CHAPTER TIGA PULUH EMPAT

546 79 0
                                    

Firstly,

Awal rancangan, Artemis sendiri yang nak bunuh Han Tae Gu. Tapi tak jadi pulak lepas Izan dapat tangkap dia dan heret dia pergi dari situ. Last-last dia suruh anak buah Uncle Ben yang sedia tunggu dalam syarikat tu aje la yang buat kerja tu memandangkan pelan pertama dia gagal.

Tapi tak sangka pulak yang Izan dah settle awal dengan Han Tae Gu mengenai tanah di Taman Delaney tu sebelum dia sempat bunuh orang tua tu.

Walaupun pelan dia sedikit berterabur, at least satu daripadanya telah berjaya di selesaikan.

Second,

Alang-alang…Disebabkan Izan yang temui Han Tae Gu pada hari yang sama, Jelas-jelas semua orang akan tunding jari ke Izan sebab lelaki itu adalah orang Terakhir yang menemui Han Tae Gu.

Yang mana mudahkan kerja Artemis untuk yakinkan Angelo bahawa dia tidak terlibat. Dan dapat berada di samping sepupunya untuk beberapa ketika lagi.

Dan sekarang hanya menunggu waktu sahaja….

Untuk pelan dia yang seterusnya.

            “Jumpa pada minggu hadapan di majlis lelong tu.”ucap Angelo kepada pelaburnya itu.

            “Ya…jumpa lagi.”

Mereka di situ beri anggukan gembira kepada Angelo sebelum beredar dari situ dalam kumpulan. Meninggalkan jejak bau haruman dan cerut mereka di situ.

Setelah mereka menjauh,Angelo terpandang Artemis sedang berdiri di tengah ruangan berkerusi itu menghadap dirinya. Dia lirik sepupunya dari atas ke bawah dengan senyuman nipis di bibir.

Long time no see little sissy!

Angelo lalukan jari memanggil Artemis supaya mendekat.

Dengan patuh Artemis pun mendekati Angelo. Dia pandang wajah kacak syok bagus Angelo dengan  langkah yakinnya.

Ya…enjoy la sementara boleh. Dia nak tengok berapa lama senyuman berlagak tu boleh melekat dekat muka tu!

            “Kau seorang aje?”tanya Angelo semasa hulur tangan ke pembantu lelakinya. "Mana pengikut kau yang lain?"sindirnya saat tersengih meleret.

Mata Artemis pun ikut melirik ke tangan Angelo saat lelaki itu mencapai bekas cerut yang dihulurkan oleh lelaki tersebut ke Angelo.

               "Rasanya tak perlu saya beritahu tuan sendiri sedia maklum apa yang terjadi." balas Artemis.

               "Hahaha....liat jugak kau ni...banyak kali dalam bahaya...tapi hidup jugak kan...Dareen mana?Bukan ke dia suka berkepit bawah ketiak kau?Mampus jugak ke?"

Hampir mahu mencarut di situ, Artemis balas dengan senyuman mesra di bibir.

              “Dareen ada kerja dekat bengkel pembungkusan heroin..”beritahu dia. "Ada penghantaran dekat kelab malam beberapa hari lagi..."

               Sambil bawa batang cerut itu ke mulutnya, Angelo tersengih. “Macam mana keadaan kau?Dah okay?Aku dengar kau tak berapa ‘sihat’ lepas balik dari pelabuhan hari tu?”tanya dia saat mengeluarkan lighter dari poket dan mula menyalakan hujung cerut tersebut.

               Mata Artemis perhatikan tindak tanduk Angelo dengan minat. Yalah... dia hairan kenapa orang lelaki suka hisap cerut sedangkan bau cerut tu busuk! “Saya baik-baik. Terima kasih kerana bertanya.”

Sebaik sahaja Angelo menyedut asap dari cerut itu, dia pandang ke Artemis lalu di hembus ke muka itu dengan selamba.

Terpejam mata Artemis dibuat bau busuk dari asap itu. Rasa nak marah tapi kena sabar. Macam nak marah ni. Tapi dia kena sabar!Dia tidak memberi sebarang komen dengan perbuatan Angelo itu.

               “Sekarang kau nampak, apa akibatnya kalau kau cuba  masuk campur urusan aku dan melawan kata aku?”soal Angelo.“Tu baru sikit…beruntung aje kau hidup.”

Artemis dalam diam memandang Angelo dengan renungan mahu membunuh lelaki di hadapannya ini. Giginya di ketap kuat. Memang patut Tuhan pendekkan umur dia dengan memberi penyakit yang tiada ubatnya ini. Biar aje la dia cepat mati dari menghadap perangai iblis sepupu dia ini. Tapi sebelum dia mati, Angelo kena mati dulu!

                 "Kenapa tuan cakap macam tu? Selama ni saya patuh pada tuan...tuan aje yang tak pernah berhenti khianati kesetiaan saya..."kata Artemis saat tersenyum.

Hilang terus riak wajah berlagak bagus Angelo selepas dengar komen Artemis. Cerut di mulutnya terus di turunkan ke bawah.

                 "Sehingga hujung nafas, saya akan 'bekerja' di bawah seliaan tuan mafia yang dihormati Angelo Belaruz. Tuan sendiri tahu sumpah tu kan?"kata Artemis sambil menarik sengih goofynya. "Tapi itulah...kerja dengan orang ni...kena hadap konsep 'lembu punya susu sapi dapat nama'. Saya dah biasa." ujarnya saat menjungkit bahu tak kisah.

Angelo berdengus kecil semasa memandang wajah cantik Artemis yang sedang tersenyum kepadanya. Kalau dia tak membesar sama dengan Artemis, dia dengan mudah terperangkap dengan mainan psikologi Artemis. Sepupunya ini kalau cakap berlapik memang nombor satu. Dia tahu yang Artemis sedar pelan dia cuba bunuh Artemis. Tapi Artemis ambil keputusan untuk masih bekerja dengan dia walaupun apa yang Artemis buat dia yang akan dapat keuntungannya nanti.

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.
42. Black Heel dan AmericanoNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ