19' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

523 31 0
                                    

Arfana dan Theo menuruni satu persatu anak tangga di street walk selepas menghadiri sidang media. Itu semua kerana Theo yang bersusah payah memujuknya untuk menemaninya ke majlis begitu. Oleh kerana dia sudah disogok dengan Coffee di pagi hari oleh Theo, terpaksalah dia bersetuju. Sebab lain dia bersetuju juga kerana Theo menceritakan tentang kehadiran Syed Aariz ke Paris dan penipuan Theo dalam memberi alamat rumah Arfana Faiqa.

Dia memberikan Alamat kenalannya kepada Syed Aariz kerana tidak mahu kantoi akan tempat tinggal Arfana Faiqa yang boleh dikatakan mewah itu. Mujur sahaja otaknya berfungsi pada hari itu untuk tidak mendedahkan tempat tinggal Arfana terhadap Syed Aariz.

Sejambak bunga disua ke depan muka oleh seorang wanita asing membuatkan langkah mereka terhentik serentak. Terpinga-pinga wajah Arfana melihat bunga yang berada di dalam pegangan wanita itu.

" For beautiful woman" Bunga disua lebih dekat.

Arfana menerima bunga tersebut dan menganggap ianya hanyalah satu trend yang dilakukan oleh warganet seperti di dalam aplikasi TikTok.

Theo berpusing menghadap Arfana namun terus melepaskan tawa selepas melihat susuk tubuh Syed Aariz yang sedang bersandar di dinding tangga tersebut. Dia menarik baju Arfana ke kerusi batu yang sudah disediakan.

" Cantik kan bunga tu?" Tanya Theo kepada Arfana.

" Tak. Ambil lah" Jambangan bunga itu di tolak kepada Theo dengan riak bersahaja. Sedikitpun tidak menghayati kecantikan bunga tersebut.

" Kenapa? You sepatutnya kena hargai pemberian orang"

" I want money. Not flowers."

" Let's have a talk about appreciate." Ajak Theo dengan nada lembut.

" Taknak" Bangkang Arfana dengan lagak angkuh kepada Theo.

" Honey, dengarkan apa yang Theo nak cakap ni. Dengar dan hadam baik-baik dalam hati you, pasak dengan paku pun tak apa." Pujuknya lagi.

" Dia yang datang dan melamar you tu adalah lelaki yang dikirim tuhan untuk menjaga Ana sepanjang hidup. Kerana apa? Kerana Theo tak boleh buat macam mana dia buat dan akan buat selepas ini. Theo hanyalah perantaraan antara Ana dan Aariz. Tuhan hantarkan lelaki macam Theo ini hanya untuk menjaga Ana sementara Dia datang menjemput Ana untuk dijaga selamanya. Dia datang membawa niat yang baik, iaitu menjadikan Ana sebagai kekasih yang halal. Sedangkan kita sendiri pun haram untuk bersatu. Theo taknak tinggalkan Tuhan Theo, dan Ana taknak tinggalkan Tuhan Ana."

" Takkan tak ada sedikit pun rasa syukur yang hadir dalam hati you? Tergamaknya you nak lepaskan hadiah dari Tuhan yang begitu bermakna ini? Tak ada sekumit rasa untuk menghargai Dia ke dalam hati you?"

" Tak salah kalau Ana terima dia walaupun masih belum cinta sepenuhnya. Bercinta selepas kahwin itu kan lebih seronok. Theo yakin dan percaya yang Aariz adalah lelaki yang baik untuk Ana. Cuba lawan rasa takut tu. Lagipun, semalam Aariz juga yang tenangkan Ana. You boleh tenang bila dengan dia."

" Aariz pun ada harga diri, Ana. Bila-bila masa saja dia boleh tawar hati bila ego you tinggi melangit macam ni. Tak susah pun untuk menghargai Dia, Ana."

" Tapi Theo, D-" Jari telunjuk naik ke bibir memberi isyarat untuk Arfana diam.

" Theo belum habis cakap lagi. Aariz pun tak pernah bercinta macam Ana juga, you dan Aariz sama sahaja, dua-dua belum ada pengalaman bercinta. Jadi, gunalah peluang ini untuk bahagia bersama. You akan rasa nikmatnya bercinta, lebih-lebih lagi kalau sudah halal."

" Rasanya Ana lebih tahu tentang halal dan haram berbanding Theo kan? Boleh tak, Ana terima dia? Anggaplah ini permintaan seorang sahabat kepada sahabatnya, Boleh tak?"

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now