2' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

959 60 0
                                    

Nur Arfana Faiqa membaiki tudung shawlnya sambil berjalan ke bilik kerja ayahnya untuk menghantar bekal makanan tengahari dek kerana permintaan ayahnya. Setelah mendengar leteran ibunya barulah dia bangkit dari katil untuk menghantar bekal itu.

Arfana merupakan seorang pemilik syarikat bertaraf antarabangsa namun dirinya tidak pernah muncul di mana-mana media sosial. Semuanya akan diuruskan oleh Pembantunya kecuali hal-hal mustahak, itu pun dia akan menutup rupanya dari terlihat.

Bukan sombong tapi dia tidak suka diikuti oleh orang jikalau berjalan di luar kawasan. Dia hanya mahu hidup bebas seperti manusia lain.

Sedang kaki melangkah, telefon pintarnya berbunyi minta diangkat lalu mata melorot melihat ke dalam bag tangan untuk mencari telefon sebelum badannya terlanggar tiang bangunan hingga jatuh terduduk. Arfana mengaduh kesakitan lalu memegang kepalanya yang seakan mahu pecah itu.

Baru saja mahu bangun dari jatuhnya, kaki seakan lembik. Dia terus jatuh terduduk sekali lagi sambil memegang kaki yang sudah terpeleot pula. Arfana memukul tiang yang ada di hadapannya kerana kesal.

" Bencilah!" Keluhnya dengan nada marah.

Dia bangun lalu mengambil kembali bekas makanan dengan wajah cemberut lalu berjalan dengan mata berair.

Syed Aariz yang dari tadi berselindung di balik tiang di belakang Arfana hanya melihat tanpa ada niat mahu menolong.

" Not my problem" bahu diangkat seraya dengan ucapannya.

Dia kembali berjalan ke bilik Jeneral Arhan Ali merangkap baba Arfana untuk menghantar dokumen kerjanya.

Syed Aariz membuka pintu dengan perlahan setelah mendapat keizinan untuk masuk ke dalam bilik kerja Jeneral Arhan Ali. Permandangan pertama yang dilihat adalah Jeneral Arhan Ali yang sedang mengurut kaki anak perempuanya bersama Arshan Faiq yang sedang menuam bengkak di dahi Arfana.

" Jeneral, saya letak dokumen ni atas meja ye?"

" Baik Aariz, letak je atas meja tu. Nanti saya check" Syed Aariz mengangguk dengan kata-kata jeneral arhan ali.

Dia berjalan ke sofa yang menempatkan Arfana lalu memandang Arshan dengan riak tanda tanya. Waalhal dirinya sudah tahu kejadian itu dari awal.

" Ana ni katanya ada orang tolak dia sampai terlanggar tiang. Berani betul budak tu" Terang Arshan dengan suara berang. Mukanya jelas tidak puas hati.

Terangkat kening Syed Aariz mendengar keterangan dari Arshan mengenai adiknya. Wajah dikalih pula kepada Arfana yang sedang memandangnya sambil berkerut.

Syed Aariz tayang senyum sinis bila mata itu menatapnya tidak puas hati. Satu jelingan dihadiahkan oleh Arfana kepada Syed Aariz.

" Kenapa kau tengok aku macam tu? Tak pernah tengok orang cantik sakit ke?" Soal Arfana dengan riak sombong.

" Nope, just curious. Betulke ada orang tolak kau ni?" senyum sinisnya tidak lekang dari terbentuk. Kecil tapi jelas terlihat pada pandangan Arfana.

" Betul lah! Kau tak tahu apa-apa, kau diam eh" Syed Aariz hanya mengangkat bahu mendengar ucapan Arfana.

Jeneral Arhan Ali dan Mejar Arshan Faiq memandang mereka berdua pelik sebelum menukar bibir membentuk senyum penuh makna.

" Baba tengok Ana ni sesuai la dengan Aariz" Kata Jeneral Arhan Ali kepada Arfana dan Syed Aariz.

" Betul!" Arshan menyokong kata-kata ayahnya penuh bersemangat.

" Ehh tolong sikit eh, tak hadap la nak suka orang macam dia ni" Arfana membuat muka meluat sambil membalas kata-kata ayahnya.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now