11' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

580 37 4
                                    

Antara akal yang menentang dan hati yang menginginkan, bahagian manakah harus dimenangkan?

Persoalan yang sentiasa berlegar di dalam mindanya hingga sekarang. Masa semakin suntuk namun jawapan masih diawan awangan.

Cinta Mawar menepuk bahu Arfana Faiqa dari belakang lalu mengambil tempat di sebelah sahabatnya dengan apron yang masih tersarung di tubuh.

" Apa aku nak buat ni Cinta? Aku buntu."

" Apa jawapan dari solat istikharah kau?" Arfana Faiqa menggeleng memberi jawapan kepada soalan Cinta Mawar.

" Tak mengapa, masih ada masa yang tersisa. Sekarang, ikut dahulu kata hati kau" Belakang tubuh Arfana digosok perlahan bagi melegakan gadis itu.

Arfana Faiqa mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia tidak mahu menghampakan keluarganya namun jauh di sudut hati, dia tidak bersedia untuk menerima semua ini. Surut pasang gelora di dadanya tidak pernah hilang.

" Kau kena ingat, walau apa pun jawapan kau, aku tetap sokong. Aku sentiasa akan berada disamping kau. Aku akan jaga kau."

" Bila Kau habis misi undercover ni, Cinta?" Persoalan dari Arfana membuatkan Cinta Mawar menggeleng pasrah. Dia juga tidak tahu sampai bila dia harus begini.

Arfana akhirnya meminta diri untuk keluar dari Cafe itu lalu berjalan ke hujung jambatan yang dibina di antara pertengahan air mengalir.

Kakinya terus melangkah sambil otak memproses masalah yang sedang melanda dirinya saat ini. Doanya hanyalah satu, tidak bertemu dengan Syed Aariz untuk hari ini. Hatinya terlalu lelah untuk berdebat dengan jejaka itu lagi. Dia tidak mampu menahan ego yang semakin mencair disaat disapa jejaka itu.

Udara dihirup lalu dilepaskan dengan senyuman nipis. Tangan pula didepa seluasnya bagi merasai kenikmatan angin menompa dirinya itu.

Arfana duduk di hujung jambatan dengan kaki digoyang ke depan dan belakang dengan perasaan tenang sehinggalah ada susuk tubuh yang mengambil tempat di sebelahnya. Kepala automatik tertoleh memandang gerangan itu.

Syed Aariz Al-Farras!

" Aku tahu mesti kau ada disini setiap kali kau menghilang" Arfana Faiqa mengeluh mendengar suara Syed Aariz berdenting di telinganya.

" Kau dah menganggu privasi aku, Farras" Ucap Arfana tanpa memandang wajah Syed Aariz sedikitpun.

" Ganggu bakal isteri tak salah kan? Nanti disambar orang pula"

Tepi wajah Arfana Faiqa ditatap dalam. Wajah cantik itu sentiasa berada di dalam ingatannya sejak kali pertama bertemu dahulu. Dia sepenuhnya tidak sama dengan perempuan-perempuan yang pernah dia temui.

" Aku sudah cakap kan, Aku tak setuju untuk jadi sesiapa pun dalam hidup kau. Part mana yang kau tak faham lagi ni, Farras?"

"Aku hanya faham jika kau setuju jadi isteri aku."

Arfana Faiqa menghulurkan bekas cincin yang digubah membentuk bunga ros merah kembali kepada Tuannya.

" Aku officially tolak lamaran kau. Aku dah bagitahu Baba tentang ini"

" Now, take it and leave." Halau Arfana dengan nada marah.

Syed Aariz hanya memandang bunga itu tanpa ada niat mahu mengambil. Kemudian mata merenung mata Arfana pula.

" Jangan sampai aku buat kita kahwin tanpa majlis, Arfana Faiqa. Aku boleh buat lebih dari apa yang kau bayangkan."

Syed Aariz simpan senyum saat melihat Arfana seakan menggelabah mendengar ugutan dari Syed Aariz. Sengaja dia berkata begitu untuk menakuti Arfana.

OG | | MEJAR'S CODE G28Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt