↭CHAPTER DUA↭

1.1K 107 23
                                    

Jari runcing yang mengepit puntung rokok itu mengetuk-ngetuk permukaan meja dengan perlahan-lahan saat empunya badan termenung melemparkan pandangan ke luar cermin kaca restoran menarah bertingkat 30 itu

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Jari runcing yang mengepit puntung rokok itu mengetuk-ngetuk permukaan meja dengan perlahan-lahan saat empunya badan termenung melemparkan pandangan ke luar cermin kaca restoran menarah bertingkat 30 itu. Asap dari puntung itu menerawang sekitar ruangan private tersebut.

Mata berona coklat terang dan oren ombre itu berkedip satu kali selepas beberapa saat berlalu. lalu jari tadi dibawa ke atas. Puntung rokok itu di sedut asap berbahaya tersebut dengan perlahan sebelum di hembus keluar kemudian.

"Tuan Izan Aramis?"satu suara lembut menyapa dari tepi meja tidak lama kemudian.

Seorang wanita berdress merah yang disarung sama kot labuh beige mengambil tempat di kerusi bertentangan dengannya. Rambut panjang keperangan para dada wanita itu di toncang kemas ke tepi. Sebelum Wanita itu memberi senyuman lebar di balik bibir bergincu merahnya.

"Maaf kerana lewat. Ada mesyuarat yang perlu saya hadiri sebentar tadi sebelum ke sini." ujar wanita itu dengan mesra. Dia melirik akan lelaki segak bertatu di depannya dengan minat.

Segak penampilannya. Rambut berkilat itu di sisir kemas, bau wanigan yang dipakai lelaki tersebut menenggelamkan bau asap rokok yang disedut. Tapi sayang seribu kali sayang, lelaki di hadapannya ini bukan la calon pasangan yang selamat untuk dijodohi.

Izan menonyoh puntung rokok tadi pada bekas khas yang tersedia sebelum duduk selesakan diri lantas berkata. "Kau pasti Cik Aviona, anak perempuan Senator Smith."

"Ya...betul tu. Saya datang mewakili beliau atas urusan yang kalian berdua telah termetraikan." Wanita itu tunduk mengeluarkan sesuatu dari handbag lalu di tolak atas meja itu ke arah Izan. "Seperti yang dijanjikan. Sekiranya pihak awak bantu ayah saya dapatkan posisi sebagai Menteri Pertahanan, beliau akan beri ganjaran kepada awak sebagai bayarannya."

Mata berbulu mata lentik Izan gerak memandang sampul coklat yang di sua kepadanya. Dia pandang buat sesaat sebelum Kembali memandang ke depan."Ganjaran seperti apa?"soalnya.

Hujung bibir Wanita itu terjungkit. "Disebabkan ayah saya telah dinaikkan sebagai Menteri Pertahanan, beliau telah mengarahkan beberapa buah agensi siasatan untuk tidak cuba masuk campur urusan perniagaan Keluarga Orena Vicenzo sepanjang waktu dia berkhidmat."

Izan berdengus kecil selepas mendengarnya. Bibir mengukir senyuman mengejek. "Selain itu?"

"Ada sesuatu yang awak hendak tambahkan dalam perjanjian ke?"

Perlahan-lahan, Izan gerak dari sandarnya lalu sondong ke depan. Mendekatkan wajahnya pada wanita cantik yang duduk sopan di seberang mejanya itu. Menggunakan smile killer dan renungan menggodanya, dengan gemersik dia berbisik. Aku mahukan ayah kau jalankan Siasatan terhadap Organisasi Rahsia Keluarga Belaruz Mariano."

Tersentak kening wanita itu selepas dengar. Kelihatan seperti baru mendengar suatu yang mengejutkan.

"Aku nak ayah kau hapuskan keluarga tu menggunakan kuasa dia..."tambah Izan. "Dan sekiranya dia gagal. Aku takkan ragu-ragu untuk dedahkan segala urusan dan kegiatan gelap ayah aku pada semua orang...." ujar Izan sewaktu bangun dari situ. Dia capai sampul tadi lalu di semat masuk ke poket kot dalamnya.

Wanita itu ikut dongak memandang Izan apabila lelaki lampai tersebut berdiri melangit menghadapnya. Kelu lidah dia hendak berkata kerana permintaan dan ugutan Izan itu.

"Tapi bu-"

"Aku tak nak dengar apa-apa alasan dari pihak kau. Aku dah tunaikan janji aku. Dan sekarang giliran ayah kau untuk,tunaikan janji dia pada aku."

Izan berpaling dari situ. Dia melangkah jauh meninggalkan Aviona di meja makan tersebut terus ke pintu lif.

Setibanya dia di lobi utama, Izan disambut oleh pengawalnya. Mereka jalan seiring dengan Izan untuk hantar lelaki tu ke kereta yang valet telah sediakan awal di pintu tersebut.

Masuk sahaja Izan dalam perut kereta, pemandu terus bawa mereka ke jalan raya utama tanpa berlengah.

Tersandarlah Izan sekejap di kerusi saat pandang keluar kereta memerhatikan objek yang berlalu sepintas laju melepasi kenderaan ketika itu.

"Bagaimana urusan tadi tuan?"soal orang kanan Izan, Mael di sebelah seat pemandu. Lelaki berambut kerinting tetapi pendek dan mempunyai parut panjang di tulang pipi sebelah kanannya.

Izan tidak menjawab.

"Adakah mereka bersetuju dengan permintaan tuan tadi?"tanya Mael lagi yang kali ni dia toleh ke belakang sebab nak tengok bos dia kenapa tak nak menyahut soalannya tadi.

Terus memejam mata Izan sejurus itu. Dia silangkan tangan ke dada seakan tidak puas hati. "Aku baru cadangkan. Belum confirm yang dia orang akan setuju atau tak.." jawabnya tidak lama mendiamkan diri.

Kening Mael berkerut."Hmm...susah payah kita tolong orang tua tu, senang-senang aje kacang lupakan kulitnya.." dia kembali pandang ke depan selepas itu.

Izan tidak mengatakan apa-apa lagi. Dia hanya diam memejamkan mata sebelum tangannya hinggap di tepi perut kiri dimana pinggang kirinya berada. Dia cengkam perlahan tempat itu dengan kening berkerut.

Tanpa disedari kereta yang mereka pandu sudahpun tiba di destinasinya. Izan sedar soal itu. Jadi tanpa menunggu dirinya di beritahu, dengan sendiri dia membuka mata. Memalingkan kepala ke arah seberang jalan dimana sebuah restoran diner kecil berada.

"Tuan nak keluar ke?"soal Mael di depan.

Izan diam. Dia turunkan cermin kereta lalu memandang ke arah dinding kaca restoran tersebut dengan renungan dingin.

Ya.

Di dalam premis itu, adanya seseorang yang telah menyelamatkan nyawa dia dua tahun lepas. Dan selama dua tahun juga dia intip penyelamatnya ini. Ibarat stalker sejati.

Segala latar belakang dan profile telah Izan selidiki.

Oleh kerana itu, Izan tidak boleh hendak mendekati apalagi menemui penyelamat dia itu.

Kenapa?

Yalah...

Mengenangkan dirinya ini siapa, Izan sedar.

Sebab, Izan adalah mafia berbahaya. Malah musuh ketat Keluarga Orena Vincenzo.

Mendekati orang yang menyelamatkan dia ini ibarat gali kubur tanam sendiri.

Masalahnya sekarang, persoalan yang bermain dalam kepala dia saat ini benar-benar buatkan dia separuh gila sebab nak tahu!

Jawapan ada dekat depan mata, tapi tak boleh nak buat apa-apa!

Ibaratnya macam orang nak bersin tapi tak jadi. Perasaan frustnya macam tu la yang Izan rasakan.

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
42. Black Heel dan AmericanoDove le storie prendono vita. Scoprilo ora