↭CHAPTER TUJUH↭

746 87 6
                                    

Detak tumit tinggi menghuni ruangan yang lengang dan tegang Angelo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Detak tumit tinggi menghuni ruangan yang lengang dan tegang Angelo. Bau asap cerut boleh dihidu serta merta selepas jejak kaki ke ruangan itu. Masuk sahaja di situ, perkara pertama yang menyapa pandangan adalah meja kayu mahogany yang terletak betul-betul di tengah antara dinding dan cermin kaca di situ.

Di kiri kanan meja itu terdapat set sofa tiga seat yang berkilat berwarna merah merun buatan tangan dari Itali. Tengah antara set sofa terbentangnya permaidani yang serona dengan set sofa. Permukaan lantai itu semuanya berlapikkan kayu mahogany mahal.

Tiga lelaki berdiri di sebelah kanan dengan kedua-dua tangan di depan perut, sementara dua orang lelaki dan seorang perempuan lagi berdiri di tepi belakang meja kerja Angelo.

Dan perempuan itu tak lain tak bukan Verena sendiri. Mulut wanita itu masih ke biruan dan telah bertampal dengan plaster muka di bahagian atas bibir. Muka berlagak yakin tersemat pada wajahnya saat dia perhatikan perempuan yang kemas mengenakan dress labuh paras lutut berwarna biru gelap cekak leher dan bersanggul itu berjalan masuk ke pejabat.

Dareen orang kuat dan suruhan Angelo yang berdiri antara tiga orang lelaki sebelah kanan palingkan kepala untuk memandang Artemis apabila Angelo bangun dari duduknya di belakang meja tu.

"Selamat pagi tuan.."ucap Artemis setelah berdiri di depan meja lelaki itu. Tangannya ada di belakang badan.

Angelo mematai Artemis dari atas ke bawah sebelum turun ke high heel hitam yang berkilat milik wanita itu. "Kau tahu kenapa kau di panggil ke sini?"

Mata Artemis melirik ke Verena sebelum ke Angelo lalu dia mengangguk kepala. "Ya."

"Why the f*ck you work as waitress if you already work for me?Kebulur sangat ke?Tak cukup gaji yang aku bayar dekat kau selama ni?"tanya Angelo dengan muka tak puas hatinya. "kalau tak cukup beritahu...aku tambah...yang kau susah-susah kerja dekat restoran kecil dekat bandar tu buat apa?"

Semua di situ memandang Artemis apabila Angelo mula meninggikan suara. Masing-masing pandang dengan renungan penuh maksud tersendiri.

"Kalau kau tunjuk hero depan anak buah aku, apa kata orang lain kalau dia orang dapat tahu kau berani menentang arahan aku sendiri Artemis?Memangnya kau dah tak respect aku sebagai bos kau?Huh?"

Masih tidak menjawab Artemis diam di situ sambil memandang wajah tegang Angelo. Sulit untuk dia jelaskan dari awal kepada Angelo yang dia langsung tidak menyentuh duit yang diberikan kepadanya. Dan niatnya untuk tidak mahu meneruskan perkerjaan ini. Sebab Artemis tahu peraturan dalam dunia mafia, sekali kau join sampai mati kau join. Kalau nak keluar kena siap sedia untuk dibunuh atau di skin hidup-hidup. Sebabnya kalau dah join satu Organisasi tu rahsia perlu di jaga. Jadi nak keluar atau berhenti macam itu saja bukan mudah!

"Dah bisu terus?"soal Angelo sambil memukul permukaan meja dengan marah.

Artemis melepaskan hela nafas panjang bersedianya sebelum dia berkata. Salah cari pasal la wei!"Kalau macam tu apa kata tuan sendiri jelaskan kepada Verena apa hubungan sebenar kita berdua supaya dia berhenti ganggu kerja dan hal saya hanya kerana perasaan jelous dia tu?"dalam hati dia sudah menarik senyuman penuh kemenangan.

Terbutang mata Verena bila Artemis berkata begitu. Dia dengan lekas memalingkan kepala ke arah Angelo sebelum kembali memandang Artemis memarahinya. "Apa kau merepekkan hah!"

Artemis menyilang tangannya ke dada lantas memandang Verena dengan renungan mencabarnya. Nak cari pasal biar dengan orang yang sama tanding sis!Kalau cuma budak cengeng yang sekejap-sekejap nak complaint nak mengadu domba, maybe kena cari Shin Chan untuk bergaduh kut bukan dengan dia!

"Kan kau kata dekat aku hari tu...aku ni perempuan jalang dan murahan yang tidur dengan Angelo semata nak dapatkan perhatian dia dan kuasa dari dia...sebab itu kau cari pasal dengan menganggu hidup aku...ni dah ada depan mata, apa kata kau tanya sendiri apa hubungan kami berdua supaya kau takkan cemburu lagi..."bibirnya di juih ke Angelo.

"The f*ck?"Angelo pandang tak percaya ke Verena apabila dengar kenyataan Artemis. "Apa semua ni Verena?"

Dareen yang berada di situ sudah membuat muka 'fuhh...burn' saat hendak ketawa bila dengar tomahan Artemis. Menyesal dia tidak rakam situasi itu, kalau dia rakam mahunya kecoh satu pangkalan ini nanti.

Verena terus menggeleng kepala. Memandang Angelo dengan reaksi cuak nak terkucil. "Tak tuan....saya tak pernah cakap macam tu. Artemis yang ganggu kerja saya...saya tak pernah tuduh tuan ada hubungan dengan Artemis atau cemburu.."nafinya dengan bersungguh.

Seriously?

Kepala Artemis terlentok sedikit ke kanan.

"Beritahu la dia...apa hubungan kita...itu alasannya kenapa saya tumbuk muka syok bagus Verena tu. Sebab dia bercakap tak berlapik. Suka nak mencalit arang dekat muka orang lain tanpa asal usul selidik... " getus Artemis dengan muka bengang dia saat memandang Verena yang sepertinya mahu terkencing di situ jugak.

Angelo melepaskan keluhan panjang sebelum memicit batang hidung saat atur nafasnya untuk tidak mengamuk di situ.

"Kau buang masa aku betul la Verena...kau cakap dekat aku yang Artemis cuba memberontak dan melawan arahan aku...sekali tu apa?Kau buat cerita dan fitnah dia sebab apa?Cemburu?"

Sudah malu yang bukan kepalang Verena hanya mampu mengetap bibir sambil mengerut kening susah hati. .Berasa begitu dumfounded dengan keadaan di situ. Dia tidak menyangka keadaan akan memihak pada Artemis bukan dirinya Sedangkan dia dah bagi ayat yang kaw-kaw punya untuk yakinkan bosnya ini.

Angelo kembali duduk di kerusinya lalu bersandar malas memandang Artemis. "Kenapa kau kerja dekat restoran kalau macam tu?Kau rancang sesuatu dekat belakang aku dalam diam kan?"

Mereka yang ada di situ kembali fokus memandang Artemis sebaik ketua mereka tidak mempedulikan hal Verena lagi.

"Tuan boleh fikir apa tuan hendak...apa yang saya boleh beritahu, saya tak pernah merancang untuk memberontak atau mengkhianati tuan.."dalih Artemis yang enggan memberitahu alasan dia kenapa. Kalau dia jelaskan nanti keadaan jadi semakin rumit. Di situ Artemis perasan dari ekor matanya, ada yang pandang dia dari sebelah kirinya. Dan bila dia kerling, dia ternampak lelaki berkaca mata petak memandangnya dengan renungan dingin yang dalam. Untuk beberapa saat Artemis pandang sebelum melarikan pandangannya ke depan.

Disebabkan Angelo tidak mahu bergaduh dengan Artemis kerana gadis itu adalah sepupu dan kawan baiknya, dia hanya mampu melepaskan keluhan mengalahnya. "Fine...kau orang semua boleh dismissed kecuali Artemis. Ada urus niaga yang aku nak bincangkan.."

Tanpa mengatakan apa-apa semua orang yang ada di situ terus berjalan pergi ke arah pintu. Meninggalkan dua orang sepupu itu dalam pejabat tersebut.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now