17' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

487 34 0
                                    

Masa berlalu terlalu pantas, sudah berbulan berlalu selepas hari terakhir dia menjejaki Arfana Faiqa di bumi U.S.A. kini, Dia kembali lagi menjejaki gadis itu. Kali ini di Paris pula.

Gelas kaca yang terlurut dari tangan mengejutkan Syed Aariz dari lamunan lamanya. Bunyi deraian pecah kaca membuatkan tangan naik memegang dada.

Buat kali pertama dia menjejakkan kaki di bumi Perancis ini demi satu misi. Misi untuk memikat hati bakal isteri. Coat disarung ke tubuh sebelum membawa langkah ke pintu keluar bilik hotelnya.

Tempat pertama yang dituju adalah Florance Halls iaitu Butik milik Theo. Dia sudah membuat temu janji dengan jejaka itu melalui media sosial untuk membantunya bertemu dengan Arfana Faiqa. Semuanya berkat kawan lamanya yang berada dalam bidang IT. Semuanya hanya di hujung jari bagi dia mencari keberadaan Arfana Faiqa setelah mendapatkan bantuan dari kawan lamanya itu.

Syed Aariz membawa langkah ke dalam Butik itu setelah disambut baik oleh Theo di hadapan pintu. Mereka duduk di sofa yang tersedia di dalam Butik tersebut.

" Syed Aariz" Huluran dihulur kepada Theo.

" Theo." Theo menyambut huluran tersebut dengan senyuman.

" I dah agak yang Syed Aariz ni memang kacak tapi budak Ana tu tak habis-habis menafi" Kepala digeleng beberapa kali setelah menganalisis Syed Aariz di hadapannya.

Dengan struktur tubuh tegap dan wajah yang memukau, Dia pasti jejaka itu bukanlah dari golongan biasa-biasa. Sememangnya seorang tentera akan menjaga tubuh badan mereka sebaik mungkin supaya tidak mudah tumbang. Begitu juga lah dengan Syed Aariz.

" Dia memang macam tu" Jawab Syed Aariz dengan senyuman kecil.

" You dah salah orang untuk cakap macam tu, Aariz. I ni dari dulu lagi dengan dia, perangai dia memang auto berubah bila dengan lelaki yang dia tak kenal dan tak rapat. Boleh dikatakan dia sangat tak sukakan makhluk berjantina lelaki. Tapi, I jamin yang you mampu bagi rasa selesa kepada Ana. I tak cakap mudah dan tak juga susah, cuma bergantung kepada kesabaran orang tu lah." Jelas Theo tawa kecil dan dibalas anggukan oleh Syed Aariz menandakan dia sedang tekun mendengar.

" She do like you. Cuma dia sedang buntu dengan diri dia. Dia sedang berperang dengan perasaan dia sendiri untuk terima takdir yang dia perlukan kehidupan berkeluarga dengan orang yang baru dia kenal. Banyak perkara yang dia perlu fikir sebelum buat apa-apa keputusan, sebab itu dia tolak Aariz sekerasnya."

" Ana ni seorang wanita lembut hati sebenarnya. Orang hanya perlu memujuk saja dan dia akan terus lembut hati. Sebesar mana pun masalah itu, dia akan cair dengan sikap lembut kita. Tapi tak bermakna you boleh ambil kesempatan atas diri dia. Dia lembut tapi Tegas." Sambung Theo lagi.

Syed Aariz mengangguk faham dengan apa yang diceritakan oleh Theo dari tadi. Banyak perihal Arfana yang dapat diketahui daripada Theo.

" Dia kat sini kerja apa? Tinggal dimana? Setahu Aku, dia hanya kerja di kedai kereta waktu di malaysia. Kalau kat sini dia buat apa?" Theo mengerut dahi mendengar soalan dari Syed Aariz. Pelik dengan soalan itu.

" You tak tahu ke? Cari dia sampai ke Paris ni you boleh buat tapi cari indentiti dia you tak boleh? Like seriously?" Syed Aariz memandang Theo dengan kerutan dan gelengan.

Theo ketawa bagi menghilangkan canggung. Tidak tahu pula jika Arfana dan keluarga menyorok perkara ini sampai begini sekali. Sekarang, dia pula dihambat rasa bersalah kerana membuka rahsia ini.

" Ana kerja dengan kawan I, dekat kilang kereta juga. Nak buat macam mana, Memang itu minat dia. Ke manapun dia pergi, pasti dia akan mencari tempat yang berkaitan kereta." Balas Theo selamba. Itu sahaja jawapan logic yang keluar di otaknya saat ini.

" Habistu dia tinggal dimana? Takkan sampai je terus dapat rumah sewa?" Soal Syed Aariz lagi.

" Hotel lah cik abang. Dia duduk hotel untuk seminggu lepastu dia pinjam duit I, sewa bilik. Lepas dah kerja, dapat gaji, dia terus sewa rumah bujang sebab tak selesa sewa bilik. Takkanlah I nak tinggal dengan dia pulak kan? Kalau dia non-muslim, boleh lah tinggal sekali." Syed Aariz mengetap bibir mendengar ayat terakhir Theo.

" kenapa pula Kalau dia non-muslim boleh tinggal sekali?" soalan itu mendapat tawa besar dari Theo. Wajah Syed Aariz jelas tidak berpuas hati.

" Nak tahu tak? Kalau kami sama agama, I akan rebut dia dari you. I yang akan jadi suami dia, bukan orang lain. Kalau you sanggup tadah badan you untuk lindungi dia, I sanggup kurung dia supaya tak diambil orang." Balas Theo lagi.

" Jadi, lebih baik you ikat dia cepat-cepat sebelum I yang ikat dia jadi milik I. nanti you meraung pula tak dapat Arfana Faiqa." Sambung Theo dengan nada mengejek. Syed Aariz mendengus tidak berpuas hati.

Syed Aariz menghirup coffee yang sudah dihidangkan oleh Theo dengan perlahan. Wap masih keluar dari cawan tersebut memandangkan sekarang merupakan penghujung musim dingin dan sedang menuju ke musim lain pula.

Satu sampul dihulur kepada Theo di hadapannya. Dengan senyuman Theo mencapai Sampul itu lalu dibuka. Ternaik keningnya memandang Syed Aariz, senyuman tidak lekang di bibir. Syed Aariz memang seorang yang faham akan aturan dunia.

" For you" Ujar Syed Aariz tanpa senyuman.

" Ini payment I untuk beritahu keberadaan Arfana atau apa?" Theo bermain tarik tali dengan Syed Aariz. Senyuman penuh makna di bibirnya tidak menghilang sejak tadi.

" Beritahu aku semua tentang Arfana Faiqa. Termasuk tempat tinggal dia disini"

" Tak cukup lah Aariz. Dengan ini sahaja, I hanya boleh beritahu tempat tinggal dia sahaja. Itu pun sebab I sudah bersedia untuk berikan nyawa I pada Arfana lepas ni." Sampul surat tadi digoyang ke udara dengan wajah mengejek.

" I ni Usahawan di bawah nama Designer tau. Everything has price"

Syed Aariz memangku pandangan pada Theo dengan wajah ketat. Kedua jejaka itu saling membalas tenungan membunuh sesama mereka. Dada Syed Aariz berombak laju kerana menahan amarah yang kian memuncak. Geram dengan sikap Theo yang suka bermain tarik tali dengannya.

" By the way, I terpaksa bagitahu you perkara ini memandangkan you rapat juga dengan keluarga Ana. Dia baru keluar hospital bulan lepas sebab 'berkenalan' dengan client I, tapi sekarang dah okey." Syed Aariz menayang wajah tegang selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Theo.

" Ana cerita kereta dia kena langgar dengan mamat itu. Disebabkan masa itu I sibuk meeting, phone dalam bilik, I tak angkat call dia. Terpaksalah dia tumpang tapi sampai situ saja lah dia mampu cerita. Setiap kali dia mahu bercerita lebih lagi, badan dia terus menggeletar. I tak pasti itu dalam katogeri anxiety atau tak tapi sejak dulu dia akan jadi macam itu kalau dekat dengan lelaki." Theo menceritakan kejadian itu kepada Syed Aariz.

" Dia tak check ke?"

" I ni Dah tahap paksa dah tapi dia tetap buat keras. Taknak check" Theo membuat muka bila teringatkan perangai degil Arfana Faiqa.

" Siapa nama client kau tu?"

" Syed Adyan. Malaysian juga katanya" Berdesing telinga mendengar nama itu disebut. Badannya terus tegak dengan rahang diketap kuat.

Nafas Syed Aariz mula tidak teratur bila mendapat tahu akan perkara itu. Dia tidak mahu Arfana dimiliki orang lain.

" Theo"

Theo berpaling bila mendengar suara manis memanggil namanya di belakang. Wajah itu jelas sedang mamai kerana baru bangkit dari tidur lena.

" You awake, Honey"

Arfana menggeliat sambil mengangguk. Manakala Syed Aariz pula merenung sahaja Arfana di hadapan seperti dipukau. Gadis cantik itu ada di sini dari tadi. Mulutnya terbuka kecil melihat kecantikan dari figura itu. Jantung bekerja sangat pantas ketika ini. Pantas sahaja hatinya berasa nyaman dan dekat dengan Arfana Faiqa. Dunianya seperti berputar perlahan apabila munculnya buah hati di depan mata. Senyuman tidak dapat ditahan.

" I found you." 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now