CHAPTER SEMBILAN PULUH TIGA

458 66 1
                                    

Berderau sebenarnya darah dia selepas tiba di kediaman agam Angelo. Yalah...dia fikirkan Angelo akan naik hantu dan menyeksa dia kerana ikut Izan begitu sahaja. Rupa-rupanya Angelo sambut dia dengan pelukan dan tanggisan.

Ya..

Lelaki menjengkelkan yang pernah claim diri tu mafia brutal tak ada perasaan tu...menangis.

Angelo Belaruz menangis tak berlagu depan Artemis selepas tengok keadaan kasihan Artemis pada hari mereka berjumpa.

Memang bengkak mata lelaki tu keesokan harinya.

Angelo ceritakan kepada Artemis segalanya. Dan dia langsung tidak marah pada Artemis malah berterima kasih pada Artemis kerana bantu dia selesaikan konflik antara Izan dan Angelo.

            "Kenapa kau tak pernah beritahu aku yang kau sakit?"soal Angelo dengan kening mencerun susah hatinya.

          Bersama sengih meleretnya Artemis pandang wajah susah hati Angelo. "Kenapa?Kalau aku beritahu kau, adakah kau akan kasihan pada aku?"

            "Kau sepupu aku Artemis. Darah daging aku. Mestilah aku kisah. Sekejam- kejam aku, kau adalah orang penting dalam hidup aku."beritahu Angelo dengan marah. "Bukan larikan diri dengan Izan dan shut down aku macam aku ni tak penting dalam hidup kau langsung..."

           "Aku tak larikan diri...Kak Lila jumpa aku dulu. Tapi Izan yang bawa aku pergi."

            "Ya...Lila ada beritahu aku. Dia ceritakan dekat aku apa yang terjadi pada hari kau kemalangan depan hospital tu. Terus aku cuba cari kau...tapi tak jumpa. itu aku hantar Elio untuk jejak kau.. Tak sangka pulak kau bersama dengan penyangak guna tu.."

             Air muka Artemis menjadi sugul apabila teringatkan akan Izan. Dia pandang Angelo dengan perasaan kecewa. "Izan eksiden. Dia cedera teruk. Masa aku pergi dari situ dia tengah koma. Dareen yang halau aku dan call Elio untuk bawa aku balik ke sini.."

             Angelo mengangguk kepala. "Ya..aku tahu. Elio dah ceritakan semuanya dekat aku."

Tidak mengatakan apa-apa lagi, Artemis bersandar letih kebelakang headrest katilnya itu. Matanya terarah pada jarum IV drip yang terpasang di tangannya.

             "Dengar sini Artemis. Aku tak nak tahu apa yang berlaku antara kau dengan Izan dekat sana. Apa aku nak kau tahu sekarang adalah, kau lebih selamat bersama dengan aku dibandingkan Izan. lelaki tu ada banyak musuhnya dan berbahaya dibandingkan aku. Eloknya kau tinggal dengan aku. Aku akan jaga kau sampai kau sihat sepenuhnya. Jangan berhubung dengan Izan lagi. Izan tu hanya berita buruk untuk kau.  Lagipun isteri aku dah merayu-rayu tolong cari kau sebab risaukan kau."

             "Sejak bila kau jadi suami mithali ni?Kisah pulak kau pasal isteri kau tu.."

              "Diam lah kau!"

DETAK!

DETAK!

DETAK!

Menghentak kuat tumit tinggi Artemis semasa dia berlari merentasi koridor itu kerana sudah lewat hendak hadiri perjumpaan penting yang diberitahu Angelo semalam. Ini semua salah Lily! Kalau budak kecik tu tak ajak dia untuk tonton cerita Moana dan Tangled kegemarannya tu, tak adalahnya dia tidur lewat lalu terlajak bangun.

Lengan kirinya di angkat. Dia lihat waktu di jam tangan. Sudah lima minit lewat!

Habis la!

Pintu bilik meeting berbentuk s terbalik itu di pegang sebelum daun pintu itu di tolak ke dalam dengan perlahan. Dalam hati. Artemis sudah berdua yang dia takkan dimarahi.

Masuk sahaja dia ke dalam ruangan itu, bau rokok, bau asap cerut dan minyak wangi yang bercampur baur menerpa deria hidunya. Buatkan hidungnya berkerut tanpa sedar kerana berasa tidak selesa dengan pelbagai bauan itu.

Angelo yang segak mengenakan suit Hugo Boss warna biru gelap duduk menghadap pintu masuk.lelaki itu yang perasan kehadiran Artemis dulu. Kening kirinya terangkat tinggi bila Artemis bertentang mata dengan dia.

Seperti pelajar kena tangkap dengan guru disiplin sebab datang lewat, Artemis jalan menganjak ke tepi seperti ketam sebelum berdiri di sebelah seorang daripada anak buah Angelo di situ dengan tangan di belakang badan.

Di sofa yang lain duduknya beberapa orang tetamu lelaki membelakangi Artemis. Waktu itu Artemis tidak perasan siapakah klien yang sedang berurusan dengan Angelo sebab fikiran dia cuma terarah pada kehadirannya yang lewat waktu itu.

            Terus Angelo pandang semula ke mafia yang ada di depannya waktu itu. "Seperti yang aku cadangkan tadi. Kita hanya akan berurusan sekiranya kau orang bersetuju akan harga yang aku tetapkan. Kalau tak setuju kau orang boleh cari supplier lain."tangannya naik direhatkan pada sofa. Duduknya gaya bos.

Mata Artemis gerak ke belakang kepala lelaki yang duduk membelakangkan dia waktu itu. Dia jengukkan sikit kepala nak tengok muka klien mereka itu macam mana, tapi lengannnya di singgul rakan sebelah supaya berdiri betul-betul. Nak tak nak dia pun berdiri semula dengan tegak tak jadi nak tengok.

              "Deal?"pandang Angelo pada setiap seorang lelaki yang sedang duduk memandangnya ketika itu.

Mungkin mereka mahukan Angelo, lelaki tengah sekali mengangguk kepala setuju tanpa mengatakan apa-apa.

              "Good."Angelo pandang ke Artemis setelah itu."Artemis..berikan dokumen tu pada aku."mintanya sambil mengajukan tangan.

Tersentak terus Artemis selepas namanya di panggil. Dia gerak ke arah Angelo dengan fail yang sedia dipegang sejak tadi semasa hendak ke situ. Senangnya buat kerja hari ni, biasanya bukan main lama lagi nak buat deal. Fikirna sambil mendekat.

Waktu itu Angelo pandang penuh nanti ke Artemis apabila melihat sepupunya itu mendekat ke arah sofa di mana dia duduk. Semakin lama semakin dekat sampaikan Angelo yang tidak sabar terus mengerling ke klien dia yang waktu itu diam memandang dia.

              Apabila Artemis tiba di depan Angelo, dia serahkan fail itu kepada lelaki itu. Belum pandang akan klien di sofa itu. "Ini dia."

               Angelo pandang fail yang disuakan ke mukanya sebelum berkata. "Berikannya pada klien kita."dagunya di juih ke mereka dibelakang Artemis. Pandangannya jatuh kepada penuh maksud setelah pandang mereka.

Tidak berfikir apa-apa, Artemis pun pusingkan badannya menghadap mereka. Tangan dia sedia hendak menghulurkan fail itu, Namun begitu dia kejung sesaat kemudian setelah melihat akan lelaki-lelaki yang sedang duduk menghadap dia waktu itu.

Oh!

My!

Freaking!

Gucci!

Gucci!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now