34' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

190 21 0
                                    

Sentuhan bercorak alunan pada kulit tangannya di tepis seperti menepis lalat di dapur. Bunyi tawa kecil dan desahan nafas terasa dekat dengan wajahnya. Mata dibuka tapi tatapannya hanya kosong. Yang muncul hanyalah kegelapan yang tidak terbayang dari segi apa pun.

" Assalamualaikum Isteri Kesayangan Farras. Selamat pagi."

Arfana memutar bebola mata ke sebelah kanan. Dia yakin bahawa Aariz ada di sebelah kanannya berdasarkan bunyi suara. Badan dinaikkan secara perlahan menghadap Aariz yang sedang membantunya bangun saat ini.

Jari jemari mulusnya naik ke wajah Aariz. Dari dahi hingga ke dagu.

" Ini Abang, Sayang. I'm home."

" Bukan mimpi kan? Farras?"

" Yes, Flower. Ini Farras, Suami awak Sayang." Dia tangkap tangan Arfana lalu dibawa ke bibir. Membiarkan jemari mulus itu menerima kehangatan dari bibirnya.

" Awak dah balik."

" Ya, Sayang. Saya dah balik."

Aariz merenung wajah Arfana dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah sekali pun terdetik dalam hatinya untuk meninggalkan gadisnya terkontang kanting seorang diri.

" Awak luka. Kenapa?" Soal Arfana bila teringatkan sentuhan pada wajah Aariz tadi.

Ada satu garis berparut agak panjang pada bahagian tepi kening suaminya. Pada mulanya dia tidak yakin itu adalah luka tapi bila Syed Aariz mendesis saat dia menyentuh lebih lama, dia yakin bahawa itu adalah luka yang belum sembuh.

" Not a big deals, Sayang. Luka biasa je." Jelasnya perlahan.

" Nanti kita pergi lazer parut tu ya? Kita buang." Aariz menggeleng menolak tawaran Isterinya.

" Tak, Sayang. Ini bukti kesetiaan pada kerja Abang. Sayang Malu ke muka Abang berparut?" Arfana senyum nipis.

" Takkan pernah. Abang malu ke ada isteri buta macam saya?" Wajah Arfana di pegang dengan kedua belah tangannya.

" Kan Abang pernah cakap yang kita ni memang berjodoh sejak dulu. Sampai sekarang pun kita masih ada persamaan. Parut Abang dekat Mata, Sakit Sayang dekat Mata. Isn't that obvious?" Ciuman dilabuhkan pada pipi gebu Arfana.

" Saya dah tak Nampak. Dah tak boleh tengok awak." Bergetar suaranya memberitahu perkara yang sudah Aariz tahu.

" Tengok Abang pakai Hati, Sayang. Biarpun mata awak dah tak boleh guna tapi hati Sayang masih berfungsi."

Sakit hatinya bila sang isteri terus mengulang kekurangannya itu. Namun sakit lagi bila memikirkan siapa penyebab isterinya perlu menghadapi luka yang begitu dalam seperti ini. Kata Doktor, Aariz perlu bijak mengawal keadaan dan emosi Arfana. Saat ini, Arfana sedang berada di fasa paling rendah dalam hidup. Dia sedang merasa gagal untuk meneruskan hidup. Kerana itu, dia sanggup buat apa saja untuk Arfana walaupun perkara paling bodoh yang perlu dia buat. Demi Isteri tercintanya, apa rintangan pun akan dia hadapi.

Mengingatkan hal itu, Air mata jatuh tanpa sempat ditahan. Meskipun Arfana tidak Nampak tapi dia yakin Arfana tahu yang dia sedang menangis saat ini. Buktinya, tangan mulus itu naik menepis setiap titis air matanya yang jatuh. Semakin kuat tangisannya di hadapan Arfana Faiqa.

" Ada masa, kita perlu ungkapkan segalanya melalui tangisan. Jadi, menangislah. Saya akan sentiasa ada untuk usap air mata awak." Ujar Arfana lembut.

Syed Aariz menjatuhkan kepala atas bahu isterinya. Melepaskan tangisannya yang sudah lama terpendam. Menceritakan beban yang dia pikul sejak lama melalui tangisan.

" Sayang..."

" Ya Abang?"

Bibir masih terkunci mahu menerangkan apa yang terbuku di hati. Yang Aaruz tahu, dia gagal. Dia gagal dalam segala hal. Dari isu kerja hingga ke rumah tangga. Dia gagal.

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now