CHAPTER EMPAT PULUH

582 84 35
                                    

Pernah tak rasa, kenapa jadi anak tengah. Paling tak pun, pernah tak tertanya-tanya kalau adik beradik bergaduh, mesti yang menjadi anak tengah tu yang saksikan pergaduhan tu. Dan akhirnya jadi tukang simpan rahsia.

Well...itu keadaan yang Mael sedang hadapi.

Mulutnya melopong taktala melihatkan dua lelaki yang sama-sama lampai dan dominan di depannya dengan perasaan kagum.

Yalah, siapa aje tak kagum bila dua orang lelaki paling bahaya dalam dua kumpulan mafia ni saling berhadapan tanpa cuba membunuh antara satu sama lain.

Hampir seumur hidupnya Mael tertanya-tanya, kenapa dua orang ni masih boleh civilize antara satu sama lain walaupun sering bertengkar.

Mael di situ, bersila atas sofa dengan mug berisi americano dan donut ising pink yang dia beli dari restoran tempat Artemis kerja. Awal pagi lagi dia datang sebab takut tak sempat. Sekali tu kakak cantik yang ada dekat restoran tu yang sambut dia. Namanya Lila. Memang beli 10 biji donut dan dua Americano kegemaran Aramis. Tapi tak tahu pulak yang abang kedua dia ada sekali. Kalau tahu dia beli tiga sekali tadi. Itulah datang tak beritahu.

          "Sampai bila kau nak rahsiakan hal ni?"

           "Berapa kali aku nak beritahu kau... aku takkan beritahu apa-apa."

           "Kau tak nampak ke apa yang kau buat ni cuma hanya akan burukkan situasi?"

           "Aku tahu apa aku buat Dareen. Jadi berhenti ajak bertengkar dengan aku macam ni. Penat la."

            "Kau tahu apa kau buat?Seriously?Kalau kau tahu kau takkan biarkan hal ni melarat Izan! Kau buat dia separuh gila mengejar perkara yang sah-sah kau tahu sendiri apa jawapannya!"

Mael gigit donut ising pink tanpa berkedip mata memerhati Izan dan Dareen yang sedang berdiri menghadap antara satu sama lain sejak 15 minit yang lalu bertegang leher akan hal yang sama. Dia yang menadah telinga sejak dulu dah lali. Nak cakap apa pun tak tahu dah.

             "Boleh tak kau jangan ungkit benda yang sama banyak kali?Aku bosan tahu tak. "Izan lempar tangan kerimasan saat berkata.

Dareen berdengus tak percaya. Dia mencekak pinggang memandang Izan yang hanya beza tiga tahun dengannya itu.

             "Ohh...bosan. Habis aku ni kena hadap Angelo, hadap urusan kau dengan Artemis tu tak bosan?Benda boleh settle kut...kau aje nak rumitkan lagi keadaan."

Izan membuat muka menyampah saat menarik nafas dalam lalu menghembusnya kasar-kasar. Izan tak tahu nak cakap mana lagi dengan Dareen. Berbuih mulut dia ulang benda yang sama.

            "Kalau kau beritahu hal sebenar, Artemis takkan separuh mati cuba cari tahu apa yang berlaku pada ibu dan ayah dia. Artemis takkan bersusah payah sakitkan diri dia semata hendak tahu kebenaran di balik kematian ibu dan ayah dia. Dia takkan bahayakan diri dia untuk tikam Angelo dari belakang!6 tahun aku perhatikan, 6 tahun tu jugak sekali pun aku tak pernah nampak dia senyum atau gembira!Kalau kau dedahkan hal ni sejak kali pertama kau tahu siapa dia....hidup dia akan lebih mudah!"

         "Tak mati pun dia...elok aje tu hah..."

          "Senang aje kau kan...Sama ada kau yang beritahu Artemis hal ni dari awal...atau kau tengok dia mati disebabkan semua ni. Pilihan kau.."tambah Dareen lagi dengan muka keberangan.

           Izan pandang tak faham akan Dareen. Dah kenapa Dareen nak over reaction tentang kecederaan Artemis macam Artemis itu kekasih Dareen? "Kau ni-"

Mael buat muka 'opps!' bila sedar yang Dareen hampir kantoikan diri sendiri depan Izan. You know...situation sebagai middle child?The one who hold the family. The one who has everyone secret. Yup!Itu Mael. Dia tahu rahsia Izan. Dia juga tahu rahsia Dareen. Dan antara rahsia yang dia tahu, dua-dua orang ini melibatkan satu rahsia yang sama dan orang yang sama.

             Disebabkan dia boleh rasakan dimana perbualan ini bakal berakhir, Mael pun mengangkat tangan. "Boleh aku tanya soalan?"ajunya sambil mengunyah sisa donut yang di makan tadi.

             "WHAT!?"dengan serentak dua kepala dengan sepasang mata yang memang saling tak tumpah memang sama memandang ke arah Mael marah-marah.

              Tersengih-sengih sebab tak tahu nak buat apa, Mael pun cakap. "Um...kau orang nak donut?"aju Mael tunjuk donut yang sudah separuh dia makan.

Dareen dan Izan buat muka 'seriously' lepas tu.

               "What...kau orang asyik marah aje kut...mana tahu kau orang lapar kan...aku tengok dalam Tiktok..banyak cakap orang marah sebab lapar.."beritahu Mael bila mereka pandang dia begitu.

Hujung bibir Dareen terjungkit kerana lucu setelah lihat wajah Mael. Mug dekat tangan kiri, donut ising pink sebesar tapak tangan di jari tangan kanan. Muka tu pulak tak ubah macam budak kecil. Serius beritahu walaupun mereka telah dewasa, Mael berusia 24 tahun, sikit pun tak pernah hilang perasaan baby dari dia setiap kali tengok muka tu.

              "Dareen yang mulakan dulu.."tuduh Izan.

Kepala Dareen berpaling pantas ke Izansemula.

               "Asal aku pulak. Aku datang sini lepas kau beritahu aku Artemis kena tembak...mana tak berangin satu badan.."bidas Dareen.

Mereka berdua sambung semula bertengkar.

              "Haih...kau orang ni kan.."Mael terus menjungkit bahu tidak peduli. Dia bangun dari situ.

🤣Ingat minum kopi hilangla mengantuk ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🤣Ingat minum kopi hilangla mengantuk ni...

tapi terlelap jugak...

Sedap edit boleh pulak terlelap ni..

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now