18' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

437 23 0
                                    

Puas lari dari Syed Aariz semalam, kini sepasang kaki Arfana Faiqa dan Theo terpasak di hadapan Dewan Malam Gala di U.S.A.

Masing-masing sedang dipancari lensa kamera yang tidak putus-putus dari berkelip. Sudah kelabu penglihatannya saat ini kerana terlalu terdedah dengan pancaran cahaya. Theo pula hanya santai melayan reporters yang hadir pada malam itu. Arfana hanya mengekor tanpa mahu membalas sebarang pertanyaan dari reporters yang dari tadi bertanya tentang siapakah dirinya. Hanya senyuman nipis ditayang.

Theo menarik lengan Arfana yang berlapik baju lalu diselit pada lengan kekarnya yang juga berlapik baju. Tema mereka hitam dan gold. Sebelah tangan lagi Arfana gunakan untuk memegang purse dan menarik kain yang meleret untuk menaiki tangga.

" Theo, ramai sangat manusia." Adu Arfana dengan kerutan di dahi.

" Mestilah, takkan mayat pula." Balas Theo selamba, langsung tiada rasa bersalah.

" Look Honey, I tahu you tak selesa. Tapi event macam ini lah akan support Business kita. Jangan risau, I ada." Pujuk Theo lembut. Dia menayang senyum lebar di hadapan wajah Arfana dan mengisyaratkan supaya gadis itu turut tersenyum.

Mahu atau tidak, Dia perlu menuruti permintaan Theo. Senyuman ditayang senipis yang boleh. Nafas cuba dikawal sebaik mungkin supaya tidak terjadi lagi seperti kejadian lama.

" Take a breath, Honey. Cuba Lawan perasaan itu perlahan-lahan."

" I can't, Theo" Berkerut dahinya bernafas.

" Hey-Hey, I'm here." Lengan Arfana dipegang bila gadis itu sudah mula kehilangan nafas dan batuk-batuk.

Bahu Theo dicapai dan dicengkam saat dadanya terasa sesak yang teramat. Wajahnya memerah dan mata mulai kabur.

" I sakit apa, Theo? It's hurt." Soal Arfana dengan nafas tersekat.

" No, mana ada you sakit. Ini sebab you tak biasa dengan keadaan ramai macam ini saja. Jangan risau, Theo ada untuk Ana" Lembut suara Theo menjawab soalan Arfana.

Suara Syed Adyan bergema di atas pentas membuatkan mata Arfana membulat sempurna. Terkejut dengan kehadiran jejaka itu. Mata mereka bersambung. Panas dan Sejuk saling bertukar pada bahagian tubuh badan Arfana.

Dada dipegang bila sakitnya semakin mencengkam. Tiada sedikitpun ruang untuknya bernafas secara normal. Mata mula kabur total dan badannya lemah longlai, tiada daya. Hanya bertongkatkan pegangan pada bahu Theo dan tangan Theo pada lengannya. Bunyi esakan perlahan terdengar bila kesakitan itu semakin memuncak. Esakan dan Batuk bergabung menjadi satu hingga dia tiada tenaga lagi untuk berdiri.

" God, Honey! Breath!" Theo mula gelabah bila Arfana sudah tidak seimbang.

Saat badan mulai rebah, ada tangan lain yang mencengkam pinggangnya dari tepi. Tarik lebih rapat hingga tepi badan Arfana berlaga dengan dada orang itu.

" Breath, Sayang. I come for you" Bisik jejaka itu ditelinga Arfana Faiqa.

Sudah semestinya dia mengenali suara tidak asing itu. Syed Aariz Al-Farras. Lelaki yang sudah membolak-balikkan hati dan jiwanya. Entah mengapa, Hatinya menuruti arahan itu. Dia mula menutralkan pernafasannya. Namun jantungnya pula bersenam laju kerana berada pada jarak dekat begini dengan Syed Aariz.

Kini, pasangannya sudah berubah. Syed Aariz yang berjalan seiring dengan Arfana Faiqa manakala Theo sudah hilang entah kemana. Mereka kekal berdua hingga ke penghujung majlis.

" Sayang, Kau nak duduk mana?" Soal Syed Aariz lembut.

" Farras, tak perlu lah bersayang bagai. Kita belum halal. Cukuplah kau dah pegang aku tadi." Bangkang Arfana dengan nada lembut juga.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now