CHAPTER SEMBILAN PULUH ENAM

467 77 3
                                    

Tiga tahun yang lalu....

Dua hari sebelum majlis perkahwinan antara Izan dan Luciana di langsungkan sesuatu telah terjadi.

Kejadian yang mengubah semuanya.

          "Apa semua ni Luciana?"tanya Izan semasa perhatikan Luciana sedang berdiri bersama dengan lelaki yang dikenali sebagai pengawal peribadi wanita itu.

          "You...I boleh jelaskan.."

           "Jelaskan apa?Kau bersama dengan lelaki lain sementara aku sibuk uruskan wedding kita dua hari lagi!"bentak Izan.

          Bersama muka tercebik sedih dan merah padam, Luciana kemaskan lagi bathrobe yang membaluti tubuhnya yang naked. "Jangan apa-apa kan dia....I yang salah...please."

          Dengan nafas naik turunnya, Izan keluarkan pistol dari balik kotnya. Tanpa berlengah dia tarik barrel pistol itu sebelum diacukan ke arah lelaki tidak berbaju di belakang Luciana waktu itu.

           "Izan..I bukan orang yang you cari selama ni.."lafaz Luciana dengan tergesa-gesa. Dia depakan tangan hendak lindungi kekasih hatinya itu. "And yes. I tipu you. Tapi semua tu sebab I terpaksa. Artemis yang suruh I lakukan semua ni untuk you. Dia suruh I yang mengaku pada you yang I orang yang you cintakan....memang awalnya I sukakan you. Tapi lama-lama I sedar..I tak sukakan you...I cuma jelous sebab you cintakan Artemis bukan I...please...jangan sakiti kekasih I."

Terkedu Izan mendengar nama asing itu.

Artemis!

Artemis!

Artemis!

Siapa wanita itu?Kenapa setiap kali dia mendengar nama itu jantungnya berdegup sakit dan sedih.

               "Papa I tahu I bercinta dengan dia..tapi Papa masih bertegas mahu I berkahwin dengan you untuk kukuhkan kuasa dia....sebab itu I jumpa dia buat kali terakhir sebelum kami berpisah....Izan...maafkan I. I cintakan dia...I terima aturan perkahwinan kita ni pun sebab papa I..."tambah Luciana bersama linangan air mata di pipi.

               "Siapa Artemis?"tanya Izan begitu frust waktu itu. Jadi selama ini dia diperdayakan? Di tipu oleh mereka semua? "SIAPA DIA!!!"

               "Dia adalah kekasih you sebelum you kemalangan. Waktu you hilang Artemis yang arahkan I selamatkan you. Dia juga yang minta I uruskan segalanya untuk you sebelum dia tinggalkan tempat ni...."jelas Luciana tersedu sedan teruk. "Disebabkan you dah lupakan dia....I ikutkan aje la sebab ingatkan I boleh dapatkan cinta you...tapi tak. Walaupun you dah tak ingat siapa Artemis...I tetap tak dapat rasakan cinta you...sebab you takkan pernah cintakan I..."

Semakin terkedu Izan mendengar kenyataan itu. Tangannya yang bersenjata perlahan-lahan jatuh ke bawah. Matanya termenung memandang ke lantai cuba hendak proses perasaan yang dirasainya waktu itu. Dia bingung dan sakit hati pada masa yang sama.

             "Jadi perasaan yang aku rasai ni bukan untuk kau tapi untuk orang bernama Artemis?"Hanya disebabkan dia hilang ingatan kekasih hatinya pergi meninggalkan diri dia ni?Sampai hati!

Luciana mengangguk kepala.

          "Maafkan I....Izan. I sayang you. Tapi tak lebih dari sebagai seorang kawan. I cintakan kekasih I..."Luciana peluk lelaki yang ada di belakangnya dengan air mata berjuraian di pipi. "I buat semua ni untuk lindungi dia dari disakiti papa I sebab itu I bersama you."

              "Dia dekat mana?Di mana aku boleh jumpa Artemis?"tanya Izan. Dia tidak sabar!Izan mahu melihat wajah insan yang selama ini buatkan hatinya tidak tenang.

              "I tak tahu...mungkin Mael dan Dareen tahu. Sebab mereka orang terakhir yang jumpa Artemis.."

Oleh kerana kejadian itu, Izan begitu tertekan,Izan pengsan tidak sedarkan diri kerana diserang migraine. Selama tiga hari lelaki itu tidak sedarkan diri.

Dan dari situ segalanya bermula....

BUK!

Satu tumbukan hinggap di tepi muka kanan tidak semena. Membuatkan kepala Mael berpaling ke sisi akibat tumbukan itu. Dia berdiri tegak tidak bergerak setelah itu. Menghadap Izan dengan kedua-dua tangan di belakang badan.

Dareen yang lihat hanya berdiri di situ tidak menghalang. Kalau dirinya takut akan abang sulung dia yang satu ini...memang tak beraninya dia hendak bersuara.

              "Apa kau cuba buat dekat restoran tadi dengan Artemis?"tanya Izan dengan perlahan namun penuh amaran.

Rahang Mael berketik apabila dia cuba menahan sakit kesan tumbukan tadi.

             "Aku dah pesan pada kau jangan macam-macam kan?"Izan merapat ke Mael. Berdiri melangit di depan adik lelakinya itu. "Jangan rosakkan rancangan aku. Mereka percaya aku masih hilang ingatan. Sebab itu Angelo izinkan aku untuk bertemu dengan Artemis...dan kau-"

Ya. Izan telah mengingati semula kejadian yang menimpa dirinya dan memori lampaunya setelah sedar dari pengsan dia tiga tahun lalu. Perkahwinan Izan bersama Luciana telah dibatalkan oleh keluarga Luciana sendiri selepas wanita itu mengakui dirinya hamil anak teman lelakinya itu.. Disebabkan semuanya berpunca dari Luciana, ayah wanita itu melepaskan Izan dan malah memberi pampasan sebagai tanda maaf untuk semuanya iaitu fake kan berita perkahwinan Izan dan Luciana.

Dengan berita palsu itulah Izan dapat menguatkan lagi pengaruh dan mendapat benefit.

Bermula pada waktu yang sama Izan pelan segalanya. Termasuk ingin menemui Artemis. Namun begitu usahanya tidak berhasil kerana waktu itu Angelo menghalang sesiapa daripada menemui wanita tersebut. Kerana waktu itu Artemis masih dalam rawatan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now