CHAPTER SATU RATUS SEMBILAN

496 61 0
                                    

Deringan telefon kedengaran untuk beberapa kali di atas meja kopi itu. Namun ianya tidak terangkat. Nama pemanggil 'Mael' jelas tertera di skrin. Selepas dua kali panggilan itu masuk, ianya terputus tidak lama kemudian.

Pada masa itulah Lily muncul dengan beg sekolahnya lalu duduk di sofa. Remote tv di capai lantas menyalakan skrin yang hitam tadi ke siaran kegemarannya.

            "Tukar baju kamu dulu Lily...berapa kali mama nak pesan?"bebel Lila yang sedang berjalan masuk ke dalam bersama beg barangan dapurnya. Wanita itu terus masuk ke ruangan dapur di belakang. Meninggalkan Lily di ruang tamu sendirian.

Disebabkan dia sudah terbiasa dengan bebelan itu, Lily sama sekali tidak mempedulikannya. Dia malahan bermalasan di sofa untuk meneruskan tontonnya.

            "Lily!Tukar baju kamu sekarang!"seperti tahu-tahu yang Lily tidak menghiraukan bebelanya. Suara Lila kedengaran dari dapur beberapa minit kemudian.

Bersama renggusan kasar malasnya, Lily terpaksa akur. Dia terus turun dari sofa lalu naik ke tingkat atas untuk menukar pakaiannya.

Ketika itu la telefon di atas meja kopi berdering semula. Nama pemanggil yang sama tertera di skrin telefon tersebut.

Lila ikut muncul dari laluan ke dapur kerana deringan itu. Wanita itu tergesa-gesa berjalan laju ke ruangan tersebut sebelum mendapatkan telefon yang di tertinggal sewaktu keluar menjemput Lily balik dari sekolah dan membeli barang dapur.

            "Hello?"sambut Lila dengan mengah. Masakan tidak, dia tidak berhenti dari bergerak sejak tadi.

            "Lila?"suara lain yang menyapa bukan nada ceria yang selalu Lila dengar.

             Kerutan di kening kelihatan. "Ya saya...siapa ni?"kenapa bukan Mael yang bercakap?Sesuatu terjadi ke?

             "Saya Dareen. Abang kedua Mael."

             "Ada apa ya?"tangan Lila naik menekup dada kerana berasa risau. "Mael tak apa-apa ke?"

              "Mael tak apa-apa. Dia yang pinjamkan telefon dia kepada saya untuk hubungi awak."

              Barulah Lila melepaskan nafas lega. "Ada apa tu?"

              "Ada sesuatu yang penting yang saya mahu awak lakukan untuk saya Lila..."

              "Tentang apa?"tanya Lila apabila anak perempuan turun dari tingkat atas lalu bergerak ke sofa untuk menyambung tontonan. Langkah anak perempuannya itu diperhatikan dengan renungan judging. Mujur dah tukar baju!Kalau tidak memang dia akan leteri anaknya itu.

              "Ianya tentang Artemis. Boleh tak awak aturkan pertemuan saya dengan Artemis sekarang. Ada sesuatu yang saya perlu sampaikan kepada Artemis..sangat penting dan secepat mungkin."beritahu Dareen dalam keadaan tergesa-gesa.

Untuk beberapa saat, Lila hanya diam di situ memandang skrin televisyen. Sebelah tangan naik menggigit hujung ibu jari.

             "Please Lila...saya tak boleh hubungi Artemis secara direct sebab saya pasti dia tidak akan menemui saya sendiri selepas apa yang terjadi. "

              Hela nafas kesal di lepaskan pendek. Lila buat muka sebelum berkata. "Fine. Saya akan hantarkan alamat dimana awak boleh temui Artemis. Tapi dengan satu syarat.."

               "Syarat apa?"

              "Apapun yang awak cuba beritahu Artemis...please. Jangan sakiti hati dia seperti mana yang awak pernah lakukan lima tahun lalu. Dia dah hadap cukup dengan semua ni"beritahu Lila dengan tegas. Dia telah mengetahui segalanya kerana Artemis yang menceritakan apa yang berlaku. Jadi dia tahu apa perasaan Artemis selama ni.

              "Saya janji."

Lila melepaskan keluhan sebelum mengangguk kepala.

Apabila panggilan itu diputuskan, Lila cari contact Artemis lalu menghubungi adik kesayangannya itu. Untuk seketika dia tunggu panggilan itu dijawab. Dan beberapa saat kemudian, suara ceria menyapa telinga.

              "Hi Lila...ada apa?"sapa Artemis.

              Disebabkan suara dari televisyen depannya sedikit kuat, Lila gerak beransur keluar dari ruang tamu itu untuk ke dapur. Sambil tu dia bercakap. "Macam mana dengan pertemuan kau dan keluarga Elio tadi?Semuanya okay?"basa basinya.

             "Okay aje. Aku reject lamaran Elio tu..dan keluarga Elio clear kan situation keluarga kita orang."

              "Kau okay?"tanya Lila bila dengar nada Artemis semakin lama semakin perlahan seakan sedih.

              "Nak kata okay...aku sendiri tak tahu apa aku rasakan sekarang ni Lila.."'

               Apabila Lila berhenti di depan kaunter dapurnya, mata dia terarah pada helaian kertas yang tertampal dengan magnet di pintu peti sejuk itu. Lukisan yang Lily lukis lama dulu. Lukisan dimana Artemis, Lily dan Lila berada. "Jumpa aku sekejap boleh kalau macam tu?"

              "Boleh. Dekat mana?Rumah kau ke?Aku pun kebetulan tengah free sekarang."

               "Ingat tak taman yang selalu aku bawa Lily   jalan-jalan tu?"

                "Ingat."

               "Jumpa aku dekat situ sekarang ya."

               "Okay..."

Setelah itu Lila putuskan panggilan. Dia hantar pesanan pula kepada nombor Mael tadi untuk memberitahu lokasi pertemuan Dareen dan Artemis nanti. Dia tak tahu apa yang berlaku. Dan dia harap semuanya baik-baik sahaja.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now