26' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

763 37 2
                                    

" Good Morning, Handsome. Time to wake up!"

Suara Arfana berbisik di telinga membuatkan Syed Aariz merengek kecil. Jari telunjuk Arfana bergerak dari dahi ke pangkal hidung Syed Aariz sebelum jari itu mencuit lubang hidung suaminya sendiri.

" Taknak kerja..." Rengek lelaki berpangkat Mejar itu perlahan.

" Dah kenapa pulak taknak kerja?" Melihat suaminya yang kembali melelapkan mata, Arfana mencekup kedua belah pipi suaminya .

Dia bertindak menarik kedua belah pipi Syed Aariz kuat hingga mata lelaki itu terbuntang luas kerana terkejut. Arfana hanya tayang sengih bila Syed Aariz menatapnya dengan mata bulat. Dia masih lagi menarik pipi itu.

" Bangun! Bangun!" Semakin Arfana menarik pipi, semakin Syed Aariz merengek sambil menolak tangan Arfana yang menganggu lenanya.

" Sayang... Boleh tak kalau nak berhenti je? Takyah kerja?" Soalnya dengan suara serak basah.

" Lah? Kenapa nak berhenti pulak? Habistu kita nak makan apa kalau tak kerja?" Arfana menggosok rambut lebat milik suaminya.

" Kita makan Cinta sudahlah."

" Kepala hotak Awak lah!"

" Tak makan nasi sehari pun dah meroyan!" Marah Arfana dengan cerlungan mata garangnya.

" Eh mana ada! Sayang jangan nak jadi macam ikan Nemo tu eh!" Kali ini Syed Aariz pula yang memegang lengan Arfana. Takut jikalau Arfana semakin memarahinya.

" Takde kaitan pun dengan ikan Nemo awak tu! Bangun cepat!" Malas mahu layan, Arfana bertindak  menampar lengan Syed Aariz lalu berjalan ke dalam bilik pakaian. Dia mengambil beg yang sudah dipersiapkan dengan pakaian suaminya. Baju uniform yang sudah siap digosok juga dicapai lalu disangkut.

" Syed Aariz Al-Farras! Saya kira sampai tiga, kalau tak bangun jugak, siap awak!" Jerit Arfana dari dalam bilik pakaian.

Bunyi rengekan dari suaminya jelas terdengar di dalam bilik. Arfana menggeleng melihat perangai manja suaminya. Tapi dia yakin yang suaminya masih belum berganjak dari atas katil.

" Satu!" Arfana mula menyebut bilangan namun lain pula yang dibalas oleh suaminya.

" Sayang berkawad satu satu horra horrey!"

" Sayang berkawad satu satu horra horrey!"

" Sayang berkawad satu satu horra horrey!"

" Sayang berkawad satu satu, Abang kutip gula batu dan Abang berkawad pulang ke busut berjumpa Ratu Senyum." Suara Syed Aariz menyampuk bilangan yang disebut oleh Arfana dengan lagu Didi membuatkan Arfana menepuk dahi. Suara ketawa Syed Aariz juga nyaring bergema.

Rasa seperti dia mengahwini seorang bayi besar saja. Mata dipejam serapat yang boleh. Berharap rasa sabar dalam dirinya dapat bertahan lama.

" Bangunlah Farras!" Arfana memanjat katil lalu menarik telinga Syed Aariz hingga lelaki itu terbangun dari perbaringan. Bunyi mengaduh terluncur dari bibir lelaki itu juga tidak dihiraukan malah dia semakin menarik telinga Syed Aariz ke tandas.

" Tahu tak sekarang dah pukul 5? Awak bukan kerja Office tau!" Mulut Arfana turut bekerja selaras dengan tangannya.

" Ya, saya tahulah yang saya ni orang bawahan orang je! Driver je pun, awak yang cantik ni nak pun saya dah buat sujud syukur dah. Gaji dahlah tak seberapa." Mulalah dia berdrama demi meraih simpati si isteri.

" Yelah! Yelah! Nak sangat rendah diri jadi 'Driver' kan? Nah, pergi jadi driver dalam sana!" Belakang badan Syed Aariz disepak perlahan namun kaki Syed Aariz terdorong masuk ke dalam bilik mandi.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now