7' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

713 52 1
                                    

Satu persatu fail dibuka lalu menjatuhkan cop dan tanda tangan untuk projek baharu yang akan diusahakan bersama sebuah syarikat di Malaysia. Bukan mudah untuk dia terima mana-mana projek untuk membuat kerjasama begini. Namun tarikan yang ditawarkan lebih memberi impak kepadanya.

Ketukan di pintu membuatkan Arfana berhenti dari membuat kerja. Panggilan masuk dilaungkan selepas memakai mask di wajah. Terserlah wajah pembantunya dari celahan pintu lalu berjalan ke depan Arfana dengan iPad.

" Shot." Arah Arfana tegas.

" CEO dari syarikat Global Moon sudah sampai, Miss. Mereka sudah ada di ruang menunggu"

Nafas di hela, dia bangun dari duduk dan mengambil fail yang akan mereka bincang pada hari ini lalu menyerahkan kepada Nana, pembantunya.

" Sediakan coffee" Pesan Arfana sebelum dia mengemas serba sedikit ruang perbincangan yang ada di dalam ruangan kerjanya.

Nana mengangguk lalu keluar untuk menjemput tetamu masuk ke dalam bilik kerja Arfana Faiqa. Pintu dibuka dari luar setelah mendapat persetujuan untuk masuk.

Arfana Faiqa yang sedang membaiki coat putih susu itu berpusing menghadap tetamu di hadapan mejanya. Mata bertemu mata. Wanita dihadapannya seakan sedang gelisah memandangnya.

" I tak tahu pula yang Global Moon dah tukar CEO" Walaupun mulut seakan menyinis, tangan tetap menghulurkan salaman tanpa pertemuan.

" Maaf Miss, Tuan Adyan yang tiba-tiba hilang" Wanita itu menyambut tangan Arfana Faiqa.

" Awak kutuk saya ke tu, Zia?"

Arfana Faiqa mengangkat kepala memandang seorang lelaki yang baru masuk sambil membutangkan coat biru gelapnya.

" Maaf kerana lambat, saya Syed Adyan Al-Fateeh." Huluran diberikan kepada Arfana namun Arfana hanya meletakkan tangan ke dada lalu mengangguk kecil. Syed Adyan menarik kembali tangannya dengan ucapan maaf.

Nana meminta mereka untuk duduk di tempat yang sudah disediakan lalu menyajikan minuman yang telah diarahkan oleh Arfana.

Sambil Syed Adyan melihat design yang dibuat oleh Arfana untuk projek baharu mereka, mata melilau ke seluruh ruangan itu. Saat itu juga mata terpandang sesuatu yang bersinar di tepi meja pasu bunga milik Arfana Faiqa.

Setelah selesai berbincang, Syed Adyan Al-Fateeh meminta izin untuk melihat sekeliling bilik itu kerana menarik minatnya.

Gelung emas berukiran nama dan nombor dicapai kerana bersinar sejak awal mata memandang tadi. Dia menilik gelung itu tanpa menyedari kehadiran pemiliknya yang sedang merenung dirinya dari belakang.

Arfana berdiri tegak 2 kaki di belakang Syed Adyan sambil menatap jejaka itu tajam. Tangan disilangkan di dada tanpa sedikitpun senyuman. Dari awal pertemuan mereka, Arfana sedikitpun tidak senyum. Mukanya statik tiada emosi.

" What do you think you are doing?" Suara Arfana menyentakkan Syed Adyan.

" Im sorry but awak kenal ke Syed Aariz Al-Farras?" Soal Syed Adyan penuh berhati-hati.

" Non of your business" Balas Arfana tanpa minat.

Syed Adyan mengeluh lemah lalu mengangguk tanpa bertanya lebih lagi. Arfana berpusing ke belakang untuk kembali duduk ke sofa manakala Syed Adyan menyuruh pembantunya untuk keluar dahulu bersama Nana.

" Miss Faiqa, saya betul-betul minta maaf andai soalan saya tidak menyenangkan awak. Terima kasih untuk tender hari ini juga. Saya minta Maaf sekali lagi, saya minta diri dulu. Sebagai permintaan maaf saya, awak boleh contact saya untuk apa-apa keadaan sahaja. Saya akan sedia membantu" Satu kad nama diletakkan di atas meja berhadapan dengan Arfana.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now