13' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

533 38 0
                                    

Sebulan selepas kepergiaan Arfana yang kononya ke U.S. itu akhirnya mendapat kebenaran sekiranya gadis itu tidak langsung menjejakkan kaki ke sana. Semua itu berkat Syed Aariz yang berusaha menjejaki Arfana ke sana namun tiada. Dia pulang dengan kecewa.

Syed Aariz duduk di tepi tasik sambil menatap coffee di tangan. Bayangan Arfana selalu berlegar di dalam fikirannya. Dia sanggup mengambil cuti semata-mata mahu membawa pulang Arfana namun hampa yang dia dapat.

Kecewa.

Itu adalah ungkapan yang sesuai untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati saat ini. Seteguk demi seteguk coffee di tangan mengalir di kerongkong. Hilang sedikit rasa gelisah terhadap Arfana Faiqa.

Susuk tubuh Arshan dan Zaem kini terdampar di kiri dan kanan Syed Aariz. Mereka meletakkan tangan di bawah kepala menghadap tasik.

" Mengelamun lagi ke Riz?" Zaem memulakan bicara dalam kebisuan mereka bertiga.

" Setelah semua yang berlaku sekarang, aku dan keluarga dah buat keputusan Riz. Kau kena lupakan adik aku, kau ada life kau sendiri Aariz. Pilih suri hati yang terbaik untuk diri kau" Arshan berkata dengan nada tegas namun masih lagi terbaring di sebelah Syed Aariz.

" Tak semudah itu Shan. Hati aku dah sepenuhnya dimiliki dia. Macam mana aku nak lupakan orang yang bertahta di dalam hati aku? It's hurt" Syed Aariz menunduk seraya mencengkam dadanya seolah rasa sakit itu boleh disentuh.

" Sebab itu la aku suruh kau lupakan dia. Lagi lama kau pendam, lagi sakit hati tu. Dia akan cari kau kalau dia rasa kau penting." Balas Arshan lagi.

" Aku akan tunggu dia. Biarlah aku terpaksa tunggu dia sampai akhir hayat pun, aku tidak akan menduakan dia."

Kata demi kata yang dilontar oleh Syed Aariz membuatkan Arshan dan Zaem memangku badan separuh duduk. Mata dihala kepada Syed Aariz dengan riak terkejut. Tidak menyangka seorang lelaki yang berhati beku menyatakan ayat sebegitu.

Syed Aariz Al-Farras, sekalipun tidak pernah berminat dengan mana-mana wanita kecuali Uminya. Kali ini, Dia kembali dengan versi yang berbeza. Syed Aariz Al-Farras yang obses dengan Nur Arfana Faiqa, adik kepada sahabatnya sendiri.

" wait?" Soal Arshan terkejut.

" you will wait for her?"

Kerana mahukan kepastian, sekali lagi Arshan menyoal dengan wajah jelas terkejut dan terkedu dengan sahabatnya itu.

" yes."

" until when?" Zaem pula mengaju soalan setelah Arshan diam membisu.

" Until Allah want us to meet" Jawab Syed Aariz tenang sambil menatap langit. Badannya di tongkat dengan kedua belah tangan kekar miliknya.

" Come Back. My Heart Need You" Terpantul jua rayuan yang setiap hari berdenyut di dalam hatinya.

Tidak semena-mena mata Arshan dan Zaem naik menatap Syed Aariz. Terpana. Tidak menyangka ayat itu akan muncul dari seorang Mejar berhati batu seperti ais di kutub utara itu.

Arshan mengeluh kecil. Dia sendiri tidak pernah terfikir akan tindakan adiknya itu. Tidak pernah sekali pun dia mampu membaca fikiran yang dikatakan pelik, adik bongsunya. Entah apa yang difikirkan olehnya saat membuat keputusan yang hanya menyakitkan perasaan diri sendiri itu.

Terbit rasa kasihan yang mendalam terhadap Syed Aariz. Matanya jelas sedang kecewa saat ini namun sarat dengan cinta. Tetapi, dia juga tidak dapat menyalahkan sesiapa di dalam kes ini. Adiknya tidak percayakan lelaki, dia hanya masih keliru dan takut untuk membuat keputusan. Dan Syed Aariz pula, terikat dengan janji yang sudah dia taburkan kepada uminya.

Arshan tidak mampu membantu apa pun selain memberi semangat dan sentiasa berada di samping jejaka itu.

Bagi Syed Aariz, Arfana adalah penyebab luka dan Dialah juga penawar luka. Sampai kapanpun Arfana adalah Arfana. Satu satunya wanita yang dia cintai.

" Aku terluka dengan pemergian Arfana dan terlupa jika Arfana bukan milik aku."

Zaem menepuk perlahan belakang badan Syed Aariz setelah mendengar ungkapan dari mulut jejaka itu. Jelas hatinya sedang bersedih dengan situasi saat ini. Ini adalah kali pertama mereka melihat Syed Aariz selemah ini.

Bukannya badan tegap itu tidak dimakan peluru tetapi tidak pula dia selemah seperti sekarang. Sakit di dalam hati lebih terasa mencucuk berbanding tusukan pisau dan peluru.

" My Falling Star. Penawar hati Farras, Biarlah masa terus berganti, Luka semakin dalam, Tetap jua setiap masa akan merindukan Kau"

" Pulanglah, Sayang. Aku Menunggu dan akan terus menunggu kau disini" Ayat demi ayat ditutur perlahan sambil memandang langit. Berharap Tuhan mendengar dan mengirimkan pesanan itu buat Arfana Faiqa.

Dada terasa sesak saat nama itu ditutur. Batinnya seakan menjerit merindukannya. Peritnya hanya Tuhan yang tahu, Cintanya hanya Tuhan yang nampak. Biarpun air mukanya kelihatan sangat tenang namun segalanya sedang bergelora dan berkocak hebat di dalam sana.

Mahunya hanyalah ingin bertemu kembali dengan Arfana Faiqa walaupun muka mulai berkedut dan rambut memutih. Tidak akan dia memilih yang lain selain Arfana Faiqa sahaja.

Dia akan menunggu.

" Aku dengar kau ambil cuti panjang lagi 2 bulan? Kenapa?" Arshan memangku wajah terhadap Syed Aariz.

" Aku nak cari Fana" Ringkas saja jawapan dari Syed Aariz.

" Tak perlu lah, Riz. Ana tu tidak perlu dicari, Dia takkan muncul selagi dia tidak mahu munculkan diri di hadapan kita." Halangan yang diterima oleh Arshan membuatkan Syed Aariz terasa dipaksa untuk melupakan walhal Arshan sendiri tahu dan nampak betapa besarnya cinta Syed Aariz terhadap Arfana Faiqa.

" Aku tetap nak cari dia, Shan. No worries, I'll take her home safely"

" Adik aku bijak, Riz. Kami pun tak dapat nak jejak dia kemana. Sejak dulu, kami tak pernah dapat jejaki dia melainkan dia sendiri balik ke sini dan beritahu semuanya." Terang Arshan agar Syed Aariz dapat melupakan adik bongsunya itu.

" Kalau dia bijak, Aku lagi bijak. Dia akan terima kehadiran aku kesana nanti. Aku cuma mahu kerja aku cepat habis saja sekarang" Balas Syed Aariz yakin.

" How?" Soal Arshan lagi.

" Love sign. I will follow my waze of love. True love never lies"

Itu perkara yang mereka lupa tentang Syed Aariz Al-Farras. Kebijaksanaan yang tidak pudar dari otak Syed Aariz sejak dahulu lagi. Pasti ada sesuatu yang sedang difikirkan oleh jejaka itu saat ini untuk mencari Arfana Faiqa.

Kerana tidak mahu kehilangan cintanya, Syed Aariz sanggup berbuat apa saja walaupun nyawa menjadi taruhan. Jika wangnya perlu dihabiskan demi mencari Arfana Faiqa, Dia sanggup dan jika Kudratnya habis ketika mencari gadis itu juga dia sanggup.

Biarlah apa kata orang, yang Dia tahu ini adalah bukti bahawa Dia benar-benar cintakan Arfana Faiqa. Cinta Sejati yang telah ditunjukkan oleh Tuhan di dalam solat sepertiga malamnya.

" Aku dah tak tahu nak cakap apa. Buatlah apa yang kau nak buat, Riz" Kata Arshan dengan keluhan berat.

Arshan sudah tidak mampu lagi untuk memujuk Syed Aariz supaya mengalah dari membazirkan masa buat Arfana Faiqa yang jelas tidak mahu terima jejaka itu di dalam kehidupannya. Tangan di angkat ke udara tanda menyerah kalah.

Dalam tak sedar, Syed Aariz tersenyum kecil dan disaksikan oleh dua orang sahabatnya itu akan setiap apa yang terucap dari mulut Syed Aariz.

" Soon, Dear. We'll meet again and you gonna be mine" 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now