sedarkan diri di atas katil. Kakinya bergerak berpusing di hadapan katil sambil memandang Arfana dengan riak risau. Kuku digigit kerana terlalu takut dan gementar. Wajah pucat gadis itu membuatkan dirinya dihurung rasa serbasalah. Adakah Arfana sudah mati? Ataupun hanya berpura-pura supaya dapat melarikan diri? Itu sahaja yang muncul di benaknya sedari tadi.

Dengan cara ini Arfana akan miliknya kan? Dan dia, selamanya milik gadis pujaannya itu kan?

Tiba-tiba, bibir menguntum senyum sebelum ketawa besar. Dia duduk di birai katil lalu mengusap lembut pipi Arfana. Senyuman tidak lekang di bibir.

Cantiknya!

Kepala Arfana yang masih berbalut bandage diusap entah kali ke berapa. Yang dia fikirkan hanyalah cinta dan cinta yang terlalu dalam buat seorang gadis seperti Arfana Faiqa. Laiq, seorang Doktor yang merawat Arfana di rumah tersorok milik Adyan, juga merupakan sepupu kepada Adyan dan Aariz.

" What are you doing Yan?"

Susuk tubuh Laiq sedang menyandar di muka pintu sambil memeluk tubuh dikalih sebentar. Tangannya baru sahaja mahu memegang tangan Arfana terus terbantut. Mata menjeling garang terhadap sepupunya itu. Tidak habis-habis mahu menganggu masanya bersama gadis pujaan hati sejak dia tahu keberadaan Arfana disini.

" Kau sedar kan apa yang kau tengah buat ni? Kita tengah gali kubur sendiri tau."

Mata diguling ke atas mendengar loteran tidak berasas dari Laiq. Dia sangat tidak suka bila ada manusia yang masuk campur dalam urusannya. Laiq tahu semua ini atas alasan mahu merawat Arfana sahaja, bukan menjadi guru kaunseling disini. Kalau bukan kerana Arfana sedang sekarat, mustahil Laiq akan ada disini lagi sekarang.

Mata mereka tersambung dan mula memanah sesama sendiri. Laiq, seorang sepupu yang sangat rapat dengan Adyan dan juga Aariz. Tapi dia sendiri tidak mengerti mengapa Adyan sanggup menjadi pengkhianat dalam keluarga sendiri sedangkan dialah anak yang paling diberi kemewahan dan kasih sayang oleh ibu bapanya. Amarahnya terhadap Aariz semakin meningkat saat dia tahu yang abangnya itu sudah jatuh cinta terhadap gadis pujaannya yang dia sorok sejak awal.

Bahkan dia selalu salahkan Aariz akan perkara itu. Dan disebabkan Arfana Faiqa juga, Adyan menjadi segila ini.

Apa yang sudah terjadi pada kehidupan kau Adyan. Sudah jauh terpesong rasanya dari kehidupan kita yang sebenar. Lupakah kau akan prinsip dan sebab kita berada di dunia penuh fana ini? Ataupun kau sudah benar-benar asyik dengan ketidakwarasan kau untuk berfikir. Kata-kata yang tidak mampu Laiq ucapkan secara terang-terangan saat ini.

" Apa kurangnya aku?" Soalnya sambil memandang Laiq. Matanya bergetar menahan rasa.

" Kau tak ada kekurangan Yan. Cuma, Hati dia bukan untuk kau. Kau kena belajar terima kenyataan yang Hati dia milik orang lain." Laiq menjawab dengan nada memujuk.

" Sebab itulah dia ada dekat sini sekarang. Aku akan jaga dia. Aku akan tatang dia bagai minyak yang penuh supaya suatu hari nanti, dia akan cintakan aku seperti aku cintakan dia."

" Aku cintakan dia. Sangat."

Laiq mengeluh mendengar apa yang diperkatakan oleh Adyan. Sumpah dia mahu menumbuk lelaki itu saat ini tapi demi keselamatan Arfana, dia harus bersabar sehabis boleh.

" Macam mana dengan Aariz? Abang kau?"

" Pergi mampus lah dengan dia! Kenapa nak fikir fasal dia pula!" wajahnya berubah merah bila mendengar nama abangnya keluar dari mulut Laiq.

" Kenalah fikir. Yang kau culik sekarang ni, Isteri dia."

" Dia boleh cari isteri baru kan? Faiqa, aku punya." Tergamam Laiq mendengar patah perkataan yang keluar dari mulut Adyan.

Gilakah lelaki itu mahu menyuruh Aariz mencari isteri baharu? Dan semudah abc sahaja dia mahu mengambil Arfana dari Aariz. Sah! Adyan memang sudah tidak waras.

Apa yang mampu Laiq buat sekarang adalah bersabar dan ikut sahaja rentak Adyan supaya Arfana tidak hilang jejak. Walaupun dia sendiri perlu menjadi Pengkhianat keluarga seperti Adyan. Nyawa Arfana lagi penting dari segalanya saat ini.

" You won't harm her, Don't you?" Secara tidak sengaja, soalan itu terkeluar dari celah kerongkong Laiq. Adyan memandang Laiq dengan pandangan kosong dan penuh misteri. Agak terkejut dengan soalan Laiq. Anak mata Laiq cukup membuktikan bahawa dia sedang risaukan Arfana.

" I don't kill." Balasnya sambil memandang wajah Arfana.

" But... Torture." Sambungnya cukup dirinya sahaja yang dengar. Badan diangkat dari katil lalu keluar ke bilik rahsianya di bawah, meninggalkan Laiq yang masih bersandar memandang Arfana.

" You Don't kill but... Torture." Bisik Laiq seorang diri. Cukup kenal dengan sikap Adyan yang sudah seperti penjenayah.

₊· ͟͟͞͞➳

Yang dia mahukan sekarang hanyalah Arfana Faiqa sahaja. Jika dia perlu menyerah tentang semua hal pun dia sanggup asalkan dia dapat Arfana Faiqa. Cinta hatinya. Dia tidak perlukan harta, bahkan kemewahan bukanlah apa yang dia idamkan selama ini. Semuanya dia lakukan demi Arfana Faiqa. Sia-sialah dia belajar tinggi-tinggi dan ada syarikat sendiri jikalau dia tidak dapat tujuan utamanya. Semua kerana Arfana. Dia ke belajar ke luar negara kerana Arfana, dia terpaksa meminati Keusahawanan kerana Arfana, dia menolak kerjaya yang diminati juga kerana Arfana.

Dan dia masih tertanya-tanya, apa kurangnya dia dibandingkan dengan Aariz yang baru sahaja Arfana kenal. Dia menunduk ke meja. Air mata jatuh tanpa dipinta, sungguh sakit perasaannya saat ini. Frame yang terisi gambar Arfana sedang tersenyum lebar dipeluk erat. Air mata dibiarkan jatuh ke gambar itu. Di dalam gambar atau di luar, gadis itu tetap cantik dan akan selamanya cantik. Di mata Adyan.

Angkat sahaja kepala, gambar Arfana penuh tertampal pada dinding biliknya. Semuanya dia ambil sendiri secara tersembunyi tapi tetap cantik seperti sediakala. Bahkan dia merakam video Arfana secara senyap dan disimpan khas di dalam pendrive. Setiap kali dia rindu, semua video itu akan terpampang pada screen yang di siarkan melalui projector miliknya. Entah berapa lama sudah dia menjadi stalker Berjaya kepada Gadis pujaan hatinya itu.

Wajah comel itu dielus walaupun sekadar di atas gambar tetap kelembutan kulit milik Arfana tetap terasa.

Pengecut? Katakan sahaja dia seorang pengecut tetapi dia tetap tidak akan menyerah untuk mendapatkan Arfana Faiqa sepenuhnya. Kerana dulu dia sudah tersilap langkah untuk mendapatkan Arfana, kini dia tidak mahu lagi kehilangan gadis itu biarpun dia perlukan korban ahli keluarganya sendiri. Sekali ini sahaja, hanya kali ini sahaja dia merayu supaya dia mendapatkan apa yang mahukan. Sudah cukup kasih sayangnya direnggut saat abangnya dapat menjadi prajurit negara yang dibanggakan oleh Umi dan Ayah.

Badan disandar ke kerusi dengan gambar milik Arfana. Air mata masih dibiarkan mengalir tanpa ada niat untuk menyeka. Pedihnya rasa ini hingga ke hulu hati. Apa kurangnya aku, Faiqa?

Tak lama selepas itu, dia menolak semua barang yang ada di atas meja hingga berkecai laptop miliknya. Dia menjerit sekuat hati. Ditumbuknya permukaan meja itu hingga tangannya berdarah. Album juga dibiarkan jatuh hingga menampakkan isinya.

Ya, Album tentang Gadis pujaannya. Segala yang ada di dalam bilik ini adalah tentang Arfana Faiqa.

Sungguh, dia sendiri tidak menyangka bahawa cinta akan membuatkan dia gila hingga ke tahap ini. Dan rasa ini sungguh menikam jiwanya hingga tidak mampu lagi dia ungkapkan rasa sakit itu dengan perkataan. Sedihnya hingga ke pangkal jiwa dan penawarnya hanyalah satu.

Arfana Faiqa.

Tangisannya hari ini adalah hasil dari rasacinta dan kesalnya terhadap jantung hatinya, Arfana Faiqa. 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now