16' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

464 34 1
                                    

Jari jemari bermain-main di stereng kereta sambil membuat trend healing di dalam kereta. Starbuck di pegang dengan tangan kiri lalu disedut sedikit demi sedikit.

Tiba-tiba keretanya dirempuh oleh kereta lain dari arah belakang hingga tubuhnya terdorong dan terhantuk pada stereng kereta. Air yang tadinya di pegang kini sudah berjuraian di atas kerusi.

" Aduh!" Arfana Faiqa memegang dahi yang terhantuk pada stereng kereta.

Telefon yang sudah terpelanting juga dicapai lalu membawa diri keluar dari kereta tersebut. Jejaka dari kereta yang sudah melanggarnya juga turut turun dan berlari ke arah Arfana Faiqa.

Membuntang matanya melihat gerangan manusia yang sudah melanggarnya itu. Kedua-duanya menayangkan wajah terkejut sesama sendiri.

" Miss Faiqa?"

Jeda.

Bukan kerana mereka saling mengenali namun kerana wajah lelaki itu mirip sekali dengan Syed Aariz. Baru kali ini dia perasan akan persamaan itu sedangkan sudah berkali-kali mereka bertemu atas faktor pekerjaan.

Ataupun itu hanyalah bayangannya sahaja kerana rindu?

" Awak okey tak? Ada luka di mana-mana ke?" Arfana Faiqa tersentak dengan suara Syed Adyan lalu menggeleng.

" I- I'm okey, just kereta je teruk sikit" Balasnya dengan senyuman kekok. Nafas dihela panjang bila melihat kerosakan yang teruk pada bahagian belakang keretanya.

Mahu menangis rasanya kerana kereta itu baru sahaja sampai seminggu yang lalu. Dahi dipicit sambil bercekak pinggang. Nafas tidak berhenti dihela berat melihat situasi itu.

" Nampak gayanya memang teruk ni." Syed Adyan tidak langsung memandang kereta itu namun matanya hanya melekat pada wajah Arfana Faiqa manakala gadis itu pula memicit kepala melihat keretanya sendiri.

" I akan hantar you balik. I mean, em, I mean untuk bincang pasal ganti rugi kereta ini. Saya betul-betul minta maaf, Miss Faiqa" Kata Syed Adyan penuh kelembutan.

" Just Faiqa." Balas Arfana Faiqa pula.

" Oh, okey Faiqa. Then, just Adyan"

Kereta Pembantu Syed Adyan berhenti di belakang kereta mereka membuatkan Syed Adyan melepaskan nafas lega.

" Faiqa, jom! Kereta dah sampai" Ajak Syed Adyan lembut.

" I try to call my friend first" Arfana Faiqa menelefon Theo berulang kali demi melarikan diri dari pulang bersama Syed Adyan. Namun tiada panggilan dijawab oleh sahabatnya itu.

Sesekali matanya mengerling Syed Adyan yang sedang tersenyum memandangnya. Yang terlakar pada wajah itu adalah Syed Aariz bukan Syed Adyan. Berdenyut-denyut kepalanya saat ini.

" How?" Tanya Syed Adyan kepada Arfana Faiqa.

Nampaknya dia memang tiada pilihan lain selain ikut bersama Syed Adyan. Ingin saja dia berlari namun kepalanya tidak mengizinkan.

" Nampaknya I kena tumpang you jugak" Bahu diangkat lalu mengekor langkah Syed Adyan yang sudah tersenyum lebar.

Situasi di dalam kereta seperti dijangkakan, masing-masing mengunci mulut dari berbicara sehinggakan Syed Adyan memulakan pertanyaan.

" Macam mana kalau kita makan dulu? Saya laparlah. Boleh tak?" Hujung matanya melirik Arfana yang sedang merenung jalan raya.

" Boleh" Itu sahaja jawapan yang terbit dari mulut Arfana.

Adyan tidak henti melirik Arfana dari tepi. Arfana pula sudah berpeluh dan menggigil halus dengan keadaan itu. Dia tidak biasa. Biasanya lelaki yang boleh menempel dengannya hanya ahli keluarga dan Theo sahaja.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now