14' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

459 26 2
                                    

'Kita saling mencintai tetapi Ketakutan menguasai segalanya'

Habis sahaja ayat di baris terakhir dibaca, Arfana Faiqa menutup rapat helaian buku itu. Kaki terlunjur di atas tikar bersama makanan ringan. Buku yang sudah ditutup tadi diletakkan di tepi lalu membaiki baju sejuk yang tersarung pada batang tubuhnya.

Permandangan kanak-kanak yang sedang berlari bersama terlihat jelas oleh Arfana dengan senyuman kecil.

" Kalau teringin nak main macam tu, kahwinlah" Suara Theo menyentakkan Arfana dari merenung kanak-kanak tadi.

" I takut nak percayakan orang, what if I got abonded that time. I tak mahu kalau dia hanya pandai berjanji tetapi tak pandai laksanakan. I risau kalau hidup I kucar-kacir bila I berikan hati I pada seseorang." Balas Arfana dengan wajah yang sudah berubah keruh dengan perkataan Theo.

" You know what? Dalam ramai-ramai manusia yang Theo kenal, Ana ni priceless. You ada jati diri you sendiri yang tidak ada pada perempuan lain. You seorang yang sangat hebat. I'm proud of you, Ana. Everything you have done is uncredible. Tak semua orang boleh jadi hebat macam you." Puji Theo ikhlas.

Theo membalik badan memandang Arfana sepenuhnya. Dia adalah fashion designer yang merangkap sahabat baik Arfana Faiqa dan Cinta Mawar. Dari dulu lagi dia akan menjadi penasihat buat Arfana yang keras kepala ini. Dari Arfana dan Cinta juga, Theo sudah fasih berbahasa melayu. Nafas dihela sebelum menyambung kata.

" So, you have nothing to scare of. You kena berani ambil risiko sepertimana you berani dalam perniagaan you. You ada harga diri you sendiri dan I tahu you akan sentiasa bijak dalam mengambil apa-apa keputusan pun. Whatever is it, jangan takut untuk mencuba." Sambungnya lagi.

" Kalau dalam perniagaan you boleh handle a lot of things, begitu juga dalam hubungan. Sama seperti perniagaan, jatuh bangun itu perkara biasa. Hubungan tanpa masalah, bukanlah hubungan yang baik dan bukan beerti banyak masalah itu perkara baik juga. Just, communication is key."

" Bila masing-masing saling memahami, I pretty sure it will became a awesome and healthy relationship."

" Macam kisah Ana dan si dia juga. Ana seorang usahawan dan Dia seorang tentera. Masing-masing sibuk dengan pekerjaan kan, haruslah ada kepercayaan dan sikap memahami antara keduanya." Coffee diteguk bagi menghilangkan rasa dahaga dan air liur yang sudah habis membantai Arfana Faiqa.

" That's the problem,Theo. I seorang yang sangat sibuk, kalau boleh I nak seseorang yang ada dengan I selalu. Bukannya kena berpisah je selalu. Macam mana kalau dah ada anak nanti kalau masing-masing sibuk? Kurang lah kasih sayang anak I nanti." Jawab Arfana lagi.

Theo melepaskan tawa kecil sambil menguak rambut ke belakang. Terserlah muscle dan lesung pipit miliknya. Matanya berkilau kehijauan kerana terkena pancaran matahari pagi. Produk Paris memang tiada lawan.

"Itu alasan you je, Ana. Walaupun jelas-jelas pekerjaan tentera begitu tapi itu bukanlah masalah besar. Kalau mindset semua orang macam ini, habistu tentera nak kahwin dengan siapa?"

Arfana terkedu dengan pertanyaan Theo, hati semakin berbolak balik dengan perasaan yang sudah bercampur baur ini.

" I don't know, Theo. You pun tahu I tak pernah jatuh hati dengan sesiapa pun sebelum ini. Dengan apa yang pasangan-pasangan di luar sana tunjuk, I jadi takut. I takut kalau hubungan itu tak menjadi." Arfana menunduk sambil menjawab.

" Hidup kita ini bukannya selamanya, Ana. 'What if' adalah perkataan yang jelas menunjukkan you lemah. Kenapa nak ada 'Kalau' dalam membuat keputusan? Tak salah nak guna 'kalau', some reason, we need to use it but not for everything. Hubungan itu menjadi atau tak? Hubungan akan tetap ada tetapi atas pasangan itu lah nak pertahankan macam mana. Kalau ego setinggi gunung pun tak boleh juga. Masing-masing ada peranan masing-masing."

" Time is ticking, Ana. As your bestfriend, I want the best for you, Your life and everything."

" I sendiri tak tahu sampai bila I boleh teman you, mungkin nyawa I yang di ambil dulu? I tahu you perlukan seseorang untuk you meluah. Kalau sebelum ini you boleh cari I atau cinta, lepasni kalau kami tak ada? Macam mana, hm?" Theo masih lagi memujuk hingga berkerut keningnya.

Arfana tersedu ketika mendengar pujukan dari sahabatnya. Dia menunduk menahan air mata dari mengalir keluar.

Bukanlah mahu memaksa tetapi Dia kasihankan Arfana. Theo tahu Arfana sengaja menahan perasaan untuk tidak jatuh cinta sedangkan saat ini pun dia sudah tersiksa bila tidak bertemu dengan Syed Aariz.

"Theo boleh aje guna 'kalau', kenapa you marah Ana guna tadi? Sampai hati you kan?"

" Mati itu kan pasti. You sendiri cakap dalam agama you setelah mati kita takkan dilahirkan semula. Dan kita tak tahu bila waktu tu datang. So I tanyalah, macam mana kalau I yang pergi dulu? Kita dah takkan berjumpa lagi di kehidupan seterusnya." Terang Theo dengan penuh kelembutan.

" Theo buat Ana sedih." Theo tergelak mendengar ayat dari Arfana.

Theo mengeluh melihat Arfana yang sudah mengalirkan air mata di hadapannya saat ini. Mahu sahaja dia memeluk namun Theo masih menghormati agama yang dianut oleh Arfana. Tidak tenang hatinya melihat keadaan Arfana sejak datang ke sini. Gadis itu seolah olah terlalu sedih.

" I tak boleh sentuh you kalau keadaan tak darurat, Ana. So, stop crying. I tak boleh sapu air mata you, I tak boleh peluk you. I hanya mampu lihat sahaja. Hati I terhiris bila tengok keadaan you macam ni, please" Theo memegang dadanya yang terasa perit melihat air mata Arfana jatuh berderai.

" It's been a while, Theo. I can't imagine how bad my life will be if I lose two of you. Cinta and Theo are incomparable."

" No. Jangan fikirkan kami buat masa sekarang. It's your life, Honey. Fight for your life. You tak boleh jadi usahawan semata-mata. You perlukan peneman dan pewaris. Please, Ana. I nak tengok you bahagia. Kalau bukan dengan Aariz, then dengan someone else. I don't mind asalkan you bahagia. Follow your heart"

" Listen, I am here. Jangan tahan lagi perasaan itu. You layak bahagia dengan sesiapa pun you nak atas dunia ini. Cinta itu best bila kita sayang dan cintakan orang itu. Kita akan rasa dihargai, disayangi dan dilindungi. You tak akan rasa sunyi lagi after that. Trust me, you will thank me later."

Dada didabik setelah menutur ayat terakhir buat gadis itu. Arfana pula masih memikirkan ayat untuk membalas.

" You know what, I can see that he was a soul for your soul. You were different when we talk about him"

" Who?"

" Aariz. Buat-buat tanya pula" Jawab Theo dengan senyuman manis.

" And you know what, Theo? God's Gifts for friendship are beautiful and you are the most beatiful one. Thankyou. Thankyou for the talk. Thankyou being here with me." Kali ini, Theo pula yang menahan air mata dari menitis. Mata kehijauannya berkaca mendengar ucapan dari Arfana.

" I love you, Ana. I love Cinta. I love myself. I love our friendship."

Arfana mengangguk mengiyakan kata-kata dari Theo saat ini. Hiba hatinya mendengar segala ocehan Theo. Mulut ditekup dengan tangan supaya esakan tidak terhasil kuat. Theo pula mengesat hujung mata yang sudah merah.

" I love us too, Theo. Cinta Mawar, Theo and Arfana Faiqa. I really do"

OG | | MEJAR'S CODE G28Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang