9' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

687 40 2
                                    

Sesungguhnya perancangan tuhan adalah segalanya bagi setiap manusia. Doanya untuk berjumpa dengan Arfana termakbul jua. Gembira menyapa hati. Dalam helaan nafas, Syed Aariz melakar senyuman dan tawa kecil di saat mata melihat susuk tubuh Arfana di kedai buku.

Tangan halus itu sedang membelek setiap buku dari hujung rak hingga ke penghujungnya lagi. Syed Aariz memegang satu buku berkisahkan cinta lalu dihulur kepada Arfana.

Arfana memandang huluran itu lama lalu berpusing menghadap rak buku di hadapanya lagi. Pilihan buku bertemakan keusahawanan di pandang dengan teruja. Bibirnya digigit kerana tidak tahu mahu memilih buku yang mana.

" Kau kena baca buku cinta lebih banyak" Ujar Syed Aariz di tepi telinga gadis itu.

" Kenapa pula?" Soalan diaju kepada Syed Aariz yang sedang memegang novel cinta itu.

" Sebab nanti kau kena bercinta dengan aku. Kita kena practice dulu dengan baca buku-buku macam ni"

" Siapa yang nak bercinta dengan kau ni? Hello! Kalau ya pun aku nak bercinta dengan orang nanti, aku lebih suka yang pure. Bukan yang practice-practice macam ni"

" Okey, nanti Aku bagi layanan Tiptop punya untuk kau. Pure one." Balas Syed Aariz dengan senyuman paling nipis.

" Bukan aku. Bakal isteri kau lah." Bahu Syed Aariz ditolak menggunakan sebuah buku pilihannya lalu kaki bergerak ke rak lain pula.

" Kau lah bakal isteri aku, Sayang." Memerah wajah Arfana mendengar panggilan dari Syed Aariz.

Tudung shawlnya di flip bagi menghilangkan debaran di dada dek kerana panggilan dari Syed Aariz tadi. Dia terus membelek buku-buku yang ada tanpa menghiraukan Syed Aariz.

" Siapa yang nak kahwin dengan kau?" Soal Arfana lagi.

" Kaulah Sayang" Mata dipejam sesaat apabila mendengar panggilan dari Syed Aariz lagi.

" Aku tak pernah setuju mahu jadi Isteri kau" Jawab Arfana tanpa mahu mengalah.

Baginya perkahwinan hanyalah satu beban terbesar dalam hidupnya. Tidak sanggup rasanya mahu membayangkan hidupnya bakal di ambil alih oleh suami nanti. Pasti tidak bebas seperti sekarang lagi. Oleh kerana itu, niatnya hanyalah mahu menghabiskan sisa waktu mudanya dengan kerjaya dan melakukan aktiviti yang dia suka.

" Kena setuju lah. Lagipun, Aku tak tanya persetujuan kau, yang penting Baba kau dah terima aku jadi bakal menantu dia." Penuh statik Syed Aariz membangga diri dengan Arfana Faiqa.

" Tak mahu. Malas lah aku bercakap dengan kau ni."

Arfana Faiqa sudah merancang apa yang bakal berlaku jikalau Baba dan Mamanya memaksa untuk dia berkahwin dengan Syed Aariz. Sejujurnya bukan mahu menolak tetapi dia tidak percayakan lelaki. Dia tidak suka lelaki namun bukanlah berada di dalam kategori Lesbian.

Dia perempuan straight tetapi mempunyai trust issue terhadap makhluk berjantina lelaki di muka bumi ini kecuali ahli keluarganya. Tidak mudah untuk dia menerima lelaki lain di dalam hidupnya.

" Maafkan aku, Farras. Aku tak mampu terima kau"

" Pergilah, fly away from me. Find your own happiness" Ujar Arfana kepada Syed Aariz di sampingnya saat ini.

" No, Lady. Aku bahkan akan berlari saat kau memanggil nama aku." Hampir sahaja Syed Aariz memegang bahu Arfana namun gadis itu pantas mengelak.

" Aku sanggup jadi rama-rama untuk selalu bertenggek di bahu kau. Terbang tinggi untuk ceriakan kau, dan keluarkan sayap paling cantik seperti kau untuk selalu terbang menemani hari-hari kau" seperti puisi ayat itu ditutur.

" I'm sorry Farras, I really can't accept anyone in my life. I want to be free Alone"

" Tetapi jikalau takdir memang menetapkan kita untuk bersama, Aku akan terima" Jawapan Arfana membangkitkan rasa geram dalam hati Syed Aariz.

" Sayang, A Dua' can make a imposibble, be possible again. Lets do it together." Mata bundar Arfana ditatap dalam mengharapkan persetujuan dari gadis itu.

" Cinta itu rumit jika belum halal, jadi mari kita halalkan hubungan ini. I'm being serious right now, Arfana Faiqa" Pujuk Syed Aariz lagi.

Arfana diam mencari akal untuk menjawab lagi. Dari raut wajah Syed Aariz, dia tahu lelaki itu sedang berusaha meyakinkan dirinya namun dia buntu. Berkali-kali nafas dihela.

Arfana bergerak ke kaunter untuk membayar buku-buku yang diambil sebelum melangkah keluar. Di belakang pula, Syed Aariz masih mengekor tanpa lelah. Sampailah mereka duduk di bangku berhadapan kedai bunga.

Syed Aariz duduk di samping Arfana sambil menatap gadis itu dengan mimik muka dibuat-buat kasihan untuk menarik perhatian Arfana. Gadis itu pula berkelip-kelip memandang heels kerana penat.

" Kalau kau kahwin dengan aku kan senang, bila kau penat macam sekarang, aku boleh dukung saja bawa balik ke rumah" Arfana mengerut kening mendengar kata-kata dari Syed Aariz.

" Boleh tak kau berhenti ganggu aku, Farras?" Arfana memandang lesu ke arah Syed Aariz. Dia bersandar pada bangku itu bagi melepaskan lelah.

" Aku betul-betul ni, Fana"

" Izinkan aku menjadi Imam di setiap hari-hari kau. Dan izinkankan aku berdamping dengan kau di setiap langkahku, Arfana Faiqa"

Arfana yang mendengar ucapan itu hanya memandang kosong terhadap Syed Aariz. Dia tidak mahu memberi harapan apa pun kepada Syed Aariz.

" Jari jemari lembut kau perlukan tangan perkasa seperti aku untuk berpegang, Arfana" Arfana melihat jari jemari sendiri setelah mendengar ujaran bertauliah dari Syed Aariz.

Batinnya menjerit supaya Syed Aariz menjauh sekarang juga. Hatinya sudah tidak tahan dari mencair. Sudah 27 tahun dia menahan diri dari menerima cinta dari lelaki luar.

" Abang Shan dan Qal kan ada" Jawab Arfana tanpa memandang Syed Aariz.

" Itu abang. Ini suami. Takkan kau tak mahu rasa dibelai suami?" sengaja Syed Aariz mencuri ayat Uminya saat mereka berborak dahulu.

Arfana mengerut dahi mendengar ayat Syed Aariz yang agak pelik dan sangat pelik itu. Mata dikalih ke tepi dari bertembung dengan mata Syed Aariz.

Nafas dihela lagi dan lagi mengenangkan pujukan dan rayuan dari Syed Aariz dari tadi. Hari-harinya terasa punah kerana diganggu oleh jejaka ini. Penat mental mahu menerima semua info yang tidak pernah dia terfikir dari dulu.

Mata dipejam lagi dan lagi. Arfana kembali berdiri untuk pulang. Kaki laju melangkah ke parkir kereta tingkat atas. Arfana membuka kunci kereta setelah hampir sampai ke kereta.

Tangan kekar Syed Aariz menarik lengan Arfana dari belakang hingga badan mereka terlekap sesama sendiri. Terjerit kecil gadis itu apabila mendapat perbuatan drastik dari Syed Aariz. Motosikal berkuasa besar tadi dicemuh oleh Syed Aariz kuat kerana hampir melanggar Arfana Faiqa.

Dadanya terasa sempit apabila berada dalam keadaan intim seperti ini dengan Syed Aariz. Pantas badan tegap Syed Aariz ditolak menjauh. Matanya melilau mencari arah tuju kerana dada dan nafasnya terlalu laju bekerja. Dia kembali berjalan tanpa memandang ke belakang.

Langkah Syed Aariz dihentikan berhadapan dengan Arfana Faiqa. Gadis itu mendongak menatap wajah kacak Syed Aariz. Jejaka itu menatapnya garang. Malu masih tersisa.

" I can Assure that you will not regreting your decision to be My Bride, Lady"

Syed Aariz membuka pintu untuk Arfana masuk setelah selesai mengucapkan kata-kata terakhir buat Arfana hari ini. Dan semestinya dia akan terus menganggu hidup Arfana lagi sehingga gadis itu menerimanya.  

Arfana Faiqa mengusap dada yang berdenyut laju setelah Syed Aariz menghilang dari radar. Penangan Syed Aariz memang lain macam baginya. 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now