CHAPTER SEMBILAN PULUH LIMA

513 81 12
                                    

              "Gosh!I miss you so much!"ucap Mael semasa memeluk erat tubuh Artemis.

What the-?Kening Artemis terangkat tinggi. Dia cuba hendak menolak pelukan Mael itu tetapi tidak sempat apabila Mael pegang kedua-dua belah pipinya.

               "Kau dah sihat?Kau dah sembuh sepenuhnya?Huh?Macam mana life kau?Kau dah tak sakit lagi kan?"soalnya dengan laju semasa menilik wajah itu.

               Terkedip-kedip mata Artemis bila dirinya di perlakukan begitu. "Apa ni Mael?"tangan itu cuba di turunkan pipi. "Kalau orang Nampak macam mana?"bisiknya.

                 Mael kucup dahi Artemis kuat-kuat."Thank god you're fine!Kau tak tahu betapa serba salahnya aku biarkan kau pergi macam tu aje."beritahu Mael lagi sebelum Tarik Artemis ke dalam pelukan semula. tangan kekar itu melingkar sekeliling tubuh itu dengan erat.

Artemis tidak membalas pelukan itu. Dia pandang dingin ke depan tanpa mengatakan apa-apa. Sikit pun tidak terkutik.

               "Aku cuba hubungi kau. Tapi kau dah tukar nombor. Aku cuba cari kau dan nak jumpa kau. Serius. Tapi Angelo tak pernah izinkan aku untuk menemui kau sejak beberapa tahun kebelakangan ni."bisik Mael semasa memegang lengan itu.

                 Artemis pandang wajah serius Mael sewaktu  lelaki itu berkata. Cari?Angelo halang?Kenapa pulak?"Memang patut dia buat macam tu."ujarnya semasa merentap tangan itu dari cengkaman Mael. "Orang tak mengenang budi macam kau orang ni tak patut jumpa dengan aku!"desisnya perlahan.

                  Kening Mael berkerut. "Artemis....kalau kau marah sebab Dareen. Percayalah..apa yang dia katakan tu semuanya bersebab."

                "Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Kau jaga aje la abang-abang kau tu. Berlagak la macam kita tak pernah kenal."beritahu Artemis.

                Mael pegang lengan Artemis. "Artemis dengar...bukan senang aku uruskan semua ni supaya dapat jumpa kau. Tiga bulan aku cuba slow talk dengan Angelo untuk terima permintaan kita orang ke sini." mintanya.

                  Kening Artemis mencerlung. "Dah tu?Kau nak aku ucap terima kasih la?Tuduh aku lepas tu cari aku. Untuk apa!?"katanya sebelum menoleh hendak pergi dari situ.

                  "Please la...dengar dulu."minta Mael semasa bergelut hendak tarik Artemis supaya pandang dia. "Ada sesuatu yang kau kena tahu ni."gesanya dengan terdesak.

                  "Lepaslah!"ronta Artemis semasa cuba menolak Mael supaya melepaskan dirinya."Kau ni kenapa!"

Sedang dua orang itu bergelut sesama sendiri, waktu itulah muncul seseorang dari tepi. Berlanggar dengan belakang Artemis akibat kemunculannya di situ.

Gelabah Mael masa tu. Dia cepat-cepat turunkan tangan dari Artemis dan mengundur ke belakang. Matanya terbutang kaku selepas lihat akan lelaki lampai yang sedang berdiri di belakang Artemis waktu itu.

               "Ada apa ni?"dengan dingin Izan bertanya. Mata di balik cermin jernih itu tunduk ke Artemis sebelum berhenti ke Mael.

Sementara itu, Artemis sudahpun kaku kejung tidak tahu hendak buat apa. Dia sendiri bingung bila Izan ada dekat situ begitu hampir dengan dirinya. Dengar ke Izan tadi?Apa mereka nak jawab ni?

              "Tak ada apa-apa."nafi Mael semasa garu belakang kepalanya tanpa sebab. "Dah la jom masuk. Aku pun dah lapar ni."ajaknya saat mula berjalan pergi dari situ. Nampak sangat yang Mael seakan takut pada kehadiran Izan di situ. Seakan dia ditangkap melakukan kesalahan.

            "Did he hurt you?"tanya Izan setelah suasana antara mereka di situ senyap. Izan cuba cari mata Artemis namun begitu Artemis mengelak dari memandangnya.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now