3' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

902 63 1
                                    

Syed Aariz menongkat dagu di atas atap keretanya sambil menatap Arshan yang sedang membeli bunga untuk kekasihnya. Dengusan demi dengusan berlagu dari Syed Aariz kerana dia dipaksa untuk menemani jejaka itu dating.

" Mana ada orang dating bagi bunga lagi zaman sekarang. Perempuan sekarang suka barang mahal la" Gumam Syed Aariz perlahan.

Setelah selesai membeli gubahan bunga, mereka terus berlalu ke Cafe yang dijanjikan bersama kekasih Arshan.

" Aariz, kau duduk meja sebelah ni eh" Pinta Arshan terhadap sahabatnya dengan muka comel.

Syed Aariz terus duduk tanpa menjawab percakapan Arshan. Dia membelek telefon pintarnya sahaja walaupun tidak tahu mahu bermain apa.

" Abang shan!What happened?"

Terangkat wajah Syed Aariz mendengar suara halus itu menjerit nama Arshan walhal dia sudah tahu siapa pemilik suara kecil itu. Dia kembali melihat skrin telefon pintar selepas memastikan individu tersebut.

" Adikku! Alhamdulillah, sampai jugak. Abang nak suruh adik temankan Aariz" selamba Arshan menutur kata.

Arfana yang sedang termegah-megah itu mengerutkan dahi sebelum dia terduduk di kerusi berhadapan Syed Aariz. Dada dipegang kerana menahan marah.

" You lied to me? I tinggalkan big meeting I just for you, abang." Marah Arfana dengan wajah sudah merah menyala.

Syed Aariz hanya memandang mereka sambil menyedut Starbuck yang baru sahaja dibelinya ketika Arfana bercakap dengan abangnya tadi. Seketika, dia menghulurkan bekas air itu kepada Arfana kerana gadis itu terlihat sangat dahaga. Arfana menolak dengan lembut. Syed Aariz pula terus mengangkat bahu menerima penolakan dari gadis itu.

" Sorry adik, abang tak tahu adik tengah meeting" Arfana mendengus mendengar kata-kata abangnya yang tidak masuk akal.

Arfana menjeling lalu memandang Syed Aariz dengan wajah tidak puas hati. Syed Aariz pula membalas dengan menjongket kening kepada gadis itu.

" Kau memang tak pandai nak tolak eh kalau Arshan suruh teman dia dating?" Syed Aariz menjongket bahu menjawab soalan Arfana.

" Dasar bisu" bidas Arfana selamba.

Syed Aariz pula sudah mengangkat kedua keningnya lalu tersenyum sinis. Kedua tangannya digumpal di atas meja.

" you said I need to mind my own business, and I did" Arfana menjeling mendengar balasan Syed Aariz.

Selepas itu mereka hanya bermain dengan telefon pintar masing-masing. Sesekali Arfana mengerling ke arah abangnya yang sedang menggatal di meja tepi.

" So, Kau single sebab lesbian ke?" Terpaku Arfana mendengar soalan tidak masuk akal dari Syed Aariz.

" Kau ni memang tak takut dosa eh? Tuduh je tahu" Balas Arfana pula.

" That's a question, Lady"

" I am single because apparently the only good men are fictional" Arfana menjawab dengan lagak sombong.

" Don't you see? In front of you are fictional men. I am tough, handsome, and I had everything that every girls wants" Syed Aariz menjawab dengan lagak sombong juga.

" You already said it loud and clearly. You're wanted by girls not women. Women never chase on men."

Syed menggigit pipi dalamnya bila mendengar jawapan dari mulut Arfana. Terasa aura gadis itu sangat berlainan saat bercakap empat mata.

" Kau mesti rasa hebat kan lepas cakap macam tu? Setakat mulut je bunyi tapi hakikatnya guna duit mak ayah pun susah juga" Arfana ketawa sinis bila mendengar kata-kata yang jelas ingin menang itu.

" Aku tak kaya tapi aku harap kau tak guna barang dari company aku la" Balas Arfana dengan panahan mata tertuju pada kunci kereta Syed Aariz di atas meja.

Mata memanah mata, itulah situasi mereka saat ini. Syed Aariz menikam anak mata Arfana dan gadis itu memanah anak mata Syed Aariz.

Baru saja Syed Aariz mahu membalas, mereka berdua memandang ke arah pasangan sejoli di tepi mereka setelah mendengar amukan dari kekasih Arshan.

" Look sayang, im sorry" Rayu Arshan di hadapan kekasihnya yang sudah sama-sama berdiri.

" Go away Arshan! Kita putus!"

Arshan terduduk lembik selepas menerima amukan bekas kekasihnya di hadapan orang ramai. Dia memangku wajah kepada Arfana yang sudah duduk di tempat bekas kekasihnya itu.

" You sebut nama Kak Mariam lagi ye, Arshan?" Arshan menunduk kerana tidak mahu mengakui hakikat itu.

Mariam Qasrena. Bekas kekasihnya yang ditinggalinya saat remaja kerana tidak suka akan sikap terlalu prihatin gadis itu. Namun kini dia sangat menyesali perbuatan itu.

Kata orang, mati satu bakal tumbuh seribu. Nyatanya, seribu yang datang tidak akan dapat menggantikan satu yang hilang. Itulah hakikat yang perlu dia terima hingga ke saat ini. Cinta itu masih utuh tapi dia nekad menggunakan orang lain untuk mengubati rasa itu namun gagal.

Ramai yang mengatakan cintanya buat Mariam hanyalah cinta monyet tapi kenapa rasa itu masih ada hingga ke saat ini. Mengapa sedikitpun rasa cinta itu tidak berkurang atau pudar di dalam hatinya malah semakin membara. Sudah berbagai cara dia menjejaki gadis itu tapi hanya kegagalan yang dia jumpa.

Syed Aariz menepuk bahu sahabatnya supaya bertenang. Arfana pula sudah menarik nafas panjang kerana sikap abangnya yang masih gila bayang.

˚₊· ͟͟͞͞➳

Arfana memusing pen di atas meja kerjanya. Mata sengaja ditutup sambil bersandar di atas kerusi kebesarannya. Pembantu Peribadinya baru sahaja memaklumkan kehadirannya ke Malam Gala di U.S. adalah diwajibkan kerana ada wawancara yang perlu dia hadiri di sana bersama syarikat-syarikat besar yang lain.

Permasalahannya sekarang adalah dia tidak boleh menutup rupa ketika memasuki tempat itu kerana rupa adalah kunci untuk masuk ke sana. Mujur sahaja masih berbaki 6 bulan lagi dari tarikh majlis itu diadakan.

Arfana menerima panggilan telefon dari abang keduanya yang sedang berada di Lubnan kerana tugaskan di sana. Abang keduanya merupakan seorang Askar. Hanya Arfana sahaja yang tiada minat dalam bidang itu sedangkan ibunya juga merupakan bekas Tentera Laut.

" Hey wassap guys, masak apa harini?" Tanpa salam, soalan itu yang pertama muncul di mulut abangnya.

" You nak apa?"

" Alahai adik comel kita ni, janganlah mayah-mayah. Kita nak minta ambik kat airport ni je" Balas jejaka itu selamba.

" Bila you balik?"

" Dah balik dah ni. Ada dekat airport"

" Aduhai Ardhan Faiqal, kenapa baru bagitahu sekarang" Arfana bergegas memakai mask dan mencapai beg untuk menjemput abangnya.

" Qal nak buat surprised je"

" Balik dengan grab la kalau nak buat surprised sangat" Ardhan Faiqal hanya ketawa mendengar celoteh adiknya itu.

Dan sekali lagi dia bertembung dengan Syed Aariz Al-Farras di Airport. Mereka saling berpandangan namun hanya sekejap masa sahaja. Selepas itu mereka berpisah ke tempat yang dituju masing-masing.

Entah mengapa, takdir seakan gemar menemukan mereka berdua. Semakin hati menolak, semakin fizikal mendekat.

Arfana melambai ke arah Ardhan Faiqal yang sedang duduk menunggunya di kerusi menunggu lalu jejaka itu menghadiahkan senyuman bersama lesung pipit kepada Arfana.

Tubuh Arfana dipeluk erat lalu melabuhkan ciuman pada dahi gadis itu. Rindu yang sudah lama bertahta kini dilepaskan jua.

Manakala Syed Aariz pula berada tidak jauh dibelakang Arfana. Dia sedang menunggu kemunculan ibu ayahnya yang baru sahaja pulang dari menunaikan umrah. Terhendap-hendap kepalanya mencari batang tubuh ibu ayahnya.

Kembali menoleh kepada Arfana? Tidak sama sekali. Keduanya tidak pernah hiraukan takdir yang seakan membawa sesuatu itu. Arfana Faiqa dengan hidupnya dan Syed Aariz dengan kehidupannya. Itulah mereka. 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now