CHAPTER LIMA PULUH

523 77 28
                                    

Akhirnya!

Selepas sekian lama dia meninggalkan apartment, balik jugak dia!

Bersama perasaan tidak sabar, Artemis tekan passcode pada pad keselamatan pintu apartment. Dalam kepalanya waktu itu sudah dia bayangkan katil, bau sabun mandi, bajunya dan segalanya yang dia mahukan selepas seminggu tidak berada di apartmentnya itu.

KLIK!

Pintu pun terbuka.

Dalam keadaan tidak sabar, Artemis tanggalkan heel hitam ke lantai lalu sarung selipar dalam sebelum menghidupkan suis lampu. Seluruh ruang tamunya dibias cahaya. Pemandangan interior design apartment yang ringkas menyapa pandangan mata Artemis.

Tidak menunggu lama, Artemis terus gegas ke arah bilik pula.

Masakan tidak.

Dia sudah tidak sabar hendak mandi dan sental tubuhnya sebersih mungkin. Gian sungguh dia mahu baring di atas katil. Santuari spot kegemarannya dalam dunia ni.

Katil!

Rasanya semua manusia dalam alam ini pun rasa begitu?

Tolak sahaja pintu biliknya, Artemis buka lampu. Kot di badannya di tanggalkan lalu di campak ke atas katil. Baki pakaian kemudiannya di tanggalkan dalam bilik air sekaligus mandi. Setengah jam kemudian Artemis keluar dalam keadaan segar. Rambut berbau harum, badannya telah di scrub dengan sabun ke sukaannya.

Habis wangi seisi bilik tidur tu sebaik Artemis keluar.

Sampaikan dia menyanyi kecil gara-gara terlalu senang hati!

Artemis tunduk ke bawah membungkus rambutnya dengan tuala. Tegak sahaja dia memandang ke depan, matanya terus terarah pada orang yang sedang duduk di atas katil dengan isi beg tangan telah bersepah di situ. Sementara tangan tersebut sibuk membelek bungkusan botol ubat-ubatannya.

What the hell!

Apa yang lelaki ni buat dekat dalam bilik dia!?

Sh*t!sh*t!sh*t! Ubat dia!

Melompat terkejut Artemis dibuatnya setelah lihat. Tanpa berfikir panjang dia bergegas ke arah katil mahu merampas botol-botol ubatnya dari tangan tu.

           "Hei!Apa ni!"marah Artemis mahu memegang botol ubatnya namun tangan itu lebih lekas mengelak. Nafasnya mula naik turun kencang kerana begitu berang. "Berikannya kepada saya!Macam mana awak boleh masuk ke sini!?"soalnya kerana begitu tergamam akan kehadiran mengejut Izan ke apartmentnya. Seingat dia, tadi pintunya telah di tutup!

            Perlahan-lahan Izan bangun dari duduknya di katil itu. Kepalanya masih tunduk memandang botol ubat di dalam tangan. "Ubat apa ni?"soalnya sebelum mengangkat kepala.

             Mata Artemis pandang botol ubatnya lalu ke wajah tegang Izan. "Bukan urusan awak!"dia cuba rampas tapi Izan malah angkat tinggi tangan itu ke atas.

             "Aku tanya kau...ubat apa yang kau ambik ni?"tanya Izan lagi apabila Artemis berada hampir dengannya.

              "Pekak sangat dah ke?Saya cakap ianya bukan urusan awak untuk ambik tahu!Berikannya kepada saya semula Izan!"deram Artemis dengan geram.

              Izan malah undur ke belakang. "Tak...beritahu aku dulu...ubat apa yang kau ambik ni...kau sakit?"dia pandang Artemis dengan nafas naik turun yang di atur supaya bertenang. "Teruk ke sakit kau?"

Awalnya niat Izan ke situ adalah hendak menemui Artemis bagi menyampaikan sesuatu kepada gadis ini. Sampai sahaja dia, rupanya Artemis sedang mandi. Jadi dia pun tunggu di dalam bilik tu. Sedang Izan menunggu, Izan ternampak botol yang terkeluar dari beg tangan Artemis. Ingatkan Artemis ambil dadah ke apa. Lepas di check ada nama dan logo rasmi hospital. Memang naik gelabah la Izan dibuatnya.

             "Merimaskan la awak ni!Beri kan aje la pada saya!"

              "Susah sangat ke nak beritahu?"

              "Memang susah saya nak beritahu sebab awak tu bukan sesiapa bagi saya. Buat apa saya beritahu hal peribadi saya dekat awak..ingat sikit!Awak tu pembunuh ibu dan ayah saya. Jadi jangan berlagak macam syok baik la!"

               "Dan kau ingat sikit...kalau bukan sebab aku, kau takkan hidup sampai ke hari nI!"

               "Oh ya?Kalau macam tu menyesal saya tolong sembunyikan awak malam tu!Patutnya saya biarkan aje awak di buru dan dibunuh dekat situ jugak!"

               "Apa kau cakap?Ulang balik!"

Dalam diam, Artemis mengetap giginya untuk tidak terlepas kata. Memandang wajah Izan buatkan dadanya berdenyut sakit. Sakit mengenangkan yang dia tidak boleh lakukan apa-apa pada Izan walaupun Izan berada di depan matanya. Dia ada peluang yang banyak untuk bunuh Izan bagi membalas dendam akan kematian ibubapanya.

Tapi Artemis tidak boleh lakukan hal yang sama seperti mana Izan lakukan pada orang lain. Artemis tahu membunuh seseorang tidak akan menghidupkan ibu dan ayahnya yang telah meninggal dunia. Jadi apa yang dia mampu lakukan hanyalah membencikan Izan! Dan itu yang buat dia sakit hati!

              "Macam mana awak boleh masuk ke sini?"tanya Artemis. "Kenapa awak ke sini?"dia berdalih.

Izan terdiam buat seketika sebelum tunduk memandang botol ubat di dalam tangannya. Paket yang ada di situ tidak menulis secara detail apa fungsi ubat itu. Jadi dia tak tahu untuk apakah yang Artemis ambil.

            "Aku datang sebab nak check kau lepas anak buah aku beritahu kau melawat hospital sebaik saja bebaskan Angelo siang tadi.."beritahunya dengan perlahan.

             Artemis menjuling mata kejengkelan. Dasar si busy body betul!"Perlu ke pecah masuk rumah orang macam tu aje?Mujur saya berbaju lepas keluar tadi..."keluhnya saat capai ubat dari tangan Izan lalu gerak ke meja varniti. "Kalau tidak...kan lain ceritanya...."

Izan tidak mempedulikan soalan itu. Fikiran dia lebih terarah pada ubat-ubat yang ditemuinya tadi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now