4' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

789 56 2
                                    

Syed Aariz Al-Farras duduk bersilang kaki di sofa bertentangan dengan umi ayahnya selepas dipanggil oleh pasangan itu. Puan Syarifah Aliyah Fatema memandang Syed Aariz dengan senyuman misteri sambil memegang tangan suaminya, Leftenan Jeneral Syed Ammar Al-Faeeq.

Jejaka tua itu hanya melayan kerenah isterinya yang mahu menjodohkan anak lelaki mereka dengan anak kepada sahabat karibnya.

Puan Syarifah Aliyah Fatema menyonggol lengan suaminya supaya memulakan bicara terlebih dahulu. Tekak dibasahkan dengan bunyi deheman yang agak canggung.

" Aariz dah ada pemilik hati ke?" soal Syed Ammar dengan wajah canggung.

" Negative sir"

" Apa cakap bahasa Tentera ni? Kita sekarang ada di rumah" Bidas Syarifah Aliyah dengan wajah cemberut memandang kedua jejaka itu.

Syed Aariz dan ayahnya menggosok leher kerana sudah terbiasa dengan gaya percakapan begitu. Mereka juga jarang berkomunikasi kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan harian.

" Maaf" Ucap Syed Aariz serba salah.

Syarifah Aliyah Fatema berdehem lalu menatap Syed Aariz garang. Melihat muka cuak satu-satunya anak lelakinya itu membuatkan dia tersenyum kecil.

" Umi ada sesuatu nak beritahu pada Aariz" Syed Aariz tekun mendengar apa yang mahu diperkatakan oleh uminya.

" Boleh umi, tentang apa?"

Syed Ammar Al-Faeeq pula hanya diam membenarkan isterinya memberitahu hasrat hatinya kepada sang anak.

" Memandangkan Aariz cakap masih tiada pemilik hati, Umi berhasrat mahu menerima pinangan anak kawan umi."

Syed Aariz yang sedang menghirup teh menghentikan perbuatannya. Mata menentang anak mata uminya seakan berharap dia menerima segala percaturan ini.

" Kawan umi yang mana satu ni?"

" Auntie Syarifah Syahira. Anak dia tu kawan masa kecil Aariz, nama dia Syarifah Syakila Humairah. Aariz ingat kan?"

Syed Aariz mengeluh kecil mengenangkan gadis yang sedang dibahaskan itu. Bukan tidak mahu menerima, dia cuma kurang berminat kerana gadis itu terlalu gemar berkawan dengan lelaki. Dia tidak sukakan sikap itu.

Sejujurnya, ini bukanlah pertama kali unsur perjodohan diaju oleh uminya malah sudah berkali-kali namun semuanya ditolak.

" Tapi umi---" Tapak tangan uminya naik ke udara, tepat di hadapan mukanya.

" Umi tak nak dengar apa-apa alasan lagi dari mulut Aariz, yang umi tahu, umi mahukan menantu dan cucu secepat mungkin. Lagipun, Aariz sedar tak umur Aariz berapa tahun ni? Takkan tak rasa mahu bina rumah tangga lagi? Tak rasa nak dibelai isteri?"

" Apa umi ni, sampai ke situ pula" Syed Aariz mengerutkan dahi mendengar ayat akhir uminya.

Mestilah rasa itu ada. Dia lelaki tulen. Cuma mahu mencari itu belum ada, lebih kepada tiada yang sesuai dengan citarasanya buat masa sekarang.

" Betul lah apa yang umi cakap ni, Aariz kan lelaki tulen. Takkan tak mahu pula dimanja oleh isteri sendiri. Tak ada lah asyik cemburu je tengok Ayah dengan Umi ni"

" Bukan itu maksud Aariz, Umi. Aariz cuma mahu yang terbaik untuk diri Aariz, Yang boleh terima baik buruk Aariz. Kerja Aariz melibatkan nyawa, Umi"

" Ada ke wanita yang sanggup terima pekerjaan lelaki seperti Aariz, Umi?" Sambungnya pula dengan harapan dapat melembutkan hati uminya.

" Maksud Aariz, pilihan umi ni bukan yang terbaik lah? Begitu?" Mimik muka sedih Uminya mengundang rasa bersalah dalam diri Syed Aariz.

" Bukan begitu Umi"

" Umi faham. Umi rasa Syarifah Syakila adalah wanita terbaik untuk Aariz. Aariz terima ya?" Pujuk Syarifah Aliyah lagi.

" Maafkan Aariz, Umi. Aariz tak mampu, Aariz akan cari pasangan hidup Aariz sendiri."

" Aariz akan bawa pulang menantu umi dan ayah tepat pada waktunya nanti"

Tanpa dia sedar, Janji sudah diatur oleh mulutnya sendiri. Seakan ikrar kepada kedua orang tuanya yang sedang menatapnya penuh berharap.

" Jangan pilih wanita sembarangan Syed Aariz Al-Farras. Kita dari keluarga yang baik-baik, tolong jaga nama Syed dan Syarifah kita baik-baik juga" Pesan Syarifah Aliyah dengan suara tegas.

" Fatema, biarlah Aariz cari pasangan dia sendiri. Nama kerabat bukan segalanya, Nama Aariz yang akan mewakili anak-anaknya nanti. Jadi kenapa awak risau sangat ni?"

Syed Ammar Al-Faeeq menentang kemarahan isterinya yang seakan memaksa anak lelaki mereka menerima segala perancangannya.

" Jangan sampai kita jadi penghalang dalam hubungan anak-anak, Fatema. Awak nak pisang berbuah dua kali ke?"

Mendengar ayat itu, Syarifah Aliyah Fatema terdiam. Matanya berair mengenangkan peristiwa lampau keluarga itu.

" Umi, Ayah. Aariz memohon beribu ampun, Tetapi keputusan Aariz tetap akan sama. Aariz menolak perjodohan ini" Sambung Syed Aariz lalu bangun dari duduknya.

" Aariz naik dulu" Syed Ammar mengangguk mendengar pamitan dari Syed Aariz itu.

˚₊· ͟͟͞͞➳

Mejar Arshan Faiq menepuk badan Mejar Syed Aariz dari belakang lalu ketawa bila sahabatnya menayangkan wajah garang.

" Kau ni hari-hari mengelamun, besar sangat ke masalah tu?" Soalan Arshan mengundang keluhan dari bibir Syed Aariz.

" Umi aku nak jodohkan aku dengan anak kawan dia"

" Bagus lah tu, Kau pun bujang. Awek tak ada, jadi tak ada apa-apa halangan pun" Balas Arshan selamba.

" Masalahnya aku taknak."

" Kenapa pula? Biasanya kalau mak ayah yang pilih ni, hubungan itu akan berkekalan"

Syed Aariz diam tidak membalas kerana malas berbahas perkara begini. Dia mahu meringan otaknya dari beban besar ini.

" Adik kau kemana ya? Dah lama tak datang sini" Persoalan Syed Aariz mengundang kerutan dahi dari Arshan.

Sudah hampir 2 bulan rasanya mereka tidak bersua muka. Rasa pelik menyapa hati bila tidak berbalas mulut dengan gadis garang itu.

" Dia kerja lah. Buat apa dia nak datang sini hari-hari"

" Dulu boleh je dia datang? Kenapa sekarang perlu ada alasan pula?" Arshan mengalihkan anak mata dari bertembung dengan Syed Aariz.

" Dia sibuk Aariz."

Syed Aariz memegang kedua bahu sahabatnya dengan erat supaya dapat menatap wajah itu secara dekat.

" Dia kerja dimana?"

" Macam-macam. Jual kereta pun ya juga"

" Dimana?"

" Arles"

Sepatah ditanya, sepatah juga dijawabnya. Arshan sedaya upaya mengelak dari menjawab soalan dari sahabatnya itu kerana dia sudah berjanji untuk memberitahu sesiapa pun tentang Arfana Faiqa.

" Eh, kau tu bakal tunang orang. Jangan nak menggatal dengan adik aku pula" Bidas Arshan dengan suara marah.

" Tak pernah-pernah kau ambil tahu tentang adik aku. Kenapa?"

" Mana ada!"

" Apa yang mana ada? Betul lah kau tu bakal tunang orang. Tak apa, nanti aku bagitahu adik aku untuk ucapkan tahniah pada kau ya?" Syed Aariz mengeluh berat.

Arshan terus bangun dari duduknya lalu berlari masuk ke dalam supaya tidak disoal siasat oleh Syed Aariz lagi.

Syed Aariz meletakkan tapak tangannya tepat pada jantung yang sedang berdetak laju. Matanya terarah pada langit cerah dengan dongakan.

" What kind of feeling is this?"

" Kerja aku ni merempit saja, ada ke wanita yang suka mat rempit?"

" Dia suka ke?"  

OG | | MEJAR'S CODE G28Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα