27' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

241 14 0
                                    

" Ana?"

" Ya, Umi."

" Nak balik dah ke?" Tangan tuanya menarik lembut jemari Arfana Faiqa untuk duduk di sofa. Arfana hanya membalas pertanyaan ibu mertuanya dengan senyuman.

" Ana tahu kan yang umi dah ada calon untuk Aariz sebenarnya? Dia berketurunan Syed dan Sharifah. Tapi Aariz tu degil betul." Puan Syarifah Aliyah menegeluh usai menghabiskan ayat terakhir.

" Calon?" Berkerut dahi Arfana mendengar luahan Umi. Saat itu juga Umi seakan tersedar sesuatu. Dia menekup mulut sambil menunduk.

" Aariz tak cakap ya? Umi minta maaf. Umi ingat Ana dah tahu." Balasnya dengan suara kendur dan serba salah.

Pada masa yang sama, ayah mertuanya sedang berjalan ke arah mereka berdua bersama bagasi. Katanya ada kerja di luar negara.

Usai mereka berpamitan, Arfana kembali duduk di samping Umi. Dia mahu tahu tujuan umi menceritakan semua ini kepadanya walhal tepat di dalam mata umi, terlihat jelas kekecewaan umi terhadap Aariz apabila suaminya itu tidak mengikut kehendak Umi.

Jadi, Umi tidak suka akan kehadiranku kah? Ataupun itu hanyalah sekadar luahan? Tapi kenapa?

" Umi tak suka saya?" Terlepas soalan itu dari mulut Arfana, membuatkan Umi terkedu. Mungkin tidak menyangka akan soalan begitu.

" Eh, Bukan. Bukan tak suka. Umi Cuma tak mahu kalau keturunan kami hilang panggilan Syed dan Sharifah saja. Bukan umi saja-saja mahu memilih." Jawabnya mahu menutup malu.

" Yang menentukan nama hadapan atau belakang itu suami. Lelaki. Kita sebagai wanita, tiada hak langsung untuk menentukan Nama keluarga anak-anak. Saya dan Umi sama saja, kita sama-sama tak ada hak. Jadi rasanya tak salah untuk seorang Isteri tidak ada Syarifah kan?" Sebutan isteri ditekan sedikit kuat. Bukan niatnya mahu berkurang ajar tetapi dia cuba menerang masalah umi yang hanya mahu bermenantukan 'Syarifah' itu.

" Umi faham. Eh, Ana nak balik hari ini ke? Duduk la sini dulu dengan Umi. Umi sunyilah sorang-sorang. Teman umi dulu eh harini?"

" Baiklah Umi. Mungkin minggu depan baru Ana balik sana. Kita nak masak apa harini Umi? Kita berdua je ni." Kekura tangan Umi diusap penuh kelembutan.

Umi menarik tangan Arfana ke dapur. Mahu meninjau bahan apa yang ada di dapur. Rasanya sudah tidak banyak bahan basah yang tinggal. Tangan tangkas memeriksa bahan yang ada. Dan akhirnya dia tersenyum memandang Arfana lalu menggeleng kepala tanda sudah tiada bahan yang ada di dapur. Nampaknya dia perlu mengajak menantunya keluar membeli barang dapur.

" Ana boleh Memandu?" Soal Umi. Jikalau Arfana tidak boleh memandu, terpaksalah dia meminta anak bongsunya membawa mereka keluar.

" Boleh Umi."

" Alhamdulillah. Jomlah kita naik bersiap dulu kalau begitu." Arfana mengangguk mengiyakan.

Arfana mendaki anak tangga perlahan-lahan kerana secara am-nya dia sudahpun lengkap untuk keluar. Hanya tinggal menunggu ibu mertua dan mengambil beg tangan sahaja di dalam bilik tidur. Baru sahaja memegang tombol pintu bilik, kaki automatic tergam pada lantai apabila ada suara sayup menyebut namanya dari dalam bilik berhadapan bilik Aariz. Dek kerana takut, dia masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu. Imbauan kisah lama yang berlaku di dalam rumah ini sebelum mereka berkahwin menerjah minda.

Fikirnya, Adyan ada di rumah. Perasaan takut membuak-buak. Sudahlah bilik ibu mertuanya berada di tingkat satu berbanding bilik anak-anak Umi berada di tingkat dua. Terketar-ketar badannya memikirkan perkara itu. Wallahi, dia rasa mahu lari sekarang juga supaya tidak bertemu dengan adik iparnya itu.

Ketukan pada pintu biliknya membuat Arfana terkejut besar. Dia hanya mampu berdoa supaya tiada perkara buruk yang berlaku saat ini.

" Ana?" Panggil Umi.

' Ya Allah! Alhamdulillah. Umi rupanya.' Getus hati Arfana sambal mengurut dada.

" y-ya, Umi. Sekejap." Sahutnya sambil mencapai bag tangan di atas meja solek. Pintu dibuka, terpampang wajah umi di depan.

" Dah siap?" Soal Umi.

" Dah, Umi. Jom kita gerak." Gerak langkah Arfana terhenti apabila Umi menarik lengannya lembut.

" Yan cakap dia nak teman kita beli barang juga. Kita pergi dengan dia lah." Bagai dihempap batu di kepala dia mendengar ujaran Umi sebentar tadi. Mahu atau tidak, dia hanya mampu mengangguk.

Adyan sudah tertenggek di tepi kereta ketika mereka keluar dari rumah.

˚₊· ͟͟͞͞➳

" Kakak Ipar, huh?" Bisik Adyan ditepi telinga Arfana dikala umi sedang memilih bahan basah.

" Apa yang si Aariz tu ada sampai semua milik aku dia nak ambil? Apa kurangnya aku sampai kau pun nak kan dia?"

" Semestinya aku bukan milik kau!" cantas Arfana berbisik.

" Kau hanya milik aku. Aku yang suka kau dulu. Kau yang buta! Bertahun aku tengok kau, aku jaga kau dari jauh. Aku tunggu kau. Tapi kenapa dia? Kenapa bangsat tu juga yang kau pilih!" Mereka masih berbalas kata dengan nada berbisik. Masing-masing berusaha mengawal suara dan amarah.

" Apa maksud kau-" Terkedu mendengar kata-kata dari Adyan.

" Ya... Aku. Aku yang selalu ganggu ruangan email kau. Itu sebab aku sayangkan kau." Suara Adyan mulai kendur.

" Kenapa kau kahwin dengan abang aku Faiqa? Kenapa kau tak Nampak aku?"

" Semua tu salah kau sendiri! Kau yang tak tonjolkan diri. Kau pengecut."

" Pengecut? Aku selalu tonjolkan diri aku. Tapi si bodoh tu ganggu hidup aku. Kalau tak, kita dah kahwin sekarang, sayang." Bahu Arfana diusap mendayu. Arfana menolak tangan Adyan sekerasnya.

" Tapi tak apa. Suami kau pergi lama kan? Sempatlah kita nak spend time bersama. Aku harap dia mati terus je. Senang sikit kita nak kahwin." Adyan ketawa kecil seolah sedang membayangkan sesuatu yang indah.

" Kau manusia paling bangsat yang pernah aku jumpa Adyan."

" Yang bangsat tu suami kau!"

" Kalau suami aku bangsat, kau tu ketua Bangsat. Korang kan adik beradik."

" Mulut kau ni macam celaka juga kan?"

" Baru tahu ke?"

" Kau-"

Perbalahan mereka terhenti disitu apabila Umi memanggil mereka setelah selesai mengambil barang yang mahu dibeli. Berani betul adik iparnya itu memaki suaminya begitu rupa.

Arfana hembus nafas lega bila umi memanggil. Akhirnya tidak perlulah dia bertikam lidah lagi dengan Adyan. Arfana bergerak ke depan kaunter pembayaran bila Adyan sibuk menolak bahunya dengan tangan. Rimas bila dia lihat mata adik iparnya itu tidak lari dari memandangnya. Rasa nak cucuk dengan jari.

Sampai sahaja di rumah, dia terus membantu umi memasak lauk pauk manakala Adyan terus tidur di sofa. Kata umi, mereka perlu masak lebih sedikit memandangkan Adyan ada di rumah. Adyan sudah berpesan pada umi yang dia akan teman Umi di rumah sampai Ayah pulang lagi 2 bulan. Dan perkara itu buat Arfana mahu keluar dari rumah itu saat itu juga. Tidak perlulah dia berhadapan dengan sikap gila dan tidak waras Adyan.

Bahkan waktu mengejut Adyan dari tidur juga dia sudah memegang jemari Arfana tanpa izin. Sikit lagi dia mahu mengamuk dengan sikap Adyan. Dia menarik rambut Adyan geram. Untung saja waktu di meja makan ada Umi, jika tidak pasti mereka akan mula berperang lagi. 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now