21' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

486 30 1
                                    

" Yes. Itu hanya pekerjaan saja. Bukan Ana sorok benda penting pun dari Farras. Lepas kahwin nanti pun tahu juga" Ayat terakhir sengaja disebut secara perlahan.

Matanya naik melihat Umi Syed Aariz yang sedang tersenyum kecil. Mungkin terhibur dengan gelagat Arfana yang gelabah teruk itu.

" Kenapa Aariz nak marah pula? Dia yang tak cari info Ana secara details. Salah dia lah. Berani dia nak marah menantu Umi dengan Ayah? Ayah halau dia keluar"

Arfana tersenyum mendengar Ayah Syed Aariz yang sedang mempertahankannya saat ini manakala Syed Aariz menayangkan wajah tidak berpuas hati.

" Let's start our Dinner"

Mereka mula makan sambil berborak ceria. Lebih-lebih lagi ayah dan Uminya yang galak bercerita tentang waktu kecil Syed Aariz kepada Arfana Faiqa. Gadis itu hanya melayan celoteh mereka. Sesekali mata melorot juga kepada Syed Adyan yang tidak lepas memandangnya. Mahu saja dia mencungkil mata itu keluar supaya tidak lagi gatal memandangnya.

Mata tua itu tertutup kerana terlalu gembira. Mereka sedang bercerita tentang Syed Aariz yang menangis kerana ditinggal oleh kawan perempuannya sewaktu kecil. Mimik muka ditiru oleh pasangan suami isteri itu kerana baginya perkara itu kelakar. Syed Aariz pula sudah memerah mukanya kerana terlalun malu. Habis aibnya terkeluar.

Namun Dia juga terfikir akan perempuan yang sedang diceritakan oleh Umi dan Ayah Syed Aariz saat ini. Beruntungnya perempuan itu kerana sentiasa berada di dalam ingatan Umi dan Ayah Syed Aariz. Pasti Syed Aariz akan memilihnya jikalau kekasih hati lamanya itu menjelama. Seketika dia menjadi ragu dengan keputusan perkahwinan mereka. Rasa takut kembali menghantui dirinya.

Tanpa dia sedari, wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang cemburu. Berkerut dahinya memikirkan perkara itu. Bagaimana dan Bagaimana. Persoalan yang bermula dengan bagaimana itu tidak lekang dari terus berputar seperti radio lama di dalam mindanya. Oh, Dia bencikan perasaan ini.

"Aku dah bagitahu Arshan yang kau tidur kat sini malam ni"

" By the way, aku suka bila kau tak ber'kau aku'. Nampak manis dan romantik sangat." Bisik Syed Aariz di tepi telinga Arfana.

Dia hanya mampu senyum bila orang tua Syed Aariz sedang memandang mereka dengan senyuman misteri. Takut betul.

" Umi, Ayah, Ana tidur sini malam ni." Kata Syed Aariz mengundang senyuman lebar dari orang tuanya. Arfana pula hanya mampu pasrah dengan keputusan Syed Aariz.

" Baguslah tu, boleh la kami borak lama-lama dengan Ana. Lagipun, dah lewat sekarang. Tak elok bakal pengantin berkeliaran kat luar. Darah manis orang kata" Balas Umi Syed Aariz pula. Ceria sahaja wajahnya saat ini.

" Ana janganlah cemburu pula dengan cerita kami tadi, itu kisah lama saja. Sekarang, pemilik hati putera kami tetap akan jadi Ana" Pesan Ayah Syed Aariz pula. Arfana hanya mampu tersenyum ceria. Mustahil lah mahu menunjuk protes di sini.

Akhirnya Syed Aariz meminta diri untuk menunjukkan bilik kepada Arfana. Mereka berjalan sehaluan dengan mata yang sudah layu.

" Fana, masuk bilik terus kunci. Jangan merayau malam-malam buta ni. Nak apa-apa, terus call aku. Termasuklah nak ke dapur" Pesan Syed Aariz kepada Arfana.

" Kau macam tak percayakan aku. Kau fikir aku nak mencuri ke?" Soal Arfana tidak berpuas hati.

" Bukan macam tu, aku cuma risau kau jatuh ke apa. Jangan lah overthinking sampai macam tu sekali." Arfana hanya menjeling mendengar sebab tidak masuk akal dari Syed Aariz itu.

Tengah malam kian menjelma, Tekak kering Arfana semakin perit. Dia bangun menuju ke pintu bilik namun kaki seakan terbantut. Teringatkan Pesanan Syed Aariz membuatkan dia berbolak balik. Akhirnya dia tidak mengikuti pesanan Syed Aariz.

Kaki melangkah turun satu persatu anak tangga menuju ke dapur. Sudah gelap gelita. Air diminum tanpa melihat keadaan sekeliling. Kaku badannya saat terasa bahang di belakang badan. Kerana rasa takut menguasai, dia hanya berdiri tegap di tempat yang sama. Gelas yang dipegang turut terasa longgar namun disambut dari manusia di belakang.

Ketar badannya berada di dalam situasi seperti ini. Sepertinya sakitnya kembali kambuh. Dia yakin susuk tubuh di belakangnya adalah lelaki kerana dia akan gementar jika berada dekat dengan lelaki sahaja.

Saat ini rasa menyesal pula kerana mengingkari perintah Syed Aariz.

" Hai"

Arfana mengambil langkah untuk menyiku orang dibelakangnya lalu lari ke tepi. Wajah layu Syed Adyan menjelma di depan mata. Dadanya berdetak laju bila mata lelaki itu memandangnya tajam.

Kerana takut, dia mencapai penyapu di tepi kabinet sebagai pelindung. Mahu menjerit, takut menganggu makhluk di dalam rumah ini. Tidak sampai hati untuk menganggu lena mereka. Terketar-ketar tangannya memegang penyapu. Denyutan kepala semakin menggila.

" Hai, Faiqa" Sapanya sekali lagi.

" Jangan! Jangan dekat!" Setapak Syed Adyan mara ke hadapan, setapak juga kakinya bergerak ke belakang.

Bergetar hebat badannya. Batuk mula mengeluarkan suara dari berdiam manakala air mata sudah jatuh berderai kerana gementar. Dada yang terasa perit dipegang hingga penyapu terjatuh dari pegangan. Syed Adyan mara ke hadapan tapi Arfana mengheret badan ke belakang. Matanya jelas ketakutan.

"Saya tak buat apa-apa pun, Faiqa. Kenapa awak takut? Saya pun manusia macam awak. Macam Abang. Saya bukan orang jahat. Saya cuma--"

" Saya cuma terpaksa! Kenapa semua orang tak faham saya? Awak--" Syed Adyan mula menjerit tak tentu arah. Matanya memerah dan tingkah lakunya seperti orang tidak siuman.

" Awak pun sama macam mereka! Saya bukan orang jahat! Awak percayakan saya tak, Faiqa?" Dia menarik rambutnya persis orang gila. Arfana terpempan.

" Awak kena percayakan saya, Faiqa! Saya bukan orang jahat! Saya cuma nak hak saya balik. Tolong saya" Arfana Terdiam melihat adegan itu. Dirinya bagaikan dipukau.

" Awak saja yang boleh tolong saya, Faiqa. Kembalikan Hak saya!" Syed Adyan meluru ke arah Arfana yang berdiam diri di dinding lalu menolak bahu gadis itu.

Air mata menitis semakin laju namun badannya sudah terpasak pada dinding. Dadanya semakin perit dan batuknya semakin kuat. Pucat lesi wajahnya. Peluh-peluh juga sudah bergerak laju bagaikan baru lepas marathon.

Kuku jari jemari Syed Adyan mula mencengkam bahunya yang berlapik baju dan tudung. Sakit dihiraukan, yang penting adalah rasa takutnya.

" Apa maksud awak?"

" Kau. Kau maksud aku. Nyawa kau berharga. Aku nak nyawa kau." Semakin kuat cengkaman terhadap bahunya.

" Farras." Seru Arfana perlahan. Dia takut. Dia mahukan Syed Aariz.

" Jangan sebut nama dia lah!" Satu tamparan hinggap pada pipi mulus Arfana. Pipi yang terasa pijar akibat tamparan itu dipegang. Tidak berkemampuan dirinya melawan kekuatan seorang lelaki.

Berbalam pandangan matanya saat ini. Hinggalah susuk tubuh yang dia harapkan dari tadi muncul di hadapan mata.

" Apa kau buat ni Adyan!"

Syed Aariz menerpa ke arah adiknya yang sedang menggila. Dia menarik lelaki itu kebelakang namun sayangnya, Arfana turut tertarik sekali dek kerana cengkaman Syed Adyan itu.

Syed Aariz menumbuk adiknya sendiri sepuas hati. Terkulai Syed Adyan di hujung dinding. Arfana pula sudah lemah longlai.

" Fana! You alright?"

Itu sahaja ayat terakhir yang dia dengar sebelum matanya melabuhkan tirai bersama tenaga yang sudah habis. Harapnya, bila sudah sedar nanti semua ini hanyalah mimpi ngeri sahaja kerana dia tidak sanggup lagi mahu mengingati peristiwa kelam itu.

Syed Aariz pula tidak menyangka jika perkara yang tidak diingini kini sudah berlaku di dalam rumahnya sendiri. Rasa bersalah semakin tebal kerana membawa pulang Arfana pada hari ini.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now