8' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

683 39 0
                                    

" I would take a bullet for you."

Satu suara penuh maskulin yang cuba meyakinkan seketul hati milik Arfana Faiqa. Hati yang keras itu seakan sedikit mencair dengan ujaran Syed Aariz.

" What if I am the one who shot you?"

" I take it because I pretty sure that you will not doing that" Arfana ketawa sinis mendengar kata-kata itu.

Ardhan datang dengan pistol di tangan, nasib mereka baik kerana hanya ada mereka di kedai itu setelah pelanggan terakhir keluar tidak sampai 5 minit yang lalu.

" Kau fikir Kau layak ke untuk tundukkan dia?" Ardhan bertanya dengan nada geram. Syed Aariz mengangguk dengan sombong.

Gentar? Tidak sama sekali.

" Siapa cakap ada yang boleh tundukkan Aku? Aku yang akan jinakkan ular. Because I am the mastermaid" Jawab Arfana penuh berlagak.

Terus mata Syed Aariz berubah tajam. Sudah dia katakan bahawa Arfana Faiqa ini mempunyai aura lain daripada yang lain.

" Aku hidup untuk berbakti kepada Tuhan dan Negara bukan untuk Wanita. Aku takkan tunduk pada Wanita selain ibu aku"

Mata saling memanah sesama sendiri. Seakan meluahkan amarah yang bersarang di dada. Ardhan pula masih mengacu muncung pistol kepada Syed Aariz.

" Kau akan tunduk pada aku suatu hari nanti Arfana Faiqa" Kata Syed Aariz tanpa ragu.

Angkuh. Itulah yang dapat dilihat pada diri Syed Aariz Al-Farras. Mata menentang wajah tidak berperasaan Arfana Faiqa.

" Yakin?"

" Aku boleh buat kau terjatuh, terduduk dan terbaring dengan perangai aku"

Sombong. Itu pula perkataan yang sesuai untuk gadis ini. Tangan mencengkam tepi baju menahan amarah yang kian memuncak.

" Apa kau buat dengan pistol di tempat awam ni, Muhammad Ardhan Faiqal!" Pistol di tangan Ardhan ditarik lalu diletakkan di dalam jaket Arshan.

Setelah datangnya Arshan, mereka tidak lagi membahas tentang apa yang terjadi tadi. Masing-masing diam menjamu makan tengahari dengan suasana agak panas. Hanya bunyi sudu dan garfu berdenting di atas pinggan masing-masing.

˚₊· ͟͟͞͞➳

Syed Aariz Al-Farras mengepal jari jemari melihat taburan gambar Arfana Faiqa di atas meja. Gambar wajah gadis itu sedang tersenyum gembira terserlah sepenuhnya di dalam kepingan gambar itu. Namun itu bukan penyebab amarahnya, ada yang lebih memancing emosinya.

Kepulangan pengirim gambar itu pula mendesak Syed Aariz untuk secepatnya memiliki Arfana Faiqa seutuhnya. Tetapi dia tahu, perkara itu bukanlah perkara yang mudah buat gadis itu. Arfana akan menolak sekerasnya atas perkahwinan yang hanya dia mahukan.

Syed Aariz mengetuk tepi kepala menggunakan pen sebelum biliknya di rempuh oleh Arshan Faiq dari luar. Syed Aariz tidak sempat menyorok gambar yang bertaburan di atas mejanya.

" Kau stalk adik aku, Aariz?"

Berkerut dahi Arshan melihat satu persatu gambar adiknya di U.S. yang ada di atas meja Syed Aariz. Mata naik mencerlung anak mata sahabatnya dengan tajam.

" Shan, Aku kena kahwin dengan Arfana secepatnya" Satu ayat yang dilontarkan oleh Syed Aariz mendapat tumbukan padu di pipi kanannya.

Arshan menghadiahkan tumbukan pada pipi kanan Syed Aariz tanpa rasa bersalah. Matanya memerah menahan amarah yang membuak.

" Shan, dengarkan penjelasan aku dahulu!"

" Kau jangan nak gunakan adik aku untuk kepentingan kau!" Badan Syed Aariz ditolak ke dinding lalu mencengkam kolar baju kerja Syed Aariz keras.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now