CHAPTER LIMA PULUH SATU

531 78 66
                                    

         "Kenapa kau ambil ubat tu Artemis..."Izan ekori langkah Artemis saat gadis itu duduk di kerusi kecil depan meja solek untuk mengeringkan rambut dengan hair dryer.

Artemis buat tidak dengar. Dia malah hidupkan hair dryer dan mula mengeringkan rambutnya. Cuba pekakkan telinga dengan bunyi alat itu.

Izan pandang pantulan Artemis dari cermin di meja solek itu semasa berdiri di belakang. Tanpa berkata apa-apa. Menunggu Artemis menjawab soalannya.

Sekejap-sekejap Artemis bertentang mata dengan pantulan Izan di cermin depannya semasa dia sibukkan diri mengeringkan rambut. Buat dia gelabah aje la di pandang macam tu! Kenapa la Izan ni tak reti nak putus asa!Masih jugak nak dekati dia sedangkan mereka berdua ni bermusuhan!

           "Ish!"sungutnya mematikan hair dryer lalu bangun menghadap Izan. Rambut yang basah itu di kuak ke belakang marah-marah. "Nak saya cakap berapa kali dekat awak ni?Berhenti ganggu saya...ya berhenti la!"

Mereka berdua saling bertentang mata tanpa mengatakan apa-apa.

Izan dengan perasaan berkecamuknya.

Artemis dengan perasaan bingung dan keliru.

Mereka berdua saling bertarung dengan perasaan masing-masing.

          "Jawab aku Artemis...kau sakit apa?"perlahan sahaja Izan bertanya.

            "Kenapa awak peduli Izan?"tanya Artemis dengan senyuman mengejek di bibir. "Kalau awak pedulikan saya hanya kerana perasaan hutang budi dan simpati kerana bunuh ibu bapa saya...saya tak perlukannya." Dia dah putus asa untuk mempercayai sesiapa sekarang ini. Takut!Takut nak percayakan sesiapa terutama sekali orang seperti Izan ini.

Mata Izan gerak kanan dan kiri saat memandang mata Artemis disaat lidahnya terkunci tidak dapat melafazkan perkataan itu. Dia mahu lafazkannya, tapi mahu ke Artemis percayakan dia...lelaki seperti dia ini adalah lelaki terakhir yang patut orang cintakan apalagi sayangi!

            "Disebabkan apa lagi...Obvisously sebab aku sukakan kau la."lafaz Izan tanpa mengalihkan pandangan mata dari Artemis.

Artemis tidak terkejut. Tetapi dia tidak dapat merasakan teruja dengan ucapan itu kerana mengenangkan cinta 6 tahunnya di curangi begitu sahaja oleh lelaki seperti Rupert. Inikan lelaki seperti Izan. Memang tidak la!

            "Suka?Jangan nak buat lawak...sebab saya tak ketawa..."

Dapat mengagak akan itu reaksi Artemis, Izan berdengus kecil mahu ketawa. See...Tiada bezanya kalau dia beritahu atau tidak yang dia sukakan Artemis. Artemis tidak akan mempercayakan dia.

              "Aku tak peduli kau percaya atau tidak Artemis...apa aku tahu, bila aku mahukan apa-apa. Ianya akan jadi milik aku tak kira apa sekalipun caranya..."

               "In your dream!"getus Artemis. "Saya sanggup mati dari bersama pembunuh ibu dan ayah saya!" 

             "Are you dying?"soal Izan semasa mendekat ke Artemis. "Kau sakit apa?Beritahu aku.."

             Perasan akan hal itu, Artemis terundur sedikit ke belakang. "Excuse me?Am I dying?"soalnya tak percaya. "Sorry la sebab kecewakan awak... umur saya masih panjang, jadi jangan risau."ucapnya dengan sinis. "Sebab saya akan pastikan awak yang aka  mati dulu sebelum saya..."

            Izan tidak berhenti. Dia mempenjurukan Artemis ke meja solek di belakang Artemis waktu itu. "Oh really?"

Makin hairan Artemis bila dia semakin mengundur ke belakang apabila Izan tidak mahu berhenti dari mendekat.

           "Yalah..."matanya laju naik turun melihat susuk lampai di depannya mula menghimpit dia.

Tiada lagi ruang untuk Artemis mengundur, dia terduduk di atas meja solek itu apabila tangan Izan memagari kanan dan kirinya sesaat kemudian.

           "Kau sure kau nak aku mati?"tanya Izan di depan muka itu.. "Sebab aku jugak sure yang kau akan menyesal kemudian hari..."

Berkedip mata Artemis bila nafas Izan bertiup menyapa mata saat lelaki itu berkata. Oleh itu dia menahan nafas tanpa sengaja kerana enggan mengenai muka handsome di depannya saat itu.

           "Awak yang bunuh ibu dan ayah saya...awak punca hidup saya berakhir dalam dunia mafia ni...mesti la saya sure...dan takkan menyesal lihat awak mati..!"katanya dengan benci dari balik ketapan gigi.

Mata Izan turun memandang bibir Artemis berasa sedikit sedih dengan kenyataan tersebut. Kalau la dia beritahu Artemis hal sebenar...adakah Artemis akan terima perasaan suka dia ini?Atau tetap juga tidak mempercayai dirinya.

            "Kalau macam tu teruskan membenci aku..."mintanya saat angkat tangan kanannya mahu menyentuh tepi pipi itu. "Teruskan hidup untuk lihat aku mati.Kalau itu buatkan kau ada tujuan untuk hidup, teruskan memusuhi aku..."namun di batalkan niat sebelum berdiri tegak.

Nada suara Izan buatkan Artemis teragak-agak, Untuk sesaat dia hampir percaya yang Izan terasa hati. Dia kecilkan mata saat pandang curiga dengan reaksi Izan waktu itu. Iya-iya la tu sedih. Entah betul-betul kecewa atau pura-pura aje ni?Ingat dia nak terjebak ke!Tolonglah!

Cinta la konon!

Entah-entah ianya cuma taktik Izan hendak mengenakan dia!

           "Berhambus!"arahnya. "Awak dah tengok saya tak apa-apa kan...sekarang keluar!"ingatkan dia nanti untuk tukar passcode pintunya!Bahaya betul Izan ni sampaikan passcode rumah dia pun boleh tahu!

             Izan tunduk mengocek poket kot lalu mengeluarkan seutas rantai darinya. "Jangan tanggalkan rantai ni.."pesannya semasa pakaikannya ia ke sekeliling leher itu.

Terkejut Artemis waktu itu. Dia cuba menolak tetapi tidak apabila Izan dengan mudah memakaikan rantai itu ke atas kepalanya.

             "Aku serius Artemis. Pastikan rantai tu sentiasa bersama kau..."pesan Izan lagi saat pandang pendant istemewa berbentuk diamond warna ruby.

               Tangan Artemis naik memegang rantai di lehernya sambil memandang Izan. "Untuk apa rantai ni?"

              "Tanda."kata Izan semasa berjalan ke arah pintu.

                Menahan nafas terkejut dia lepas dengar."Apa?Tanda?Tanda untuk apa?"Artemis bangun dari duduknya di meja varniti itu. "Hei-"

Tapi Izan sudahpun tutup pintu bilik itu. Meninggalkan Artemis sendirian di situ terpinga-pinga sendirian.

                 "Dasar lelaki menjengkelkan!" Artemis menghentak kaki protes semasa pandang pintu bilik yang tertutup itu!

                 "Dasar lelaki menjengkelkan!" Artemis menghentak kaki protes semasa pandang pintu bilik yang tertutup itu!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now