✧*̥˚CHAPTER DUA PULUH*̥˚✧

653 86 11
                                    

Perlabuhan Coral Blue. Nama itu tertarah besar dan jelas di papan nama yang terpacak pada laluan masuk Utama kawasan perlabuhan itu. Empat buah SUV hitam dipandu laju memasuki kawasan tersebut sehingga la tiba di hadapan sebuah kapal kargo yang berlabuh di tepi jeti. Di tepi kapal itu sebuah lori muatan berat berwarna silver siap di parkir dan dikawal oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan senapang. Dua buah kereta hitam Mercedes turut berada di situ.

Mereka yang sedia menanti perhatikan sahaja enam buah SUV tersebut berhenti dalam satu barisan menghadap mereka di situ. Dengan serentak ke semua penumpang yang kesemuanya berjumlah 20 orang mulai berkumpul dan memenuhi tempat tersebut.

Di dalam SUV keempat, duduknya Artemis di dalamnya. Sedang bergelut mencari sesuatu dalam beg tangan yang dibawa. Habis segala isi di tuang pada seat penumpang belakang itu.

Jam di dashboard beritahu waktu sudah masuk 2 pagi. Sudah empat jam sejak shif dia tamat di restoran Sabrina dan pertembungannya dengan Izan tadi.

Seperti yang diberitahu Angelo mengenai pertemuan dengan dealer bahan senjata api, Artemis terus lakukannya kerana permintaan sepupunya itu. Nak tak nak kena lah jugak dia buat!

           "Mana la aku letak ni?"peluh dingin merintik di sekitar dahi Artemis ketika dia waktu itu sedang dalam kesakitan akibat terlepas makan ubatnya kerana sibuk dengan kerja di restoran tadi. Hampir lima jam dia tidak mengambil ubat penahan sakitnya itu.

Knock!

Knock!

Ketukan pada cermin kereta di seat pemandu itu buatkan Artemis melompat terkejut. Dia dengan laju pandang ke balik kaca tinted tersebut.

           "Ya!Sekejap!"laung Artemis semasa cuba cari botol ubatnya tapi tiada juga di dalam simpanannya. Nak tak nak terpaksa la dia tahan sakit semasa buat deal nanti! Segala sepahnya tadi dikemaskan cepat-cepat sebelum pintu kereta di buka.

Jejak sahaja kakinya ke jalan tar itu, rasa bisa yang menyengat pada seluruh otot badan buatkan kepala dia berpusing dan tekaknya mula mual!Dalam kepala dia dah siap buat note. Next time kena lock alarm sebagai peringatan u tuk tidak skip makan ubat! Kalau macam ni hari-hari tahan sakit!Barai doe!

            "Mana brief case tadi?"tanya Artemis kepada Rupert, teman lelakinya yang menjadi pengiring dia waktu itu.

            "Ada..."serah Rupert kepada Artemis akan dua buah briefcase yang mengandungi plak emas bernilai 20juta. Ya. Dia ke situ bukan hendak berurus niaga. Tapi hendak bersihkan 'sepah' yang Angelo cipta. Kenapa?Kerana dua minggu dari sekarang mereka perlu fokus pada penyeludupan senjata haram bernilai 100ribu juta. Untuk itu mereka perlu elakkan konflik dari pihak Orena Vicenzo supaya mereka tidak rosakkan pelan mahal dia nanti!

Artemis mengangguk kepala faham. Dia kemudiannya maju ke hadapan tanpa rasa gentar walhal waktu itu dirinya sedang dalam kesakitan. Sudah berlecak rasanya belakang badan dan celah kelangkang dia kerana begitu sejuk namun berpeluh-peluh!

             "Good evening gentlemen.."sapa Artemis terlebih dahulu kepada lelaki yang bercermin mata tetapi ada sedikit kesan luka seperti di pukul pada muka itu. Senyuman mesta terpaksa di ukir.

Mata lelaki bercermin mata itu kelihatan takut. Dia pandang Artemis lalu ke kiri kanannya dengan cemas. "Dimana Angelo?Saya ingatkan dia yang akan deal dengan bekalan senjata api ni?"

           Suara lelaki itu buatkan kening Artemis berkerut. "Are you okay?Kenapa muka macam orang sembelit ni?"selorohnya ingin tenangkan lelaki yang Mungkin takut buat deal ni.

           "Tak....ini tak sepatutnya terjadi....dia janji dia yang akan datang sendiri..bukan orang lain.."dealer itu menggeleng kepala penuh ketakutan.

42. Black Heel dan AmericanoDonde viven las historias. Descúbrelo ahora