24' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

541 32 3
                                    

" Aku Terima Nikahnya Nur Arfana Faiqa Binti Arhan Ali dengan mas kahwin sebanyak Rm 28000 dan senaskah Al-Quran, Tunai."

" Sah?"

Semua suara menjawah 'Sah'. Suara garau milik Syed Aariz bergema di seluruh dewan menyatakan akad dan ijab kabul ke atas Arfana Faiqa secara sah. Tanpa dia sedari, bibir menguntum senyum bila teringatkan mimpinya semalam. Habis dimarahnya Syed Aariz dek kerana mimpi buruknya itu. Lelaki itu hanya pasrah memujuk Arfana walaupun hanya melalui panggilan suara.

Sejujurnya, ada perasaan hiba yang bertandang di hati. Mungkin kerana mulai sekarang, dia perlu menjadi seorang 'Isteri' dan mempunyai tanggungjawab baru di dalam hidup. Air mata cuba ditahan sebolehnya kerana panahan mata Theo di hadapan. Takut juga jikalau sahabatnya itu mengamuk setelah bertungkus lumus menconteng wajah ayu Ini sejak pagi tadi.

Lagi bertambah hiba bila dia melihat Syed Aariz menitiskan air mata di hadapan kadi. Inilah perasaan sebenar kepada para pengantin di luar sana ketika terlafaznya akad untuk menjadi sepasang suami isteri. Sekarang, Arfana dan Syed Aariz sudah faham.

Sentuhan lembut di bahunya telah menghentikan imbauan semalam. Mata naik menikam anak mata Mama lalu dia menghadiahkan senyuman manis buat puteri tercinta yang sedang dilamun cinta. Arfana melabuhkan ciuman pada jemari Mamanya bersama senyuman nipis.

Debaran yang dirasakan bagaikan kompang dipalu di dalam dada. Apatah lagi bila Dirinya sudah sah bergelar isteri kepada Mejar Syed Aariz Al-Farras. Tapi sesungguhnya dia sangat bersyukur kerana semuanya telah menjadi kenyataan pada hari ini.

Terima kasih Tuhan kerana tidak merealisasikan mimpi buruknya semalam! Sungguh dia bersyukur tak terkata.

Alhamdulillah!

Melihat sepasang kaki bersarung seluar baju melayu berwarna putih bersih tiba di hadapan, Arfana sekali lagi mengangkat wajah memandang ke atas. Mata bundar Syed Aariz memandangnya bersama senyuman nipis.

Jejaka itu sangat kacak tanpa cacat cela, bagi Arfana, Syed Aariz adalah lelaki sempurna yang telah dihadiahkan oleh Tuhan untuk membimbingnya.

Saat suaminya melabuhkan duduknya di ruang sebelah, Tubuh Arfana menghasilkan getaran halus hingga lelaki itu melepaskan tawa kecil. Tangan Arfana dicapai dan digenggam dalam pegangan tangan kasarnya.

" Assalamualaikum, Ya Qalbii."

Perkara pertama yang dilakukan oleh Syed Aariz Al-Farras adalah mencium kekura tangan Arfana Faiqa penuh kelembutan dan kasih sayang.

" Kenapa terketar-ketar macam orang parkinson ni? Sayang berdebar ke, hm?" Arfana menunduk mendengar usikan suaminya bersama wajah yang sudah merah menahan malu.

Apatah lagi apabila ada bunyi-bunyi siulan nakal dari ahli keluarganya di sebelah.

Dagu Arfana dipaut lembut lalu Syed Aariz menatap ke dalam anak mata milik isterinya. Si cantik ini sudah menjadi miliknya.

" Tak nak jawab salam Abang ke?"

Ya, dia tersangatlah malu dan tersipu-sipu kerana panggilan yang digunakan oleh Syed Aariz. Aduhai! Tak tahu dimana dia perlu letak mukanya saat ini. Sumpah ini adalah perubahan yang sangat drastik baginya.

" Waalaikumussalam, A...Abang"

Terbit senyuman lebar di bibir Syed Aariz bila mendengar suara lunak milik isterinya menjawab salamnya. Terketar-ketar suara Arfana menyapa sistem pendengaran hingga menghasilkan tawa kecil dari bibir Syed Aariz.

Sesi pembatalan air sembahyang berjalan dengan lancar sesuai perancangan mereka. Saat tangan Arfana menyambut tangan Syed Aariz, timbul perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now