CHAPTER SEMBILAN PULUH

522 78 9
                                    

Melompat terkejut Artemis dibuat bentakan itu sampaikan tangannya naik secara refleks menekup kedua-dua belah telinga. Betapa terperanjatnya dia waktu itu sampaikan nadi jantungnya menjadi senak yang amat sangat.

"Entah-entah sakit kau ni hanya lakonan untuk buatkan kita orang jatuh simpati. kau dan Angelo dan rancang dari awal kan...nak jatuhkan kita orang!"tambah Dareen lagi semakin menjadi-jadi. Mata itu menjegil bulat kerana begitu bengang.

Mael pun apalagi. Dia yang tidak sabar terus tolak Dareen supaya menjauh dari Artemis.

"Cukup Dareen.!"hadang Mael di depan Dareen. "Boleh tak kau dengar apa aku nak cakapkan ni."dadanya berombak kencang!

"Ke tepi!"Dareen cuba menolak Mael ke tepi. "Kau memang perempuan tak guna!"dia pandang ke Artemis dengan benci.

Berasa kecewa yang amat sangat, Artemis pandang wajah berang Dareen bersama senyuman sedih di bibir. Ini ke balasan yang dia dapat setelah apa yang dia lakukan untuk mereka!?Bukan dia yang minta dirinya di bawa ke sini. Bukan dia yang suruh Izan culik dirinya keluar dari hospital untuk ke sini. Bukan dia yang buatkan Elio ada di sini!Bukan salah dia semua ni menimpa Izan!

"Artemis..."panggil Mael semasa menoleh memandang Artemis dengan kening berkerut. "Dareen tak tahu apa dia cakapkan ni, aku akan jelaskan pada dia.."

"Kau tak dengar apa aku cakap tadi?BERHAMBUS!!"marah Dareen semasa cuba dekati Artemis.

Senyuman Artemis semakin melebar saat air mata turun dengan deras ke pipi waktu itu.

"Tak apa Mael."katanya. Sampai hati Dareen perlakukan dia begini. Apa salah dia?"Kau jagalah abang-abang kau dengan baik. Aku minta diri dulu."pamitnya dengan suara menahan nangis. Waktu itu betapa sedihnya dia sampaikan kedua-dua lutut kakinya menggeletar kuat. Hendak berjalan pun rasa macam nak terduduk aje dekat situ. Tapi digagahkan jugak.

"Artemis-"Mael cuba dapatkan Artemis, tapi Dareen pegang lengan tu. Buatkan Mael terhenti di situ.

"Biarkan dia!"arah Dareen semasa memandang ke depan dengan mata merah hendak menangisnya. Bibir pucatnya menggigil kuat.

Sewaktu Artemis semakin menjauh, Mael pandang Dareen.Lengannya di rentap kasar.

"Kenapa kau cakap macam tu!Kau tahu tak Artemis tu sedaya upaya tolong selamatkan kau dengan Izan sampai sanggup merayu depan Luciana untuk tu sampai tak peduli akan kesihatan dia sendiri."

Saat itu Dareen memejamkan matanya dan air mata jatuh menitis di pipi. Sungguh dia menyesal! "Aku tahu."katanya sebelum terduduk di situ dalam keadaan longlai. Kepalanya tergantung ke bawah tiada daya.

"Apa maksud kau?"Mael bingung. Dia pandang kepala Dareen yang sedang tunduk itu.

"Aku tahu. Elio dah cerita kan semuanya apa yang Artemis buat demi mencari aku dan Izan."luahnya sambil mengetap gigi menahan diri."Kita hampir terbunuh, Mael. Kalau Artemis masih bersama dengan kita...kita hanya akan letakkan nyawa Artemis dalam bahaya. Dengan cara ni aje dapat jauhkan Artemis dari bahaya."lafaz Dareen dengan susah payah. Bahu itu mula bergoncang kuat.

Mael kejung di situ. Reaksi Dareen buatkan dirinya semakin bingung. "Apa kau cakapkan ni Dareen?"soalnya sedikit tergamam.

Saat Dareen mengangkat kepalanya, dia pandang Mael bersama wajah basah dengan air mata. Kalau la Mael boleh nampak betapa berkecainya perasaan dia saat ini. Sumpah!Bukan niat dia hendak berkata kejam pada Artemis seperti tadi.

"Elio yang selamatkan aku dan Izan malam tu. Dia yang bagi rawatan pada kita orang berdua. Dari situ aku sedar sesuatu. Artemis sakit Mael. Aku sanggup mati dari biarkan Artemis susah bersama kita." nangisnya. Sungguh demi Tuhan dia cintakan Artemis sepenuh hatinya. Melihat Artemis menderita adalah perkara terakhir yang dia mahukan terjadi!Walaupun sakit, dia terpaksa buat begini!

Kerutan di kening Mael mengendur sedikit demi sedikit.

"Dareen, kau-"lafaz Mael terhenti di situ setelah dia sedar apa yang Dareen cuba lakukan.

Dareen mengangguk kepala. "Elio ada dekat luar. Aku suruh dia tunggu untuk jemput Artemis pergi dari sini lepas dapat tahu kau orang berdua akan ke sini. Ini saja jalan yang aku ada sebelum musuh dekat luar sana tahu bahawa Artemis adalah kelemahan kita."

Mael di situ begitu tergamam kerana apa yang dikatakan Dareen itu benar. Dia baru sedar mengenainya.

Sementara itu, Artemis tiba di tingkat lobi sebaik keluar dari lif. Bersama langkah beratnya dia atur kakinya ke pintu Utama bangunan hospital tersebut. Kedua-dua tangan longlai di sisi. Pandangannya pula terarah pada lantai di bawah kaki.

Mata di sebalik cermin mata hitam itu tidak berkedip saat puntung rokok di bawa ke bibir. Bahan berbahaya itu kemudiannya di sedut untuk seketika sebelum asap putih dihembus keluar dari hidung dan mulut dengan serentak.

Elio perhatikan dari dalam kereta semasa kelibat yang lama dia cuba temui sedang berdiri di hadapan anak tangga pintu masuk hospital. "Gerak..."arahnya pada Leon yang ada di seat pemandu.

Apabila sebuah kereta berhenti di depannya, Artemis yang waktu itu menunduk pun mengangkat kepala lantas memandang ke depannya.

Pintu kereta terbuka sebelum Elio keluar dari situ menghadap Artemis.

Tidak tahu hendak bagaimana lagi, Artemis hanya berdiri situ membalas tatapan dingin Elio saat sisa air mata turun mengalir dari tepi matanya waktu itu. Dia tidak terkejut sedikit pun kerana masih terkesan dengan bentakan Dareen tadi.

Elio memandang tatapan suram Artemis sewaktu mereka berdua saling bertentang mata.

"Saya datang hendak bawa awak pulang Artemis."beritahu Elio.

Terus menangis Artemis waktu itu apabila pandang wajah Elio kerana begitu sedih dan kecewa mengenangkan apa yang Dareen ketakan kepadanya sebentar tadi. Semakin terkilan dia apabila dirinya sama sekali tidak dapat menemui Izan buat kali terakhir sebelum pergi dari situ.

"Maafkan saya apa yang terjadi. Saya cuba lindungi mereka sebaik mungkin. Tapi musuh Izan terlalu ramai. Angelo dah cuba bantu alihkan perhatian pihak berkuasa di sinitapi mereka di sini terlalu ganas untuk ditangani."jelas Elio lagi. "Saya hanya dapat lindungi awak sahaja buat masa ini bukan mereka bertiga."

Jatuh terduduk akhirnya Artemis waktu itu kerana begitu letih dan kesedihan yang amat sangat.

Tanpa berlengah Elio sudah melutut di depan Artemis. Menyambut tubuh itu tepat pada masanya.

"Izinkan saya temui Izan...tolong la.."nangis Artemis semasa dongak memandang Elio.

Elio turut bersedih saat seka air mata dari tepi mata Artemis dengan ibu jarinya.

"Maafkan saya Artemis."ucapnya semasa memandang wajah sedih itu. "Dareen yang call saya supaya bawa awak pergi dari sini.Dia tak nak awak temui mereka lagi."

Artemis pun menjatuhkan kepalanya bahu Elio kerana begitu sedih. Sampai hati Dareen buat diri dia begini!

 Sampai hati Dareen buat diri dia begini!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now