CHAPTER ENAM PULUH LIMA

470 72 1
                                    

Hujan lebat turun pada petang itu, langit sememangnya gelap sambil di temani dengan petir dan guruh berdentum. Angin bertiup sangat kuat. Buatkan orang dalam kawasan hospital hanya berteduh di dalam lobi dan tepi tempat berbumbung.

Tiba-tiba sebuah kereta muncul di laluan Utama hospital. Kenderaan itu di pandu dalam keadaan berbahaya sebelum ianya menuju ke depan laluan masuk kecemasan dan melanggar belakang sebuah ambulans yang siap parkir di situ.

BUM!

Begitu kuat hon kereta kedengaran selepas itu. Bahagian depan hood kereta remuk teruk hingga mengeluarkan asap darinya.

Pengawal keselamatan dan pegawai kesihatan yang ada di luar koridor terkejut yang amat sangat sampaikan berduyun-duyun orang datang mendekati kereta hitam tersebut dengan cemas.

Dua dari pengawal di situ buka pintu kereta terlebih dahulu.

            "Apa yang dah berlaku?"laung seorang doctor yang bergegas ke tempat kejadian.

            "Seseorang merempuh belakang ambulans.."jawab mereka di situ dengan cemas.

Dan apabila pengawal keselamatan di situ tunduk ke dalam, mereka lihat seseorang berwajah pucat dengan hidung serta kepala berdarah tersandar di seat kereta bersama air bag masih mengembang di depan stereng kereta.

            "Ke tepi beri laluan"arah doctor ER di situ menolak pengawal yang menghadang pintu kereta tersebut.

            "Bawakan stretcher..."arah seorang daripada mereka yang berasak-asak di situ.

Saat doctor wanita tadi tunduk hendak memeriksa, tiba-tiba si pemandu itu membuka mata. Memandang dengan renungan tidak berdaya.

             "Call Lila..."perlahan sahaja suara itu kedengaran.

             "Siapa?"Doctor wanita itu dekatkan telinga ke depan mulut itu. "Ulang semula.."

             "Call Lila..."ulangnya semula sambil menyerahkan telefon yang ada di tangan kanannya.

Doktor itupun tunduk ke bawah. Memandang telefon yang di pegang itu dengan kening berkerut. Bermacam-macam tanggapan yang timbul dalam fikirannya waktu itu. Mabuk ke pemandu ni?Hilang kewarasan ke pemandu ni?Atau ada benda buruk telah terjadi?

Mahu tak mahu doctor tersebut bawa pemandu itu ke dalam bangunan sebelum menghubungi pihak polis mengenai kemalangan itu.

Dan seperti yang diminta, wanita bernama Lila yang ada di dalam senarai contact telefon itu turut di hubungi.

Setelah menjalani pemeriksaan dan rekod kesihatan, rupa-rupanya orang itu adalah pesakit di bawah penyeliaan seorang daripada doctor di hospital yang sama. Kemalangan itu terjadi kerana orang itu dalam kesakitan yang amat sangat. Kerana itu kenderaan yang di pandu hilang kawalan. Pihak polis pun tutup saja kes itu tanpa siasatan lanjut.

Sejam kemudian, datanglah Lila bersama Lily dalam keadaan cemas. Sampaikan dua beranak itu basah kuyup di timpa hujan. Ke kanan ke kiri wanita itu mencari arah saat tiba di situ. Lily yang masih dalam baju hujan Donald duck terkedek-kedek mengejar langkah ibunya itu.

            "Mama...kita nak ke mana ni?"rengek Lily kerana tangan pendeknya itu di tarik Lila ke sana ke mari sejak tadi. Rimas!

           "Kita cari aunt Artemis kamu..."ucap Lila dengan cemas semasa berlari ke arah kanan. Dia melihat kaunter dimana dua orang jururawat sedang berdiri melakukan sesuatu.

            "Aunt Artemis?Kenapa dengan dia?"Lily tanya lagi.

Lila tidak sempat hendak menjawab kerana dia sudahpun tiba di situ lalu sibuk bertanya kepada mereka dimana keberadaan Artemis.

            "Hai...saya penjaga pesakit bernama Artemis?Boleh saya tahu bilik dia di tempatkan di mana?"tanya Lila bersama muka pucat basah ditimpa air hujan dan hendak menangisnya. Masakan tidak dia tidak risau, sahabat baiknya itu telah banyak menolong dia selama ini. Mesti la dia risau kalau ada apa-apa terjadi terhadap Artemis. "Saya dengar dia kemalangan.."

          Jururawat lelaki yang berdiri betul-betul menghadap Lily ketika itu terus tersentak dari kerjanya. Dia pandang dan mengangguk kepala serta merta lepas dengar semua itu. "Oh..itu...pesakit di rawat di tingkat empat, sebelah kanan bangunan ni. Bilik nombor B34C."beritahunya.

           "Baik..terima kasih ya.."Lila terus tunduk mendapatkan Lily. Badan seberat 15kg itu di dukung tanpa berfikir Panjang kerana hendak lekas.

            "Mama...apa ni?"rengek Lily saat hood baju hujannya turun melurut mengenai wajahnya taktala ibu dia dukung secara mengejut begitu.

            "Ish...diam kamu. Mama nak cepat ni.."

Tidak lama kemudian, akhirnya Lila tiba juga di dalam bilik rawatan Artemis berada. Memang menangis terus dia lepas nampak Artemis terlantar atas katil dengan wayar berjela-jela sana sini di kanan dan kiri tubuh Artemis.

Teresak-esak tanpa suara, Lila mendekati katil itu lalu tunduk hendak memegang tangan Artemis, tapi dia takut selepas lihat betapa pucatnya wajah Artemis dan kesan tampalan di dahi itu.

            "Apa yang dah berlaku ni?"bisik Lila dengan bibir menggigil kuat hendak tahan diri dari mengeluarkan suara saat menangis. Dia bawa tangannya naik mengusap kepala Artemis. Lalu matanya turun hendak memastikan tiada apa-apa yang serius terjadi pada Artemis.

Lily di sebelah Lila terpaksa menjengket saat pegang katil itu untuk menjengah. Dia yang tidak faham yang terjadi hanya mampu perhatikan sahaja ibu dia menangis di situ.

 Dia yang tidak faham yang terjadi hanya mampu perhatikan sahaja ibu dia menangis di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now