CHAPTER EMPAT PULUH SATU

540 81 38
                                    

Bersama mug dan pinggan donutnya. Terus naik ke tingkat atas rumah agam keluarga mereka sehingga tiba di sebuah pintu yang dikawal dua orang lelaki bersut. Tanpa tegur atau memberi arahan, dua lelaki tu terus buka pintu untuk Mael. Dan Mael menonong masuk ke bilik tersebut.

Sesampai sahaja Mael dalam ruang tersebut, dia dekati katil dengan senyap, meletakkan pinggan berisi donut dan mugnya di atas night stand bersebelahan dengan katil tu.

Sebagai seorang adik yang baik, dia kenalah lakukan sesuatu untuk elakkan abang dia bergaduh kan? Jadi untuk itu dia terpaksa jugak gunakan cara ni walaupun tak sepatutnya dia buat. Dan itu tak bermakna dia ni tak boleh jadi jahat pada masa yang sama.

           "Sorry Artemis...aku suka dekat kau sebab kau cantik. Tapi aku lagi la tak suka bila Izan dengan Dareen bergaduh. Aku jugak tahu kau perlukan rehat yang lama...tapi sekarang aku perlukan bantuan kau.."bicara Mael sendiri semasa duduk di birai katil dimana Artemis sedang terlantar.

Izan yang bawa Artemis ke kediaman mereka tengah malam tadi. Katanya cedera. Doktor organisasi Mafia mereka terus dipanggil untuk bantu merawat kecederaan Artemis. Katanya kecederaannya tak membawa maut. Cuma kesan tembakan tu sedikit dalam walaupun tiada peluru yang tertinggal. Disebabkan tu Artemis hilang banyak darah. Dan lemah kerana dehidrasi. Doktor bagi darah dengan Drip Iv. Lepas tu tak sedarkan diri sampai la ke siang hari.

           "Artemis.."Mael cubit pipi tu. "Hei sleepy head...wake up!"mintanya lagi saat menggoyangkan kepala tu kanan dan kiri. "Cepat lah sebelum barang rumah ni hancur...bangun Artemis..."panggil dia lagi sedikit kuat di depan muka tu.

Terus berkerut-kerut la kening Artemis dibuatnya.

           "Aha...!"Mael tersentak teruja. Bangun pun! Dia terus pegang bahu Artemis pula. "Bangun Artemis...rumah terbakar...cepat-cepat.."

Seperti dihentak batu yang kuat di kepala, mata Artemis terbuka luas. Dia bertentang muka dengan Mael yang begitu hampir dengannya saat itu dengan renungan mata kemerahan bangun tidur.

Mael tersengih. Dia pandang muka pucat bangun tidur Artemis dengan barisan gigi dia yang putih. Nanti dia minta maaf dan belikan Artemis ais krim sebagai ganti. "Hehehe...hai. Dah. Cepat bangun.."arahnya lagi.

            "Apa yang-"terpinga-pinga Artemis dibuatnya.

             "Kita tak ada masa...kau kena lakukan sesuatu sekarang jugak.."Mael menggesa.

              Masih dalam keadaan mamai dan kebingungan, mata bulat Artemis pandang Mael atas ke bawah seperti lelaki itu mahkluk paling aneh di muka bumi yang pernah dia lihat. "Huh?"suara serak dia menegur.

             "Cepat...bangun, ikut aku sini.."gesa Mael semasa selak selimut yang menutupi kaki tu. Setelah itu dia capai tangan Artemis. Menggengam jari jemari tu.

             "Apa yang kena cepat?"tanya Artemis terkulat-kulat hendak mengesot turun dari katil tu. Dia pandang tak percaya ke Mael.

              "Peperangan Dunia Ketiga bakal tercetus...cepat sebelum terlambat."ajak Mael saat tunduk menyarungkan selipar dalam ke kaki Artemis secara paksa dengan sebelah tangan lagi.

              Artemis tunduk ke bawah saat itu, lantas dia menguak rambut yang jatuh menutupi mukanya dengan rimas sebelum pandang kanan dan kiri dengan bingung. "Saya dekat mana ni?"tanya dia.

             "Rumah kami la...mana lagi kau boleh pergi selain tak dibunuh.."beritahu Mael sebelum capai tiang besi yang tergantung beg Iv drip Artemis. "Jom..."dia tarik Artemis supaya jalan dengannya untuk keluar.

              "Nak ke mana ni?"soal Artemis sambil berdesis pegang tempat lukanya dengan tangan kanan sebab bergerak secara tiba-tiba begitu. "Perang dua ketiga?Apa yang awak cakapkan ni?"

               "Nanti kau tahu la..."

Keluar sahaja Mael dan Artemis dari bilik, dua orang pengawal yang menjaga dua pintu itu tersentak. Mereka pandang bingung akan kelibat Mael yang heret Artemis ke arah tangga. Mereka nak tak nak ikut sekali sebab arahan mereka satu sahaja, iaitu pastikan Artemis ada dekat dengan jarak mereka.

Tidak lama berjalan, Artemis dan Mael pun tiba di anak tangga bawah.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now