CHAPTER TIGA PULUH ENAM

585 87 12
                                    


Hari sama ketika Elio menerima sampul berisi lejar.

Setelah dia membuka sampul itu, sehelai surat yang ditaip menggunakan computer turut di selitkan bersama terdapat dalam sampul itu.

Di dalam surat itu mengandungi alamat dan maklumat penting Organisasi Belaruz. Di mana lokasi, alamat dan tingkat meeting berada telah disertakan dalam surat tersebut. Dalam surat itu juga mengandungi arahan dan maklumat penting bagaimana untuk menangkap penjenayah bernama Angelo Belaruz.

Dan setelah Elio membaca isi surat itu, dia terus memeriksa kandungan lejar tersebut.Dia selak dan selak setiap muka surat di situ dengan kening berkerut tak percaya.

Betapa terkejutnya dia apabila dapat tahu terdapat beberapa nama penting turut tersenarai dalam penglibatan penggelapan wang haram dan melobi duit dengan Mafia Angelo Belaruz.

Tanpa berlengah Elio terus bawa segala bukti yang ada ke pihak atasan. Meminta kerjasama dari mereka untuk mendapat pelepasan bagi meneruskan siasatan yang lebih mendalam.

Selama dua hari itu, Elio tidak lena atau balik ke rumah kerana begitu sibuk dengan kerjanya. Apabila dia Berjaya kumpul bukti, semuanya terarah pada Han Tae Gu. Niatnya hendak dapatkan lelaki tersebut bagi di soal siasat.

Namunbegitu hal lain yang menyambut keinginannya.

Tidak lama dia dapat tahu siapa suspek yang perlu dia tahan, Han Tae Gu terbunuh pula.

Mahu tak mahu Elio meneruskan siasatannya bersama anak buah yang lain berdasarkan maklumat yang di terima untuk menangkap Angelo Velaruz pula bagi menjalankan siasatan.

Mulanya, Elio persoalkan jugak dari mana maklumat tu datang, dari siapa…oleh siapa…kenapa diberikan kepada dia…tetapi dia tidak fikirkan sangat hal itu kerana  terlalu teruja semua itu amat membantu dia.

Mahu tak mahu Elio terpaksa letakkan ke tepi
dulu niatnya hendak cari tahu siapa yang berikan maklumat tersebut secara rahsia apabila dia berjaya mendapatkan waran menahan lelaki bernama Angelo Belaruz ni. Ekoran itu juga dalam siasatannya dia telah dapati beberapa suspek yang mencurigakan dalam kejadian pembunuhan Han Tae Gu.

           “Maaf kerana menganggu..”sapa Elio saat memandang akan dua lelaki yang sedang mengekang seorang Wanita di tangan mereka lalu ke lelaki yang berdiri di tepi memegang cerut di celah jari.  “Saya datang dari Jabatan Siasatan Khas ingin membuat tahanan terhadap suspek bernama Verena Osborn di atas kematian Han Tae Gu pada hari Rabu jam 5 petang di bangunan syarikat mendiang…”

              Angelo yang fikir dirinya bakal di tahan pandang terkejut ke pegawai polis yang beri makluman tadi. “Apa dia tadi ulang balik?”tegurnya tidak percaya. Siapa mati tadi?

              Elio mengerling ke Angelo. “Ya..pembunuhan Han Tae Gu dan juga siasatan untuk transaksi haram yang dijalankan oleh beliau dengan lelaki Bernama Angelo Belaruz..”beritahunya semula. “Menurut siasatan kami orang terakhir yang beliau temui adalah Verena Osborn pada hari tersebut. Disebabkan setiausaha beliau turut mati di tembak kami hanya dapat menemui senarai janji temu yang diberi nama atas Verena pada hari tersebut.”

             “What the hell?Verena apa semua ni?”soal Angelo yang langsung tidak tahu apa yang terjadi.

              Mata Verena terbutang luas. “Saya tak tahu apa-apa tuan!Sumpah!”bila masa pulak dia ke Korea ni?

             “Sila beri kerjasama. Segala keterangan kamu semua boleh dibuat di balai nanti.”arah Elio saat memberi isyarat kepada polis yang ada di situ untuk mula menahan Verena dan Angelo.

               “Macam mana kau orang boleh tahu tempat ni?”soal Angelo yang sudah kebingungan tidak tahu hendak berbuat apa.

Segalanya berlaku dalam sekelip mata.

Elio tidak menjawab. Dia hanya perhatikan semua orang yang ada di situ di iring ke arah pintu lif untuk dibawa ke balai polis. 

Kepala Angelo berpaling kanan dan kiri saat dua orang pegawai mula menggari tangannya ke belakang. Dia terlalu terkejut sampaikan terlupa akan Artemis!

             “Kau orang salah pilih orang untuk cari pasal!”

Sebaik ruangan tadi yang sibuk dan bising menjadi lengang, Artemis munculkan diri dari tembok tadi. Memandang dingin akan anak buah Angelo, dam Angelo sendiri di heret ke arah lif.

             "Aku akan pastikan kau orang menyesal!!!!"suara teriakan lelaki itu tenggelam selepas Angelo masuk ke dalam lif.

Maka tinggallah Artemis sendiriak di sisa dengan sisa serpihan batu dan mozek yamg pecah gara-gara Verena tadi.

Perasan ada rasa pedih dan sakit di bahagian tepi pinggang. Ingatkan melecet ke apa.

Rupa-rupanya peluru Verena berjaya menggores tepi pinggulnya. Dia tunduk menekup tangannya ke kesan luka yang berdarah itu lalu mengangkat kepala memandang ke depannya.

Rasa sakit kerana terkena tembakan Verena tadi tidak dihiraukan.

Apa dia tahu, rancangannya sedang berjalan lancar. Apa perlu dia buat adalah dapatkan target seterusnya pula.

Target yang dikatakan saksi yang pernah beri keterangan di atas kematian yang menimpa ibu dan ayahnya 10 tahun lalu.

😂😆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

😂😆

Hahahah....Sorry sebab lambat update.

Hampir give up sebenarnya nak sambung cerita ni sebab fikir dah macam tak best. Lagi2 Tinta ada banyak sangat kerja nak buat. Memang rasa macam nak unpublished pun ada.

Disebabkan ramai Buddies nak Tinta sambung, maka dengan bersemangatnya Tinta siapkan jugak beberapa chapter malam ni. 🥰🤭

Terima kasih jugak pada awak semua sebab sudi tunggu dan baca nukilan dari Tinta ni. 

So...
Nah...6 chapter untuk hari ni sebagai ganti sebab slow update beberapa hari ni.

Harap okay la.

Jumpa dekat next chapter nanti.

X.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now