CHAPTER EMPAT PULUH TIGA

581 79 38
                                    

               "Artemis...kau tak boleh keluar sekarang..."keluh Izan semasa perhatikan Artemis menyarung kemeja di badan yang siap mengenakan singlet. Baru hendak dibutang waktu itu.

Sebenarnya tadi selepas Mael hantarkan pakaian baru untuk Artemis, Izan muncul di dalam bilik tidur tu. Lelaki tu sudah membebel-bebel tanpa henti sejak tadi.

Tidak menghiraukan kehadiran Izan di situ, Artemis hanya sibukkan diri untuk bersiap keluar dari kediaman Orena. Kalau ada orang tahu dia di sini, semakin yakin la semua orang yang dia mahu mengkhianati Angelo. Walaupun sekarang nyawa dia sedia dalam bahaya.

         "Bukan urusan awak untuk fikirkannya."

Izan berdengus kasar. Rasa jengkel kerana hadap sikap degil Artemis.

          "Angelo sendiri dah upah orang untuk bunuh kau kalau kau keluar dekat luar tu... fikir la sikit!Kau ni nak mati sangat ke?"

Terhenti Artemis. Dia yang sedang memasukkan baju kemeja ke dalam skirt paras lutut yang dipakai itu berpaling. Pandang Izan dengan sengih sinis meleret.

         "Why you even care?Killing people and seeing others death is your job...apa masalahnya kalau awak lihat saya mati sedangkan awak sendiri boleh bunuh ibubapa saya tanpa berfikir dua kali..."katanya dengan nada bersahaja.

Izan balas tatapan sinis mengejek Artemis tanpa mengatakan apa-apa. Dia terlalu ego hendak mengaku yang dia sukakan Artemis memandangkan mereka berdua dari dua organisasi berbeza yang saling bermusuhan.

Dah agak punya!

Artemis berdengus kecil kerana berasa lucu dengan reaksi Izan. Dia tahu Izan sukakan dia. Jadi dia tahu Izan terlalu ego untuk mengakuinya. Yang mana cukup jelas untuk beritahu bahawa Izan dan dirinya itu tidak sehaluan dan tidak boleh bersama langsung.

           "Sudahlah. Jauhkan diri awak dari saya. Sebabnya lepas saya uruskan mereka yang terlibat dengan kes kematian ibubapa saya...awak adalah orang terakhir yang saya akan cari."pesannya dengan dingin sebelum capai kot dan beg tangannya yang sudah kotor terpalit dengan darah.

            Jengkel dengan hal itu, Izan dekati Artemis lalu pegang kuat lengan kiri tu saat memusingkan tubuh Artemis menghadapnya semula. "Kalau kau nak sangat balas dendam... kenapa kau tak nak bunuh aku sekarang!"

Saat dia berpusing itu, Artemis terkejut namun selepas Izan berkata begitu dia tiba-tiba ketawa.

           "Mana seronok...kalau awak semua boleh gembira seksa hidup mati orang lain...kenapa tak saya?Baru la adil."katanya dengan gembira."Saya tahu awak dan Angelo ada kaitan dengan kematian ibu dan ayah saya. Dan saya tak perlukan penjelasan dari awak atau Angelo sebab awak berdua sama-sama penipu. Sama-sama tak guna. Jadi apa saja perkataan yang keluar dari mulut awak dan Angelo tak valid untuk saya. So....sementara saya sibuk seksa hidup Angelo, awak enjoy dulu hidup awak"pesannya saat betulkan kot dan tali leher Izan dengan senyuman di bibir pucatnya.

Terkedu Izan apabila dia lihat renungan dingin di mata itu. Sampaikan dia sendiri hendak berkata pun tidak tahu hendak balas apa.

           "Jauhkan diri awak dari saya, Izan..dengar pesanan ni."kata Artemis sebelum rentap lengannya dari cengkaman Izan dan berjalan ke arah pintu.

Izan pandang langkah Artemis dengan renungan tidak puas hati sebelum berkata.

          "Aku cuba bertolak ansur dengan kau. Ingat, kau yang paksa aku guna kekerasan Artemis..."katanya dengan perlahan namun penuh dengan amaran.

           Saat Artemis memegang tombol pintu itu dia pun pandang ke Izan. "Good luck for that."ucapnya dengan senyuman sebelum buka pintu dan meloloskan diri dari situ.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now