33' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

181 17 0
                                    

Ardhan mengusap ubun-ubun adik perempuannya yang masih tidak sedarkan diri di katil hospital. Nafasnya tampak tenang tapi hanya tuhan yang tahu isi hatinya. Selama seminggu dia menjaga adiknya disini, tiada satu hari pun dia mengeluh.

Dia mengenggam tangan Arfana Faiqa sebelum melabuhkan kepala pada tepi katil. Mata dibiarkan terlelap disitu.

Setiap masa dia mengharapkan tindakbalas positif dari tubuh badan adiknya walaupun hanya pergerakan jari. Namun Tuhan masih belum mengizinkan perkara itu terjadi. Jadi, Dia hanya mampu terus berdoa dan berusaha dengan memberi kata-kata semangat.

Tidak sampai satu jam Ardhan melelapkan mata, tangannya terasa digenggam lembut. Mata dibuka dan ditumpukan pada wajah Arfana yang penuh dengan luka dan lebam. Mata cantik itu berkelip-kelip memandang syiling.

" Adik dah bangun. Nak Air?" Arfana mengangguk lemah membalas persoalan abangnya.

Ardhan membawa gelas berisi air ke bibir kering adiknya yang masih memandang kosong ke hadapan. Tangan Arfana bergerak-gerak di udara.

" Kenapa bilik ni gelap?" Air yang disua, menitis masuk ke dalam kerongkong. Barulah terasa ada tenaga untuk bercakap.

Ardhan pula sudah hilang arah. Tidak tahu mahu menerangkan situasi itu kepada adik kesayangannya. Dia diam tidak berkutik di tepi katil.

" Qal?" Tangannya bergerak mencari susuk tubuh Ardhan di sebelah. Dia yakin, Ardhan ada di sebelah.

" Y-ya." Jawabnya dengan nada gagap. Bibir digigit kerana takut Arfana akan kecewa dengan perkara yang akan dia perkatakan nanti.

" Ana Tanya ni, kenapa tutup lampu? Sekarang malam ke?" Tangan kecilnya digenggam oleh Ardhan.

" Sekarang siang."

" Habistu, kenapa gelap? Ana tak Nampak." Tangannya ditarik dari terus digenggam Ardhan namun Ardhan mengemaskan pegangan. Kekura tangan Arfana dicium sebelum menyambung kata.

" It's was a... Nightmare." Nafas dihela. Dan Arfana hanya diam, mahu mendengar ulasan dari lelaki bergelar abang itu.

" Adik disahkan Buta kekal oleh Doktor sebab insiden yang berlaku tu. Kaca lampu tu terkena pada saraf mata adik." Terang Ardhan secara lemah lembut.

" Allah!" Tangisannya bergema di seluruh ruangan VVIP tersebut. Luruh jantungnya mendengar berita seperti itu.

" Tapi Doktor cakap kita boleh cari penderma. Abang...Abang tengah usahakan untuk bagi mata adik kembali seperti yang asal!" Sambungnya lagi. Matanya memerah menahan tangisan yang sudah berada di hujung-hujung.

Arfana menggogoi di dalam pelukan Ardhan bersama air mata lebat yang sudah membasahi baju pada bahagian dada abangnya. Kepala adiknya dicium berkali-kali bagi meredakan rasa di hati gadis comel itu.

" Please. Stop crying. Mata adik belum pulih." Pujuknya sayu. Arfana menggeleng laju. Sukar untuk menerima kenyataan sebegini rupa.

" Mata ni... Mata ni takkan pulih. Dia dah rosak. Dia dah taknak berkhidmat untuk Ana lagi." Mata dipejam rapat mendengar kata-kata yang jelas sedang terluka itu.

" Abang minta maaf. Abang lambat. Abang yang lambat sampai waktu tu." Arfana menggeleng menidakkan. Tidak mahu abangnya merasa bersalah.

Wajah Ardhan di sentuh tanpa mampu melihat. Air mata yang mengalir diusap lembut. Tidak mahu lagi membebankan abangnya yang satu ini. Kerana dialah yang selalu ada disaat susah dan senang Arfana Faiqa.

" I can't see. Macam mana dengan kehidupan Ana lepasni?"

" Kenapa? Adik boleh hidup macam biasa. Macam sebelum ni." Jejari Adiknya cuba dicapai tapi gadis itu membentak.

" Qal faham ke tak! Ana dah tak Nampak! Ana dah Buta!" Jeritnya sekuat hati.

Mata yang sudah tidak dapat melihat itu disentuh dengan jari jemarinya sebelum menepuk kuat kelopak matanya. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya sudah tidak mampu melihat isi dunia lagi.

Ardhan menarik tangan kecil Arfana ke dalam genggaman lalu dibawa ke bibir. Tidak mahu adiknya memukul anggota badannya sendiri lagi.

" Cukuplah abang tengok anggota badan adik terluka dipukul orang. Abang tak sanggup nak tengok adik cederakan diri adik sendiri." Kepala berbalut Arfana dibawa ke dalam pelukan lagi. Esakan yang jelas terbit dari punca suara Arfana meruntunkan jiwanya.

Andainya, sakit yang dirasakan Arfana dapat berpindah kepadanya, akan dia tanggung sakit itu sampai mati. Kerana dalam hidupnya, tiada yang lebih penting selain ahli keluarganya.

" Mesti Farras pun dah tak nak terima Ana lepas ni kan?"

Ardhan menggeleng. Mata dipejam kesal. Kesal atas apa yang bakal Arfana tahu suatu hari nanti.

Kalaulah Arfana tahu apa yang terjadi kepada suami dan abang sulung mereka, pasti gadis itu akan meraung lebih dari ini lagi. Oleh itu, Ardhan terpaksa berahsia tentang apa yang berlaku untuk sementara waktu. Namun, lambat laun dia pasti tahu. Arfana akan tahu segala-galanya.

Jeda.

" Ana?" Arfana mendongak mencari punca suara. Berkerut dahinya menahan perit bila dia memaksa membuka mata seluasnya, berharap yang semuanya akan kembali pada asal.

" Theo? Theo ke tu?" Air mata jatuh lagi bila Theo mengiyakan panggilannya.

Ardhan memberi isyarat kepada Theo untuk menjaga Arfana sedangkan dia terus berlari ke tandas untuk menangis. Tidak tega untuk melihat air mata dari mata indah itu lagi.

" Theo! Theo, I dah buta. I dah tak boleh tengok sesiapa." Arfana mengadu kepada Theo dalam tangisan.

Lelaki itu hanya diam tidak menjawab. Sesak jiwanya melihat keadaan Arfana seperti ini. Arfana Faiqa yang lemah seperti anak kucing yang baru lahir. Lembik dan lemah.

" Apa salah Ana, Theo? Kenapa perlu Tuhan uji Ana sampai macam ni?"

"Kenapa perlu mempersoalkan Ujian Tuhan pada kita? Kita hanyalah hamba yang menumpang atas muka bumi ni. Apa pun yang berlaku, semua atas kehendak Tuhan. Mana boleh persoalkan macam tu." Theo menutur dengan nada lembut kepada sahabatnya. Dia faham, yang Arfana sedang di fasa tertekan dengan segala yang berlaku. Dia belum bersedia untuk menerima ujian seperti ini tapi semuanya berlaku secara drastic.

Mahu sahaja dia mendakap erat tubuh bergetar Arfana tapi hubungan membataskan segalanya. Dan dia hanya mampu melihat dengan hati sengsara dan terluka. Cukup terkesan dengan keadaan Arfana. Tapi Theo tahu, emosi Arfana jauh lebih terpancing berbanding mereka yang tidak mengalami situasi seperti ini.

" Tapi I dah buta!" Tangan memukul katil.

" Berhenti cakap you Buta! Semua boleh dipulihkan! Mata you akan pulih macam biasa suatu hari nanti. Tolong Percayakan Theo." Marahnya kepada Arfana. Sungguh dia geram bila gadis itu tidak berhenti menyebut kekurangan diri sendiri yang satu itu.

Kerana dia sendiri yang akan cari penderma untuk Arfana walaupun dia perlu habiskan semua harta yang dia ada. Segalanya akan dia lakukan untuk seorang gadis bernama Arfana Faiqa.

" When?" Theo tidak mampu menjawab soalan yang di aju.

" Mesti suami I pun dah tak sudi nak jadi pasangan hidup Ana nanti..."

" Kalau dia taknak, Theo nak. I will take care of you."

" Theo..."

" Yes, Honey? Need something?" Arfana Angguk.

" I need my otherhalf. Where is Farras?"

" You must miss him a lot." Kata Theo dengan nada semakin perlahan.

" I am. I miss him."

Arfana mengadu lagi. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan suaminya sendiri. Entah sihat atau tidak lelaki itu. Terakhir dia bertemu sehari selepas majlis perkahwinan mereka. Setelah itu, Syed Aariz Al-Farras tidak pernah pulang lagi. Bagaimana lagi hendak dia luahkan rasa rindu ini kepada pemilik hati yang sedang berjuang untuk negara. 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now