28' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

202 12 0
                                    

Hari berganti hari, jiwa mula meronta tidak tahan apabila adik ipar semakin menggila. Hari ini saja dia dengan beraninya sudah menceroboh bilik Arfana saat dia sedang memasak di bawah. Semua frame gambar suami dan Arfana dihempas tanpa sebab yang munasabah. Bunyi kaca telah membuatkan Arfana naik ke tingkat atas dengan langkah tergesa-gesa.

" Adyan!"

Mulut mendesis pedih bila tapak kaki terpijak serpihan kaca namun dia tetap berlari menerpa Adyan lalu merebut frame gambar terakhir di tangan adik iparnya. Telapak tangan naik menampar pipi Adyan hingga celahan bibirnya mengeluarkan cecair merah.

" Apa yang kau buat ni? Kau dah gila ke?"

Anak mata Adyan naik menikam ke dalam mata Arfana bersama amarah menggebu-gebu.

" Aku benci tengok gambar dia dengan kau." Ternganga mulut Arfana mendengar alasan tidak masuk akal itu.

" Kau-" Belum sempat Arfana memulakan ayat, Adyan sudah melekapkan jari telunjuknya pada permukaan bibir Arfana. Dengan pantas jari jejaka itu ditolak Arfana.

" Aku cintakan kau. Tolonglah! Takkan sikit pun kau tak mahu terima aku? Sumpah. Aku cintakan kau sangat, Faiqa." Bercantum keningnya mahu meyakinkan Arfana tentang perasaannya saat ini.

Arfana menggeleng kecewa. Dia sendiri terkedu dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu. Bukan sahaja kerana kata-kata cintanya tapi kerana dia seperti tidak sedar bahawa Arfana adalah isteri kepada abang kandungnya sendiri. Arfana yang berdiri di hadapannya saat ini adalah kakak iparnya sendiri.

" Yan. I am your sister-in-law. Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Kalaupun aku bukan kakak ipar kau, aku isteri orang. Kau kena terima kenyataan itu. I am a wife. Your brother's wife. Kenapa payah sangat kau nak faham ni Adyan?" Arfana cuba membalas dengan nada tenang walaupun sekarang ini amarahnya meluap-luap.

Tuhan, tolong sabarkan aku supaya dapat mengawal emosi terhadap Syed Adyan Al-Fateeh ini.

Tuhan! Tolong kuatkan aku.

" Aku dah cakap kan. Kau milik aku saja Faiqa. Kau tu, kenapa kau susah sangat nak faham? Pandang aku! Tengok muka aku. Kau fikir aku bergurau?" Dagu Arfana ditarik menghadapnya.

Arfana menolak tangan kasar Adyan tapi tenaga lelaki itu terlalu kuat. Dia mendengus kasar bila dia dipaksa untuk menghadap Adyan tanpa rela. Lebih lebih lagi bila kulitnya disentuh tanpa berlapik oleh lelaki itu.

" Kau ni bodoh ke Yan? Kau Nampak bodoh sangat sekarang ni Adyan. Dah tak kenal Dosa Pahala dah? Ikut kepala otak biul kau je nak paksa-paksa aku suka kau, dah kenapa?!" Tempelak Arfana tepat di hadapan muka Adyan.

" Uh, merecik air liur." Sambung Arfana sambil mengelap bibir yang terasa basah.

" Yang bodoh tu kau. Sebab dah suka dekat mamat sewel tu!"

" Mamat sewel yang cakapkan tu Suami Aku!" Balas Arfana dengan menekan perkataan suami itu kuat.

" Suami?"

Pergelangan tangan Arfana ditarik kuat hingga dia mendesis buat kesekian kalinya. Sudahlah sakit pada tapak kaki, ditambah pula pergelangan tangannya. Kaki terpaksa diheret bersama rasa pedih bila Adyan menarik tangannya keluar dari bilik.

" Suami kau tak akan tahu apa yang bakal terjadi harini."

" Sakitlah Adyan!" Tangan cuba direntap tapi pegangannya semakin ketat.

Adyan menarik dia menuruni tangga dengan langkah paksa. Mahu memanggil umi tetapi umi sudah keluar sejak awal pagi tadi.

" Sakit? Sakit lagi hati aku." Adyan menjawab dengan bibir diketap.

" Siapa kesah dengan sakit hati kau tu! Lepaskan aku lah!" Arfana menolak badan Adyan menjauh namun tidak boleh.

" Ikut jelah perempuan! Kau nak jatuh ke?" Memerah matanya memandang Arfana.

Arfana menepuk-nepuk badan Adyana kerana badannya sudah sakit-sakit. Sedikitpun dia tidak menghiraukan apa yang diperkatan oleh Adyan. Sehinggalah Adyan berhenti secara mendadak. Arfana mendongak memandang adik iparnya yang sudah seperti singa kelaparan. Liur ditelan kesat melihat mata garang Adyan.

" Kau ni memang degil kan?" Arfana melawan panahan anak mata Adyan.

" I am."

" Kenapa aku perlu jatuh cinta dengan manusia sedegil kau, Faiqa? Kenapa Tuhan bagi aku rasa ini pada aku?"

" I don't know what to say but-, we cannot be together. Kita bukan ditakdirkan untuk menjadi pasangan."

Adyan mengetap bibir. Kenyataan itu sungguh mencucuk di segenap jantungnya. Seperti Duri yang sengaja di letakkan di hatinya. Kenapa? Kenapa rasa ini perlu wujud? Dan mengapa rasa ini perlu wujud untuk wanita sehebat Arfana Faiqa?

Tajam sungguh kata-kata wanita pujaannya itu buatnya yang sudah berusaha mengatakan rasa cinta yang ikhlas buat wanita itu. Mata dikerdip menahan air mata yang sudah memanas pada tubir mata.

" I do love you, Faiqa."

" I do not, Adyan"

" Tak ada sedikit pun ruang untuk aku ke? Untuk kita?"

" We will not. I love my husband. Syed Aariz Al-Farras."

Berkerut dahi Adyan. Mengapa perlu ada nama lelaki itu disetiap bicara Arfana. Hatinya terasa terbakar mendengar suara indah Arfana Faiqa menyebut nama abangnya sendiri. Kerana terlalu geram dan marah, dia bertindak melulu tanpa berfikir panjang.

Tanpa dia sedari, tangannya telah melepaskan pegangan pada pergelangan tangan Arfana lalu ditlaknya tubuh kecil itu jatuh ke bawah. Arfana melayang ke separa udara bila badannya tidak bersentuhan dengan anak tangga sebelum jatuh tergolek hingga ke bawah. Suara seakan tersekat dikerongkong kerana terkejut dengan aksi tidak terduga oleh Adyan.

Badan bagai dipijak-pijak oleh tangga hingga akhirnya kepala terhantuk kuat pada pasu bunga besar milik Umi. Yang dia fikirkan sekarang cumalah Suami dan Keluarga tercinta sahaja. Nyawa terasa di hujung tanduk. Tidak ada perkara yang mampu dia fikirkan kecuali wajah-wajah Syed Aariz dan keluarganya sahaja.

Darah mengalir laju di atas lantai. Dan saat itu lah Adyan baru tersedar akan perbuatannya yang hampir menjadi pembunuh keluarga sendiri.

" Farras..." Bisiknya perlahan.

' Tuhan, Aku dah nak mati ke?' 

Sudah seperti manusia tidak waras, Adyan berlari menuruni tangga ke arah Arfana. Badan Arfana dicempung.

" Ini balasan untuk orang degil macam kau. Dan aku akan pastikan hari ini hari terakhir kau tengok dunia."

Tiada perasaan gentar sedikit bagi Adyan. Malah dia merasa puas dengan apa yang berlaku sekarang. Sekurangnya dia sudah mencuba menarik Arfana mengikutinya secara baik tetapi wanita itu sendiri yang memilih untuk menjalani jalan hidup begini.

Tubuh itu dihempap ke dalam kereta tanpa memikirkan Arfana yang kesakitan. Pandangan Arfana sudah kabur tanpa boleh dibawa bincang lagi. Kosong. Kelam. Gelap.

Pipi Arfana ditepuk berkali-kali bila wanita itu diam tidak berkutik.

" Oii! Dah mati ke?" jari telunjuk diletakkan di bawah hidung dengan terketar-ketar. Takut juga kalau Arfana meninggalkannya begitu sahaja.

" Jangan mati lagi. Kita belum ada banyak kenangan."

Terasa hembusan nafas Arfana tersangkut-sangkut. Sekejap ada dan sekejap hilang. Pedal minyak ditekan tanpa memaikan tali pinggang keledar buat Arfana.

Berdecit-decit tayar memotong kereta yang ada di jalan raya. Bunyi Hon bergema disetiap perjalanannya. Tapi Adyan adalah Adyan. Dia hanya ketawa seperti orang gila seakan sedang bahagia bersama Arfana Faiqa saat ini. Matanya sentiasa berpusing memandang wajah indah wanita pujaannya itu. 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now