CHAPTER EMPAT PULUH SEMBILAN

543 74 21
                                    

Sepulangnya dari penjara melawat Verena dan membebaskan Angelo. Artemis terus menaiki teksi untuk ke hospital tempat dimana dia telah menerima rawatan dan menjalankan pemeriksaan kesihatan tempoh hari.

Kalau boleh dia enggan ke hospital semula sebenarnya.

Tapi memandangkan stok ubat-ubatannya telah kehabisan, mahu tidak mahu Artemis paksa diri dia untuk ke situ juga!

Dan..dan...berjumpa sahaja dia dengan doctor pakar yang bertanggungjawab selia penyakitnya itu, Artemis di leteri oleh doctor tersebut. Memarahi Artemis kerana Artemis masih lagi enggan menjalani sesi rawatan kemoterapi untuk kansernya itu.

Artemis menjadi Artemis, dia pilih untuk mengambil ubat penahan sakit dan beberapa lagi jenis ubat untuk kurangkan sel kanser dari cepat merebak.

Dua jam kemudian, barulah Artemis tiba di bangunan pejabat Utama Organisasi Belaruz.

Kalau nak dikatakan bagaimana reaksi mereka semua di situ selepas melihat kelibat Artemis, mereka semua bereaksi seperti baru melihat orang mati hidup semula. Terkejut beruk dibuat mereka kerana Artemis muncul tanpa pengawal atau pengiring sendirian sedangkan waktu itu ramai yang mahu membunuh Artemis.

Awalnya Artemis fikir Angelo belum cancel arahan untuk bunuh dia, rupa-rupanya dah!

Dia pun, apalagi!

Dengan langkah dan lenggok yakinnya, Artemis berjalan mendekati pejabat. Dan waktu itu anak buah dari kumpulan yang Artemis ketuai sudahpun sedia menunggu di kawasan tersebut berdiri menyambut kepulangan Artemis.

            "Selamat pulang ketua.."ucap mereka dengan serentak semasa memberi tunduk hormat kepada Artemis.

Tidak berhenti untuk menyambut sapaan itu, Artemis terus memanggil tiga nama tanpa memandang empunya badan.

Bersama-sama dengan tiga orang itu, Artemis masuk ke pejabat lalu duduk di kerusi meja kerja.

           "Ketua tak apa-apa?"

           "Muka ketua nampak cengkung dari kali terakhir kami lihat.."

            "Kumpulan Verena mula tunjuk belang pada kami selepas berita yang menimpa ketua mula tersebar di sini.."

            "Tapi elok jugak Ketua Verena kena tahan. Tak adalah kita hadap perangai syok bagus dia tu lagi..."

             "Betul ke ketua cedera selepas kejadian tembak menembak hari tu?"

             "Ketua dah okay ke?"

Artemis yang dengar bicara tiga orang itu tidak peduli hendak diamkan mereka. Dia malah buka computer. Masukkan pin password lalu memeriksa isi kandungan jadual dan tarikh penting sesebuah event. Kebanyakkan belum berlaku lagi.

          "Sebelum aku cakap sesuatu...apa jaminan kau orang yang kau orang akan simpan semua yang bakal aku katakan nanti?"soal Artemis semasa menulis.

Ketiga-tiga lelaki di situ tunduk memandang Artemis dengan renungan tidak dapat di tafsirkan. Mereka terus diam dari bercakap saat soalan itu di ajukan. Sebab waktu itu anak buah Artemis mula beranggapan yang Artemis mungkin berniat hendak tikam Angelo dari belakang seperti mana yang di khabarkan oleh semua orang dalam bangunan itu.

Apabila pertanyaan dia itu tidak dibalas, Artemis yang sedang tunduk menulis terus mengangkat kepala memandang ke depan. Tiga muka itu di pandang seorang demi seorang.

             "Kenapa?Ragu-ragu ke dengan aku?"taknya Artemis.

Dua daripada mereka mendiamkan diri kecuali yang berdiri di tengah-tengah antara mereka.

            "Dengan nyawa saya sendiri. Saya percayakan ketua."beritahu lelaki itu dengan nada dingin mendatar.

             Hujung bibir Artemis terjungkit taktala matanya bergerak ke lelaki di tengah sekali. "Really?"soalnya.

            "Apapun hal tu, saya yakin yang ketua pasti ada alasan dan sebab yang kukuh... "beritahu lelaki yang sama.

            "Saya pun!"dengan serentak dua orang itu sama-sama menyahut.

              Terus Artemis berdengus kecil. "Good.."dia pandang senarai event di kertas itu lalu menaip sesuatu di atas papan kekunci. "Aku perlukan kau orang untuk aturkan semula Tarikh dan tempat operasi pengedaran bahan api dan heroin yang bakal dilakukan beberapa hari kemudian..."beritahunya.

              "Ke semuanya sekali?"

              "Ya...kesemuanya sekali. Dan aku nak kau pastikan selain Angelo, tiada siapa boleh tahu dekat mana kawasan perjumpaan dan juga Tarikh baru ni.."beritahu Artemis sambil terbayangkan wajah Dareen di dalam kepala. Memang dia takkan dedahkan identity Dareen, tapi itu tak bermakna dia nak biarkan Izan buat sesuka hatinya.

                 "Tapi kenapa?"

                 "Buat aje la....kalau kau orang nak stay dan hidup lebih lama dalam geng ni.."beritahu Artemis saat lihat tarikh di skrin computer lalu di tukar pada event yang disenaraikan tadi. Lantas dia memeriksa blueprint peta bandar pula. Memeriksa kawasan yang strategik untuk dijadikan sebagai lokasi perjumpaan yang baru.

                 "Baik. Ketua tetapkan Tarikh dan tempat, saya akan uruskannya."

Mereka bertiga di situ pandang kepala yang sedang tunduk menulis itu. Masih ada banyak persoalan yang bermain dalam kepala mereka ketika itu.

                   "Ketua.."

                   "Hm."jeda Artemis tidak memandang.

                  "Apa yang berlaku sebenarnya?Kenapa Han Tae Gu mati?Betul ke Verena yang bertanggungjawab atas kematian Han Tae Gu?Ketua Angelo sekarang macam mana?"

Senyuman terukir di bibir bergincu merah itu.

                 "Aku yang bunuh Han Tae Gu tu untuk beri warning pada Angelo supaya berhenti pergunakan aku dan cuba hapuskan aku...sebagai bayarannya, Verena terpaksa di korbankan menjadi kambing hitam atas kematian orang tua tu..."jelas Artemis saat dail nombor klien di atas telefon pejabat.

Mulut mereka bertiga terbuka sedikit selepas dengar. Yalah, main selamba badak aje ketua mereka ni mengaku. Manalah mereka tak tercengang.

               "Hahaha...mesti terkejut kan..."soa Artemis saat bawa gagang telefon lalu di tekap ke telinga. Memandang mereka dengan sengih meleret. "Jangan risau...Angelo dah di bebaskan. Dan lelaki tu dah faham bahasa dengan amaran yang aku berikan ni."

Waktu itulah panggilannya di angkat.

              "Hello, Artemis Delaney bercakap. Saya mewakili Angelo Belaruz ingin maklumkan berkenan perubahan Tarikh dan lokasi urusniaga kita nanti atas factor keselamatan.."beritahu Artemis selepas panggilannya di jawab.

Ketiga-tiga mereka di situ tidak mampu bersuara lagi kerana begitu tergamam dengan sikap tenang bersahaja Artemis yang mudah mengendali Angelo seperti lelaki itu bukan sesiapa buat Artemis.

Sedangkan dalam bandar itu semua orang kenal betapa kejamnya Angelo. Betapa sadisnya Angelo ketika berkomunikasi dan mengendali sesuatu. Tiada siapa berani hendak macam-macam dengan Angelo apa lagi mengenakan lelaki itu seperti mana yang Artemis lakukan.

Agaknya saka apa yang Artemis bela sampai boleh berani seperti ini?

Agaknya saka apa yang Artemis bela sampai boleh berani seperti ini?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now