6' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

826 57 2
                                    

Percaya kepada Qada' dan Qadar adalah salah satu rukun iman yang wajib umat islam patuhi.

Itulah yang cuba diterima oleh Arfana pada saat ini. Tepat pada waktu khabar jejaka itu bakal menjadi tunangan orang, dia cuba membuang segala bayangan dan suara yang terlintas di dalam kotak memorinya. Tiga minggu telah berlalu selepas pertemuan mereka tempoh hari. Dia sedaya upaya mengelak dari bertembung dengan Syed Aariz.

Bukan mahu menjauh tetapi itulah yang terbaik. Syed Aariz Al-Farras bukan milik Arfana Faiqa. Arfana mendongak memandang langit cerah disebalik jendela besar di dalam bilik kerjanya. Dada dipegang bagi meredakan resah.

' Ya Allah, Jatuh cintakanlah aku hanya pada jodohku saja agar hati ini terjaga pada orang yang seharusnya'. Saat niat ditutur, dada turut sesak dengan segala yang terlintas pada fikiran.

Arfana Faiqa mengundur setapak saat bunyi gegaran dari langit terdengar nyaring. TUDM sedang membuat latihan di langit nan indah hari ini.

Inikah yang dinamakan Healing di langit?

" Kau ke yang bawa jet tu Farras?"

Tepuk dada sambil menyeru dalam kerinduan dua hati. Degupan jantung seakan lari tempo bila mengingati sebaris nama itu. Tetapi mengapa Dirinya seakan menolak sekerasnya untuk mengenali seorang Syed Aariz Al-Farras?

Arfana mencapai beg tangan lalu memakai mask di wajah sebelum berjalan turun ke kereta. Kereta dipandu ke sebuah taman yang dipenuhi cafe dan kedai bunga.

Kaki melangkah juga di bawah langit yang kian redup menuju ke cafe sahabatnya. Kaki semakin laju seiring dengan bunyi guruh yang semakin kuat. Kepala ditutup dengan beg tangan bila rintik-rintik hujan sudah turun membasahi bumi indah ini.

Tudungnya semakin basah ditimpa rintisan air hujan. Bagaikan keajaiban, sekaki payung sudah terbentang di atas kepala untuk melindungi sang puteri.

Mata naik menikam anak mata pemilik payung hitam itu. Walaupun keduanya memakai mask, namun mata itu jelas dia kenal. Jiwa seakan dicengkam hebat bila mata itu menatapnya dalam. Arfana hilang suara dari berbunyi.

Syed Aariz menunduk menatap mata Arfana yang diam tak bergerak di hadapannya. Mata memukau itu menariknya untuk terus melindungi wanita itu. Dia lain dari yang lain.

Dia wanita luar biasa.

" Arfana Faiqa?"

" Mejar Farras?"

Tiada dalam perancangan, nama yang diseru bersama juga menjadi pilihan hati untuk menjadi sapaan mereka.

Deruan nafas keduanya kembali menyapa sebelum mereka berganjak ke tepi saat hujan dan guruh turun bersama. Bagaikan mengerti isi hati mereka berdua saat ini. Bertentang mata bukanlah pilihan yang baik saat hati sedang memberontak.

Seketika Arfana terfikir, adakah ini balasan dari seruannya tadi. Nama yang diseru, orangnya yang datang.

" Kau dari mana, nak ke mana?" Syed Aariz memulakan bicara bagi mengurangkan rasa canggung.

" Kau pula mahu kemana?" Arfana memulangkan soalan terhadap soalan Syed Aariz.

" I ask you first, Lady"

" Ke cafe kawan aku"

" Aku hantarkan, lagipun aku tengah cari cafe untuk minum petang juga" Tiada pilihan, Arfana akur dengan keputusan jejaka itu.

" Kau sihat?" Arfana membalas soalan dengan anggukan.

" Tak mahu tanya aku ke?" Sekali lagi suara Syed Aariz melontarkan soalan.

Mata tidak lepas dari memandang Arfana membuatkan gadis itu tidak selesa berada di dalam renungan Syed Aariz. Dia sedar akan tingkah laku Syed Aaariz yang seakan mahu berbual namun ditahan hatinya supaya tidak terjatuh ke dalam hati jejaka itu. Hati ini tidak akan tertawan kepadanya, itu janji yang ditanamkan oleh Arfana Faiqa.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now