25' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

479 33 2
                                    

Syed Aariz mengangkat tubuh Arfana menggunakan sebelah tangan ke sofa, tubuh isterinya didudukkan di atas ribanya sendiri. Terjerit kecil wanita itu dengan tindakan drastik Syed Aariz. Pinggang Arfana dipeluk erat. Arfana memaut jemarinya pada lengan yang melingkar di perutnya. Wajah sudah merona kerana Syed Aariz.

Arfana berpusing sedikit untuk memandang wajah suaminya di belakang. Lama Mata mereka bertaut sebelum Syed Aariz mengeyitkan mata kepada isterinya. Arfana mengerutkan dahi bersama senyuman kekok.

"A-Apa?" Soal Arfana gementar.

Syed Aariz angkat kening dan menarik pinggang Arfana merapat hingga tiada lagi ruang diantara mereka. Hidung saling bertemu dan mata saling menatap.

" Takut ke?" Usik Syed Aariz dengan nada berbisik.

" Kau fikir kita tengah berperang ke nak takut bagai ni?" Jawab Arfana penuh keyakinan.

" Kau?" Terangkat kening Syed Aariz mendengar panggilan dari Arfana.

" Er- Pelik lah nak panggil Abang setiap masa..." Syed Aariz mengangguk faham.

" Pelik sebab kita baru kahwin, Sayang. Tapi, dengan panggilan manis macam ni lah kita akan makin rapat. Abang tak paksa Sayang, Practice make perfect. Kita ambil langkah perlahan-lahan. Faham?" Bukan sahaja mulut yang bekerja sekarang tapi tangan lelaki itu juga sedang bekerja membuatkan Arfana meliarkan mata ke seluruh kawasan bilik untuk menutup malu. Kepala mengangguk juga mengiyakan kata-kata Syed Aariz.

Tangan nakal Syed Aariz menggosok dan mencengkam tepi pinggangnya dengan panahan mata tepat ke dalam anak matanya. Dia jadi resah pula bila duduk dalam keadaan begini. Apatah lagi berduaan dengan seorang lelaki yang sudah halal baginya.

Dadanya berdentum hebat.

" Ak- S-Saya nak salin baju dulu!" Laju bicara Arfana selaju jantungnya berdegup sekarang. Dada Syed Aariz ditolak namun sedikitpun lelaki itu berkalih. Dia masih tetap utuh memeluk Arfana.

" Kenapa nak salin? Tak payah la..." Terus Arfana terkedu. Bukannya dia tidak faham maksud disebalik ayat-ayat yang dilontarkan oleh Syed Aariz.

" A-Awak nak air tak? Saya buatkan?" Topik cuba diubah. Pipi Syed Aariz diusap lembut sambil menyoal.

" Hm, Boleh juga. Buatkan Coffee tau Sayang." Syed Aariz melepaskan tautan di pinggang Arfana.

" Betulke awak nak minum Coffee ni? Tak boleh tidur nanti." Soal Arfana lagi.

" Siapa cakap kita nak tidur?"

Tidak dapat menahan malu lagi, Arfana berjalan ke arah pintu sebelum kakinya terpaku kerana ayat yang ditutur Syed Aariz. Matanya tertutup rapat kerana terlalu malu.

" Cause Tonight is Ours..."

Tanpa dia sedari, Syed Aariz sudah berada rapat di belakang badannya, bahkan tubuh mereka sudah rapat dan bercantum bak gam gajah.

" Don't you think so, My wife?" Bisik lelaki itu tepat pada cuping telinga Arfana. Liur terasa tersekat di kerongkong.

Kaku...

Bunyi tawa menggoda Syed Aariz menghentikan kekakuan Arfana. Suaminya sedang ketawa bebas di belakang. Arfana berpaling menghadap suaminya dengan kerutan di dahi.

" Sayang, muka sayang macam nampak hantu!" Pipi Arfana ditekup dengan sisa tawanya. 

" Eh! Hantu-hantu jangan buat main eh!" Lengan suaminya ditampar perlahan.

Syed Aariz menghentikan tawanya lalu memandang Arfana dengan senyuman kecil. Bahu isterinya dipegang erat.

" Sayang, You just like a butterfly. Beautiful to see but hard to catch. Abang sedar yang diri ini hanyalah manusia biasa, penuh kekurangan. Malah tak layak pun untuk berdamping dengan Sayang tapi, Abang akan cuba yang terbaik untuk Sayang."

OG | | MEJAR'S CODE G28Onde as histórias ganham vida. Descobre agora