5' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

781 58 5
                                    

Hari demi hari berlalu semakin sepi selepas Syed Aariz Al-Farras menerima pesanan ringkas dari Arfana Faiqa melalui telefon bimbit Arshan. Pesanan yang membuatkan dirinya ditimpa sedih tanpa punca.

Fikirnya Arshan hanya bergurau dalam kata-katanya sebelum ini, Nyatanya ucapan tahniah dari Arfana itu muncul juga. Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya saat ini. Adakah benar ini namanya cinta?

Dia tidak pasti. Tapi jujur dia katakan, dadanya rasa sesak yang amat. Jantungnya seakan mahu berhenti berdenyut dan hatinya terasa terguris. Semuanya disebabkan pesanan ringkas itu.

' Congratulation on your Engagement day Mejar! Put your best smile on your lips.'

Sakit. Itu yang hati dia rasakan sampai ke saat ini. Mengapa mereka seakan makin menjauh? Tidak sudikah gadis itu mahu mengenalinya seperti yang dirinya mahukan?

Kini, Dia sedang merenung lagi di luar jendela sambil menyarung kasut untuk kembali merempit di atas langit.

Tugasnya adalah mengajar menembak menggunakan SU-30MKM kepada ahli TUDM yang baharu. Meski harinya terasa semakin kosong, kerja tetap harus dijalankan.

" Captain, your student is ready to go" Leftenan Muda Arif Aiman menyampaikan info kepada Syed Aariz.

Jejaka itu tersedar dari lamunan lalu mengangguk faham. Dia meletakkan cermin mata hitam di puncak hidung lalu memulakan langkah ke tapak perhimpunan untuk memulakan aktiviti latihan.

Leftenan Arif Aiman mula memberi ucapan dan pantang larang sebelum menyerahkan sepenuhnya kepada Syed Aariz Al-Farras untuk mengendalikan latihan tersebut.

" Selamat Pagi semua. Nama saya Mejar Syed Aariz Al-Farras yang akan menjadi Captain dalam latihan hari ini dan ini pembantu saya, Mejar Arshan Faiq. Apa-apa masalah pada hari ini boleh diajukan kepada kami." Syed Aariz memandang Arshan supaya menyambung percakapan.

Arshan membaiki cermin mata hitamnya lalu berdiri tegak di hadapan mereka semua.

" I have nothing less to say just be save and do your best"

" Seperti yang anda semua tahu, kita akan ada 3 sesi iaitu sesi pagi, sesi tengahari dan sesi petang. Ketiga sesi ini akan dikendalikan oleh Captain yang berbeza. Jadi kamu beruntung kerana mendapat Captain Syed Aariz pada sesi pagi ini. Good luck." Leftenan Muda Arif Aiman menyampaikan ucapan terakhir sebelum melepaskan tugasnya kepada Syed Aariz.

Segala peralatan dipakai lalu bersedia untuk berlepas ke landasan. SU-30MKM milik Syed Aariz Al-Farras mula bergerak dahulu diikuti juruterbang yang lain sebelum diakhiri oleh Arshan di bahagian paling belakang.

" Good Morning Aviators, This is your captain speaking. Welcome to basic fighter maneuvers. As Briefed today's exercise use guns only. Shoot me down or I shoot you." Suara Syed Aariz berbunyi nyaring.

Di awal pagi itu, mereka berkejaran di atas langit membiru. Suasana semakin genting saat Mejar Arshan seakan hilang pertimbangan dan hampir merempuh Jet milik Syed Aariz.

" Captain Arshan!" Panggilan Syed Aariz tidak menerima sebarang respond.

" Shan! Kau okey tak?"

" Shan!"

" Aku Okey" Lama menunggu jawapan, akhirnya Arshan menjawab dengan nada letih.

Nasib mereka baik kerana hanya tinggal 10 minit sebelum latihan tamat. Syed Aariz sudah cemas dari tadi mengenangkan sahabatnya itu.

˚₊· ͟͟͞͞➳

Syed Aariz Al-Farras Bin Syed Ammar Al-Faeeq, 389728.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now