CHAPTER ENAM PULUH TUJUH

482 78 3
                                    

           "Hei...dengar sini...ada perkara penting yang aku nak beritahu.."nafas yang tertahan-tahan seperti sedang dalam kesakitan kedengaran dari dalam panggilan.

          "Kenapa ni Ketua?"

          "Pertama, aku dah tahu punca kematian ibu dan ayah aku. Semuanya berpunca dari salah faham yang dicipta oleh Orena Vicenzo lama dulu. Disebabkan salah faham tu, Elio Benjamin, kawan baik Angelo menjadi mangsa Orena Vicenzo. Untuk balas dendam perbuatan orang tua tu, Elio bunuh Orena Vicenzo. Tapi ibu dan ayah aku tanggung kesalahan Elio untuk elakkan si Elio tu mati memandangkan Elio tu kawan baik si Angelo...sayang punya pasal dekat anak saudara, ibu dan ayah aku pun mati terbunuh di tangan Izan."

          "Hah?Serius la?Dari mana ketua tahu semua ni?"

          "Si Angelo tu hah...mabuk malam tu...terlepas cakap pasal ni dekat akutapi itu bukan soalnya. Soalnya sekarang, hal kedua ialah, aku dah rancang pelan gila yang mana buatkan Angelo, Izan dan Elio tu berjumpa dalam masa yang sama. Tak tahu la apa yang akan terjadi. Entah mati entah hidup...tak tahu lagi. Jadi apa aku nak kau buat, kalau aku tak balik ke markas, aku nak kau dengan yang lain sembunyikan diri. Jangan sampai kena tangkap...dengan mana-mana mereka tu.."

           "APA?KETUA BUAT APA?"

           "Well...rancangan asal aku cuma nak balas  dendam atas kematian ibu dan ayah aku...sebab itu aku hantar Angelo temui si Izan tu biar dia orang saling berbunuhan ke apa...sekali tu lepas aku tahu hal sebenar tak jadi la pulak..tu pasal aku hantar Elio ke tempat dia orang berdua...incase la kan...dia orang hidup mesti la dia orang akan cari aku sebab jelas-jelas mastermind pertemuan dia orang tu berdalangkan aku.....Angelo mesti mengamuk teruk.."

          "Ketua tak balik?Habis tu ketua nak ke mana?"

          "Sss.."suara Artemis berdesis kesakitan semakin jelas kedengaran. "Ahh...aku tak ada masa banyak ni. Kau ikut aje kata aku!"

         "Ketua...jangan la macam tu...beritahu la.."

          "Ish...kau ni!

          "Aku nak mati...kalau tak ada khabar berita dari aku...cari la aku dekat mana-mana hospital. Tuntut mayat aku dekat situ.."



          "Saya tak tahu tuan.."

          Angelo berdengus pendek. Dia pandang mengejek ke muka berlebam itu. "Tak tahu?Kau sure?"dia menekan bilah pisau itu ke batang leher lelaki tersebut dengan kuat hingga buatkan darah mula mengalir dari situ.

          Tiba-tiba seorang daripada mereka di situ bertempik kuat kerana risau akan keselamatan rakan mereka itu. "Saya beritahu...saya beritahu!!!!"

Tersentak terus kepala Angelo dan beberapa orang di situ. Mereka pandang seorang lelaki berbadan buffy mengesat keluar dari barisan di situ dalam keadalan melutut dan tangan terikat di belakang. Badan dipenuhi dengan kelaran dan kesan lebam.

          "Dua hari lepas...kami cuba cari ketua Artemis...menggunakan klu dia iaitu di hospital...kami cari seluruh hospital yang ada dalam bandar ni.."

          "Ben!"teriak lelaki yang didalam cengkaman Angelo.

          "Kau diam!"arah Angelo sebelum mencampak tubuh itu terbaring ke lantai lalu menginjak kepala tu tanpa belas. Lantas memandang semula lelaki buffy tadi semula. "Hospital?"soalnya dengan kening berkerut.

           "Jangan Ben!!!"minta lelaki yang dipijak oleh Angelo.

            "Ya...di hospital.."dengan cemas lelaki buffy itu pandang ke kawan baiknya. Dia tidak mahu lihat kawan baiknya itu mati di tangan bos besar mereka. "Ketua Artemis...dia ada di hospital Besar Universiti Clarkson..."

Terbaring lemah dibuatnya orang kanan Artemis itu lepas dengar kawannya beritahu. Hilang terus rasa sakit yang dia rasai kerana begitu kecewa.

             Perlahan-lahan Angelo menurunkan kakinya     dari kepala itu dan bergerak ke arah Ben dalam keadaan terkesima. "Selama ni Artemis ada di situ?"

              Lelaki buffy itu mengangguk kepala. "Kami ingatkan dapat cari mayat dia ke apa ke sebab dia cakap dia nak mati...sekali lepas kami cari rupa-rupanya dia menerima rawatan di hospital tu.."

             Setiba di depan lelaki itu, Angelo mencangkung ke bawah. Setaraf mata dengan anak buah Artemis itu. "Rawatan apa?"tanya dia.

"Cukup Ben!"arah orang kanan Artemis dengan lemah. "Kau janji dengan aku!"

Lelaki buffy itu berkerut kening susah hati saat mengerling ke sahabatnya itu.

           "Boleh tak jangan nak berdrama...jawab aje la!Kang kau orang dua aku sula!"marah Angelo.

Orang kanan Artemis memejam matanya kerana tidak mahu dengar apa yang bakal di dengarkan sebentar nanti.

          "Tuan...sebenarnya ketua Artemis sakit. Dia selama ni simpan rahsia dari kami semua. Kalau kami tak jumpa dia di hospital dan berbual dengan dia tempoh hari...memang kami takkan tahu.."

Riak wajah tegang Angelo berubah serta merta selepas dengar. Pisau belati yang dipegang erat tadi mulai longgar dalam cengkaman.

          "Ketua Artemis dia hidapi kanser darah...pihak hospital terpaksa tahan dia untuk terima rawatan memandangkan sel kanser dia mula merebak..sebab itu tuan tak dapat temui ketua Artemis."

Terduduk kebelakang terus Angelo lepas tu. Lelaki itu begitu tergamam yang amat sangat sampai tiba-tiba aje dia tak tahu nak bernafas dengan betul.

Anak buah Artemis yang lain hanya mampu tunduk memandang ke bawah dengan perasaan kesal yang tidak berbelah bahagi. Mereka semua cuba sembunyi dengan baik. Menyorok daripada tertangkap demi menyembunyikan rahsia ni. Namun apakan daya!

Tanpa Artemis di sisi mereka, mereka semua hanyalah anak ayam kehilangan ibu mereka!

Sesat tidak berdaya!

             "Tuan....."panggil anak buah Angelo saat mendapatkan lelaki itu dari lantai setelah jatuh terduduk di situ akibat terkejut.

Dengan reaksi tergamamnya Angelo yang begitu shock hanya mampu memandang sekitarnya dengan bingung.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now